Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Sunday, December 13, 2009

pujMAC Nite Ride "OFFROAD" Kota Warisan

Date: 10_12_2009
Distance: 27 kilometer
Max DH 42k/h
Total Rider's: 27 orang

Masih ingat lagi pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan yang pernah dianjurkan dahulu pada 08_09_2009 mana kala 2nd pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan pada 05_10_2009 manakala 3rd pujMAC Nite Ride "OFFROAD" pada 12_10_2009 sempena persediaan ECC Malacca. Setelah 3 kali berjuang dan mencari pengalaman berkayuh untuk ECC maka tibalah hari yang dinantikan iaitu 24_10_2009 dan dari situlah saat pujMAC Niter Ride ini mula dikenali dan berdasarkan sambutan yang cukup hangat maka pujMAC membuat sekali lagi program Nite Ride OFFROAD..baru2 ini. Sesungguhnya sambutan pujMAC Nite Ride tidak pernah pudar dihati MTB rider's. Sesungguhnya ramai rider yang berminat dalam Nite Ride Offroad.


Para rider pada malam itu..sempat memberi satu pos yang istimewa, bertapa sambutan pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan tidak pernah padam. Namun blogger memohon jutaan kemaafan kerana tidak mampu mencatitkan setiap nama2 rider pada malam itu. Seingat pujMAC blogger pada malam itu rider yang turut hadir ialah, Gang MTB Nilai yang diketuai oleh Abg Naza yang tidak pernah menolak pelawaan pujMAC selama ini, Gang Atok MTB, Ken dari basikal.com, Hairi dari Kakituarider.blogspot, Abg Nordin dari Bandar Mahkota dan beberapa rider's yang lain.




Satu pose istimewa dari rider's tegar di pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan diatas puncak bukit 360, sesunguhnya mereka teruja dengan pengalaman yang tidak mampu dimilikki oleh mana rider's. Kecuali yang selalu mengikuti pujMAC Nite Ride.

Insyaallah ada masa kita gegar lagi Track Kota Warisan, cuma diharap para rider rajin2lah pantau pujMAC Blog.







Para rider yang sibuk menyediakan jentera masing2 pada malam itu. Ada yang rider's regular dan tidak kurang juga new rider. Sesungguhnya pujMAC berasa bebesar hati dan mengucapkan ribuan terimakasih diatas sambutan pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan.




Bro Kamarul a.k.a OnOne senantiasa tidak menghampakan pujMAC Team apabila dipelawa mengepalai kayuhan pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan. Walaupun sibuk dengan tugasan beliau..namun pujMAC terpaksa mencari hari & waktu yang sesuai buat Bro OnOne.

Mana2 rider yang nak layan Kota Warisan..sila contact Tok Penghulu Kota Warisan iaitu Bro Kamarul a.k.a OnOne





Kesibukkan menyediakan jentera dan kedatangan para rider tidak putus2 kunjung tiba. Sesungguhnya pujMAC tidak berharap riders yang akan turun pada malam itu terlalu ramai..kerana Kuala Lumpur adalah hari bekerja pada keesokkanya..namun tiada siapa yang mampu menahan nafsu para rider tegar. Walauapapun halangan namun kayuhan MTB tetap diteruskan...



Bro Nordin dari Bandar Mahkota yang tidak pernah terlepas dari meyertai pujMAC Nite Ride "OFFROAD" semenjak diperkenalkan. Salah seorang yang boleh diiktirafkan sebagai rider tegar dalam MTB.

Mengikut katanya, Bro Nordin sudah kekurangan rakan dalam MTB. Dont worry Bro..pujMAC ada..just joint aje kayuh dengan kami..kami senantiasa mengalu2kan rider MTB berkayuh..






Suasana di Kota Warisan pada malam itu seolah2 satu pesta apabila para MTB rider bertali arus datang..dengan basikal dirack belakang, roof dan tidak kurang juga didalam kenderaan masing2. Mungkin satu kejutan bagi penduduk Kota Warisan pada malam itu.



Bro Hairi dari kakitua_rider team. Beliau datang dari Kota Damansara ke Kota Warisan semata2 ingin merasai suasana pujMAC Nite Ride Kota Warisan. Sesungguhnya semangat berkayuhnya amat kuat memandangkan distance dari Kota Damansara ke Kota Warisan sangatlah jauh. Inilah namanya semangat MTB tegar.

Kepada Bro Khairi..thanks for coming...






Lihat sahaja suasana pada malam itu...siapa yang tak teruja bila melihat satu gerombolan MTB rider's menyerang Kota Warisan.



Bro Asri turun malam itu dengan fulsus IBISnya. Kiranya malam tu upacara pecah dara bagi fulsus IBISnya. Amacam layan pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan dengan IBIS..ada stim ka??

Tapi yang pasti beliau enjoy pada malam itu..cuma trauma ECC masih mebelenggu beliau.







Sementara menunggu acara briefing, para rider mengambil kesempatan berkenalan diantara satu sama lain. Dan tidak kurang juga berbual mengenai track Kota Warisan. Bagi yang sudah biasa ini adalah pekara yg tidak menakutkan..tetapi bagi new rider's sesungguhnya malam itu adalah pengalaman yang tidak mampu dikikis dari kotak fikiran.




Iyan...telah hampir 2 minggu tak berkayuh kerana outstation demi tugas. Pulang saja dari oustation terus layan pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan..dalam ada itu sempat juga lagi mengeluh...emmm dah laa tak kayuh katanya..risau takut pancit.

Tapi yang pasti selepas ini akan berlaku perubahan pada bikenya..just wait & see...





Apabila semua sudah bersedia, maka semua pujMAC member's mula menjalankan tugas seperti yang ditpertanggungjawabkan. Seolah2 rider's pujMAC sudah tahu apa akan tugas mereka. Sesungguhnya ini adalah tugas rutin mereka bagi memastikan kayuhan pada malam itu berjalan lancar.




Sudah menjadi kebiasaan bagi pujMAC, kayuhan pada malam itu dimulakan dengan bacaan doa meminta dari yang ESA agar kayuhan dilindungi dan dijauhi dari pekara2 yang tidak diingini.

Bacaan DOA di ketuai oleh Bro Jayen_pujMAC.








Setelah semuanya bersedia dan segala penerangan tentang kayuhan serta petugas2 pada malam itu dikenalkan dimana Leader_Bro Kamarul a.k.a OnOne, Runner Shahrin & David, Medic Jayen serta aku selaku sweper pada malam itu. Dengan penerangan itu sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada rider2 pada malam itu. Bahawa sesungguhnya mereka senantiasa dipantau oleh pujMAC member's bagi memastikan tiada rider's yang ketinggalan dan tahap stamina mereka juga dipantau.




Tepat jam 10.00pm..kami memulakan kayuhan kami menuju kedietinasi iaitu Bukit Pencawang...

Yang pasti setiap rider begitu teruja dengan pujMAC Nite Ride. Bagi yang tidak pernah mengalaminya..inilah satu pengalaman baru bagi mereka. Kepada yang biasa mengikuti kayuhan pujMAC Nite Ride..ini adalah acara yang dinanti2kan.






Susana malam itu membuatkan Kota Warisan hingar bingar dengan suara2 teruja dari para MTB rider's. Semuanya sudah bersedia enyahut cabaran pujMAC Nite Ride. Lihat saja aksi rider pada malam itu.




Apabila tayar mencecah OFFROAD, tida kata yang mampu dilafazkan..cuba perasaan diselubungi keasyikkan dan kesejukkan malam pasti membelah kesunyian pada malam itu.

Ada yang bersuara...ada yang memohan agar kayuhan berjalan lancar..dan tak kurang juga berbisik2 sambil berkata..emmm.best2...






Berkayuh di waktu malam sememangnya sesuatu yang begitu menyeronokkan, disamping pengalaman baru, rasa keletihan tidak langsung bermain difikiran..mana taknya faktor cuaca dan diikuti pula dengan deruan rider2 yang lain sudah pasti menyeronokkan.



pujMAC telah mengambil kesempatan ini mengumukan Nite Ride OFFROAD akan diadakan pada setiap bulan. Mana2 rider's yang tidak berkesempatan menyertai kayuhan kali ini..rajin2lah pantau pujMAC blog. Sesungguhnya..kami senantiasa menyedialkan Nite Ride OFFROAD di Kota warisan.








Siapa yang tidak teruja, cahaya lampu LED dari depan dan belakang membuatkan rider's merasakan yang mereka seolah sedang menyertai satu Jamboree yang jarang2 diadakan di dunia MTB. pujMAC berharap selagi ada sambutan dari MTB rider's pujMAC senantiasa memberikan satu kelainan kayuhan kepada peminat2 MTB.




Kami mula menyusur laluan kelapa sawit yang gelap gelita, serta memecah kedinginan malam. Bagi yang tidak biasa dengan Nite Ride sudah pasti merasakan ini adalah satu pekara yang mustahil berkayuh OFFROAD diwaktu malam. Tapi tidak bagi kami..kalau nak tahu tanyalah rider2 yang pernah mengikuti kayuhan kami.








Untuk memastikan kayuhankami senantiasa lancar dan tidak terlalu jauh dari leader..kami memantau kayuhan pada malam itu dengan menggunakan radio, dimana saya selaku sweeper pada malam itu senantiasa berkomunikasi dengan Bro OnOne..agar kami senantiasa bekayuh didalam satu kumpulan.







Stelah berkayuh sejauh 7 or 8kilometer kami mula berhenti di CP 1, bagi memberi laluan kepada new riders berehat dan menikmati cahaya malam. Sesungguhnya cuaca pada malam itu menyebelahi kami.


Cuba anda perhatikan gambar2 rider pada malam itu..semuanya teruja,enjoy & happy..mungkin kepenatan berkayuh malam tidak sama dengan kayuhan diwaktu malam. Dimana cuaca yang sejuk dan tiupan angin di Kota Warisan membuatkan para rider merasa selesa berkayuh disana.

Sesungguhnya pujMAC secara tak langsung telah membuka mata para peminta MTB bahawa diKota Warisan ada satu track XC yang sungguh menarik. Tidak sia2 pujMAC cuba mempromotekan track Kota Warisan yang selama ini dikunjungi oleh Bro OnOne.




Sedang kami menikmatai pemandangan malam di Kota Warisan, tiba2 kami dikejutkan dengan salah seorang rider's yang telah pancit tayarnya. Tayar rider Chyi telah dicucuk dengan duri sawit.

Tetapi ini adalah pekara biasa dalam MTB. Aku pasti malam itu kerja menukar tayar adalah pekara mudah..memandangkan byk rider yang ringan tulang membantu. Inilah semangat MTB senantiasa bantu membantu tanpa mengira rider's





Sementara menantikan penukaran tayar, rider lai tidak melapaskan peluang bergambar sesama rider untuk diabaikan didada blog masing2 ataupun diabadikan dalam koleksi kayuhan mereka.



Ada yang mengambil peluang meneguk air, chit chat, serta bergambar dan tidak kurang juga melepaskan gian mereka dengan membakar power stick sambil menghirup udara segar di Kota Warisan.

Alhamdulillah malam itu semua rider mampu berkayuh tanpa ada rasa sedikitpun kepenatan. Namun kayuhan kami masih jauh lagi.







Cuna lihat..dah semakin ramai yang cuba membantu Chyi memasang tiub dan tidak lupa juga yg cuba bergurau senda sambil sindir-menyindir terpacul dari mulut masing. Inilah gurauan..disamping berkayuh dengan sikap senda gurau akan lebih mengeratkan lagi pershabatan MTB rider's





Melihatkan akan keadaan para rider's malam itu aku dan Bro OnOne berbincang untuk meneruskan kayuhanke Bukit pencawang.

Sememangnya bila anda berkayuh ke Kota Warisan..anda hatus sampai ke Bukit pencawang..kalau tidak kayuhan anda pasti tidak mencapai tahap maximum....






Suasana rider's pada malam itu..ketawa mula didengari..pasti ada pekara2 yang melucukan, baik kayuhan mahupun menceritakan pengalaman berkayuh. Yang pasti Bro OnOne tidak pernah kedekut idea dan senantiasa ramah dengan rider's malam itu. Sesiapa yang berkayuh dengan Bro OnOne memang menyeronokkan.




Setelah semuanya selesai..maka kami meneruskan kayuhan kami menuju kedestinasi yang seterusnya..memandangkan hari semakin mencemburui kami. Tetapi bila dilihat pada keadaan rider malam itu..tidak seorangpun merunggut ataupun membuat keputusan untuk berkayuh pulang.

Tahniah buat semua rider's pada malam itu.






Kami meruskan kayuhan kami dimana mula melaui single track. Untuk pengetahuan anda semua..sebenarnya kami sudah hampir 2 bulan tidak bermain ditrack ini...apa taknya habis saja ECC..kami terus tidak kemari, lagipun cuaca dimasa ini mencemburui kami untuk berkayuh ditrack Kota Warisan..manakala kesibukkan Bro OnOne dgn tugas juga sedikit sebanyak membantutkan program kami di Kota Warisan.





Anda teruja???? Ingin menyertainya dimasa2 akan datang..sila beri pandangan anda dishoutmix....terimakasih kepada semua rider's yang memberi sokongan dan komittment di Nite Ride OFFROAD kota Warisan.



Kepada yang tidak biasa berkayuh diwaktu malam..ini adalah pekara biasa..atau mungkin pencahayaan lampu dari MTB mereka tidak mencukupi..atau mungkin pandangan diwaktu malam tidak sam diwaktu siang membuatkan rider tidak berkeyakinan..namun pujian harus diberikan kepada rider's pd malam itu kerana menyahut cabaran pujMAC Nite Ride OFFROAD.








Cahaya lampu LED senantiasa bekilauan pada malam itu. Aku selaku sweper senantiasa memantau setiap para rider's manakala Shahrin menjalankan tugasnya sebagai runner pada malam itu dengan penuh rasa tanggungjawab...apa taknya..mungkin untuk meastikkan nama pujMAC tidak tercemar dikayuhan yg kami anjurkan. Namun pujian harus diberikan pada rider2 malam itu kerana meberi comittment yang cukup baik sekali. "ANDA SEMUA ADALAH RIDER"S YANG SUNGGUH BERDISIPLIN PADA MALAM ITU"



Kami mula menjejaki anak bukit untuk menuju ke Bkt pencawang satu2mya bukit yang harus ditakluki oleh rider's pd malam itu.

Mendaki bukit diwaktu malam adalah pekara yang mudah..kerana pandangan yang tidak jauh mebuatkan mental para rider's senantiasa bersedia. bebeza apabila anda climbing diwaktu siang. Nak tahu rasanya?..Ikiuti kayuhan kami dimasa akan datang.






Sedang kami merancang untuk mendaki Bukit Pencawang..tiba2 salah seorang rider pada malam itu seolah2 tidak mampu terus berkayuh. Namun semua para rider's cuba meberi sokongan padanya.nyata beliau tidak mampu terus berkayuh.





Entah apa yang menarik perhatian Bro OnOne dibasikal siJayen ini..atau mungkin beliau tertanya2 kenapa dipanggil Jayen??? Adakah size orangnya or basikalnya..yang pasti hanya Jayen saja yang mengetahuinya.









Para rider's memgambil kesempatan melepaskan penat serta berehat untuk memsatikan mampu menruskan kayuahn mereka.



Untuk memastikan rider benar2 fit..kami mengambil keputuan untuk memberi beliau sedikit ruang untuk berehat. Sambil aku mengambil keputusan membatalkan kayuhanke Bukit Pencawang dan menukarkan haluan ke bukit 360.

Keputusanaku ini dipersetujui oleh Bro OnOne.













Kami meneriskan kayuhan menuju ke Bukit 360 yang pasti ramai rider's terntanya2 kenapa Bukit 360? Apa istimewanya? mungkin itu yang menghantui mereka. namun mereka menruskan kayuhan tanpa banyak persoalan. yang pasti pujMAC mestui membrikan satu kepuasan kepada para rider's malam itu.







Para rider's malam itu sesungguhnya menapilakn satu sikap tolong menolong yang amat kuat tanpa sebarang arahan. Walaupun kayuhan ini anjuran pujMAC.namun secara automatik mereka turut meberi kerjasam tanpa rasa perlu diarah. inilah namanya kalau nak enjoy..biar bersama2...keep it up to all MTB rider's....



Lihat saja pancaran lamu LED para rider pada malam itu. Cantik sekali viewnya..deretan lampu2 LED tersusun rapi melihat mereka menajat buklit 360. Manakala aku, David & Awish tidak menyertainya kayuha ke Buklit 360 kerana salah seotrang rider..tidak mampu lagi meneruskan kayuhan.







Tepat jam 12.05am para rider's sampai mencecah bukit 360 degree. Masing2 teruja dengan keindahan view Kota Warisan diwaktu pagi.

Jika anda pernah sampai dibukit 360 anda pasti tidak mahu turun keasyikkan badan ditiup angin diwaktu pagi pasti membuatkan anda merasa layu dan tidak mahu turun. Mengikut dari info rider yg sampai dipuncak, mereka kata baju mereka terus kering apabla dihembus angin malam.




Kesempatan diPuncak Bukit 360 digunakan sebaik mungkin oleh para rider pada malam itu. mereka benar menikmatai deruan angin yang cukup kencang, dan sudah past membuatkan rider tidak mahu turun lagi..walaupun layan DH.







Wajah2 rider di Puncak Bukit 360.














Kenangan di puncak Bukit 360 harus diabadikan sebaik mungkin buat tatapan dan kenagan mereka semasa menceburi dunia sukan MTB.








Semuanyan tersenyum lebar....tanda kepuasan or mungkin terntayan...fuhhh..akhirnya aku sampai ke puncak bukit 360..sudah pasti diamasa kan datang mereka ingin pula mendaki Bukit pencawang..insyaallah..kita akan keasan satu hari nanti.






Pandangan DH dari Bukit 360. Kepada yang rider tegar..inilah masanya nak layan DH. Bagi mereka siang & malam bukannya halangan..yang apsti kepuasan melayan DH haru dipergunakan dengan sebaik mungkin. Kepantan climbing haru diyar denga nDH yang maximum.






Kami meruskan kayuhan untuk menamatkan pujMAC Nite Ride OFFROAD kali ini. Yang pasti kepuasan terpancar dari raut wajah2 rider's pada malam itu.




Kayuhan pulang kami dikejutkan dengan salah seorang rider pad malam itu mengalami kekejangan otot. Ini adalah pekara biasa dalam sukan MTB especially xcounty.

Anyway..pujian harus diberikan kepada salah seoran Br ini yang mampu berkayuh di ujMAC Nite Ride OFFROAD.








Satu lagi sikap tolong menolong yang ditunjukkan oleh rider dari Nilai MTB iaitu Bro Naza yang sudi memberi bantuan kepada salah seorasng rider pada malam itu.

Inilah salah satu sikap yang harus dipuji dan menjadi sati contoh yang harus diikuti oleh semua MTB rider's.







Kayuhan kami sampai kepenhujungnya. Sesungguhnya saya selaku pujMAC blogger dan selaku pihak pengajuran mengucapkan berbanyak terimakasih diata support yang diberi dan kerjasama dari semua mTB rider pada malam itu.

Insyaallah..kayuhan pujMAC Nite Ride Offroad Kota Warsan akan muncul lagi pada bulan hadapan bersama satu tekad yang bari sempena kemuncullan tahun 2010.






Wajah2 kepuasan para rider pada malam itu terpancar dari sinar mata mereka. Yang pasti kepuasan berkayuh akan diabadikan dalam diari masing2.
Di kesempatan ini pujMAC memohan jutaan maaf sekiranya ada kekeruangan semasa pujMAC Nite Ride OFFROAD, insyaallah kami akan cuba memperbaiki dari madsa kesemasa.



Kayuahn sampai kepenghujungnya..













Inilah masanya pujMAC meluangkan masa bersama2 riders pada malam itu sambil menceritakan pengalaman berkayuh.




Thanks to group MTB Nilai yang diketuai oleh Bro Naza, sudi menghulurkan elabagibantuan bagi menjayakan kayuhan pujMAC Nite Ride OFFROAD Kota Warisan.












Air rasmi pujMAC 3 layer....bila dah kayuh cuba air nie..emmmm..stimmmmm

Berjumpa lagi di pujMAC Nite Rde OFFROAD Kota Warisan pada bulan hadapan.
Selaku pujMAC blogger mengucapkan ribuan trimakasih kepada Sharin selaku runner, A.Achik selaku Cameraman, Jayen selaku Medic







2 comments: