Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Tuesday, October 27, 2009

Kayuhan ECC "Burung Hantu" Melacca

Distance: 45kilo
Maximum DH: 63.5 (pujMAC blogger)


Finally hari2 yang dinantikan muncul jua, pujMAC diwakili seramai 9 peserta iaitu Jayen, Yeti,GtNik, Shahrin, Ekram, Iyan,Rostan, A.achik, aku (pujMAC blogger) serta asri@bk5.
Para rider's pujMAC bertolak seawal pagi Sabtu (24-10-0) pukul 11am dimana Shahrin, Iyan,Jayen, A.achik serta asri@bk5 mula bergerak ke Malacca. Manakal aku, serta Yeti & Gtnik bergerak dari KL sekitar pukul 2pm, manakla Rostan bergerak seawal 12pm bersama keluarga.



Iyan,Shahrin,Jayen,A.achik & asri@bk5 berkumpul sekitar pukul 11am pada 24hb di Esso Equine Park. Masing2 dah teruja habis.

Sebelum berlepas group nie sempat kena cendol diarea sekitar Bandar Equine.








Perjalanan ke Malacca, sememangnya perjalanan kali ini seperti satu trend baru dimukabumi Malaysia..dimana rata2 Highway ketika itu dipenuhi dengan kenderaan yang penuh dengan basikal, diatas, dibelakang dan tak lupa juga didalam.









Signboard "Ayer Kroh" mula muncul..masa tu hati lagi la bertambah teruja. Especially Jayen & Iyan dimana ini adalah Jamboree yang pertama bagi mereka. Berkat training Nite Ride anjuran pujMAC sedikit sebanyak dapat menenangkan diri mereka..









Nie lak..aku sebelum sampai dihotel hantar keluarga sempat juga ronda2 bandar hilir...

Sempat jugak aku shoot pic berlatar belakangkan Kapal yang menjadi kebanggaan rakyat Melaka.










Sampai saja di Dataran Sejarah, Iyan,Jayen,Shahrin, achik serta asri@bk5 terus menuju ke registaration. Lihat saja wajah terliur mereka bila melihat awek2 Melaka yang sedang menanti.

Setelah semuanya settle pujMAC members terus berlepas ke penginapan yang ala-ala banglo.






Apabila semuanya dah settle pujMAC members terus menuju ke rumah penginapan, sementara berehat secukupnya untuk memastikan kayuhan dimalam itu ditahap maksimum ataupu ala-ala impak maxima...



Setelah puas berehat pujMAC memulakan perjalanan menuju ke Dataran Bersejarah dimana tempat kayuhan yang akan dilepaskan.

Masing dah bergemuruh,teruja dan sebagainya...










Bersiap menuju ke Dataran Bersejarah dimana permulaan ECC akan dilepaskan tepat 8.30pm.

Konvoi diketuai oleh Bro asri@bk5










pujMAC mula berkumpul di Dataran sejarah Malacca seawal 7.50pm. Yang pasti susana memang teruja maklum la..ini adalah kayuhan Jamboree pertama diMalaysia yang diadakan pada waktu malam. Sesungguhnya sesuatu yang teramat menarik dalam calendar MTB Jamboree sepanjang tahun 2009.
pujMAC sememangnya sudah bersedia awal untuk menghadapai kayuhan kali ini, dimana training kayuhan malam yang pernah dianjurkan oleh "pujMAC" pada 1st pujMAC Nite Ride "OFFROAD" , 2nd pujMAC Nite Ride "OFFROAD" serta 3rd pujMAC Nite Ride "OFFROAD"yang diketuai oleh Bro Kamarul sesungguhnya amat berguna dan menjadi pendorong untuk pujMAC mengharungi Kayuhan Burung Hantu.



Sempat bertemu dan memberi "GODDIES" untuk Mamat & Bro Kulat dari team Kayuhbeb. Yang sememangnya relation diantara pujMAC & Kayuhbeb tidak dapat dinafikan keakrabannya.

Sudah menjadi adat dalam team MTB, sesiapa yang datang awal maka acara menorlong collect "GODDIES" sudah menjadi pekara biasa dalam persahabatan MTB.







Wajah ketenangan dari rider pujMAC













Sempat memberi pose yang istimewa dari pujMAC team dan Lontruth & Redflag. Member dari utara yang sememangnya tidak pernah terlepas peluang menyertai mana2 Jamboree












Inilah wajah2 yang teruja dimalam itu pujMAC blogger, pujMAC sweaper dan Yeti...release tension before start taht event.












GtNik yang pasti mengambil setiap pic dimalam itu..dah macam wartawan lak aku tengok dia...

Yeti inilaha betul Jamboree yang pertama buatnya..yang pasti perasaan gundah gulana pasti muncul...seperti mana setiap rider yang baru pertama lali menyertai Jamboree, namun berkat training di pujMAC Nite Ride pasti memberi sedikit ketenangan.






Sempat lagi memberi pelbagai post..maklum la..bila dah kayuh nanti pasti sudah tiada masa untuk mengambil gambar..kerana tumpuan kayuhan harus diberi..untuk memastikan kedudukkan yang terbaik di ECC.










Gelagat pujMAC rider's yang sememangnya berdisiplin dalam setiapa jMaboree yang disertai mereka..











Sebelum bermula kayuhan pujMAC membentangkan perancangan untuk menghadapi ECC, yang pasti perancangan untuk menaikkan nama pujMAC di arena MTB haru direalisasikan.

Perancangan awal dimana Rostan,Iyan, Sharin diletakkan dihadapan kerena mereka ini adalah rider2 harapan yang bakal mengegarkan nama pujMAC dimana2 Jamboree yang disertai. Bagi pujMAC target untuk rosatan adalah below 50 manakala Iyan & Sharin below 100. Manakala team ke2 adalah untuk menamatkan kayuhan. Yang diwakili Jayen, GtNik, Aku , Yeti, Ekram,




Tepat jam 8.30pm Kayuhan ECC bermula..aku lihat semuanya berjalan lancar..Team pujMAC "A" bermula dihadapan...manakala Team pujMAC "B" paling belakang sekali..org dah berkayuh..tapi kami masih meraikan kemeriahan bunga api..he..he..maklum la..target cuma nak tamatkan kayuhan.











Permulaan yang sememangnya terancang awal..aku mengekori asri@bk5 sambil diikuti oleh a.achik..entah tak semena2 aku tengok asri semakin layu. Aku meneruskan kayuhan dan terus meningalkan lain2 team sambil kutip satu riders...




Aku sampai di CP1, aku lihat rider sudah bertambah ramai...sedang aku dok layan pisang serta melihat dan mengintai2 buah nyor yg tidak kelihatan..tup..tup..aku terjumpa sahabat MTB dari utara...











Nie dia Lontruth dan Comel....pasangan ideal malam tu..jersy sedondon sedang melayan buah pisang..sambil mata melilau dok cari2 buah nyor muda...he..he..











Dah lama berehat dan dok lepak2 dgn Lontruth..aku meneruskan Kayuhan ke CP2. Tapi pendakian sememangnya menyeksakan..track yg penuh dengan batu-batu membuatkan tayar tidak mampu mengigit...dan asyik terkucil aje...jalan terbaik..adalah tolakkkkkkkkk......








Aku sampai di CP2 sambil melihat kebelakang wajah rakan2..namun masih tak kelihatan..tapi yang pasti aku dapat mersakan yang mereka semuanya selamat "INSYAALLAH"










Waktu nie aku follow Lontruth,wan Blizt & Comel..memang best layan dia org nie..kayuh laju giler..akupun naik stim follow dia org..maklum la..single track lak tu...

Sedang aku syok layan..tiba2 aku dengar..kejap2...tunggu aku..basikal aku sangkut la..siapakah "GERANGANNYA"?????he..he...







Masa tu aku memang dok layan dengan si Lontruth nie..tiba2 syahwat aku tidak dapat dibendung lagi...tahap stim aku dah sampai kekemuncak..aku terus overtake sambil memohon melepaskan dri dari Sifu aku dangan ucapan...asalamualaikum sifu..mintak lalu yek...

Aku terus meninggalkan sifu aku Lontruth..








Nie lak salah satu track yang dah macam tempat kerbau berkubang..aku lihat ada yang pikul basikal..tak lepas jugak dok menjingkit takut terkena air..baunya "ALLAH" saja la yang tahu.

Aku mengunakan keseimbangan badan aku supya tidak terjebak didalam lecak..syukur aku mampu melepaskan kubang ini tanpa kasut aku basah..nak tahu cam ner..nie skill namanya..he..he..



Oleh kerana dah kepenatan berkayuh dan layan DH sorang2 aku dah tak ada masa nak mabil pic..kayuh dan terus kayuh...sehingga disatu tempat hanya aku seorang aje rider..dalam hati "ALLAH" saja la yang tahu..pelbagai benda belamian2 difikiran aku...yang pasti ini belaku bukan saja pada aku..mesti terdapat juga pada rider2 yang lain.

Namun alhamdulillah..semuanya selamat. Aku sampai di penamat..kelihatan Rostan dan siap mandi manda lagi..begitu juga Iyan & Shahrin..yang pasti perancangan pujMAC memang menjadi..Rostan,Iyan & Shahrin berjaya mendapat kedudukkan yang terbaik.


Inilah rupanya basikal para pujMAC riders malam tu...lepas nie dok fikir lak..nak basuh..pehhh..memang meltihkan. Namun kepuasan track ECC memang mantap,dari segi keselamatan, marshal and etc sememangnya adalah yang terbaik..Syabas kepada ECC.









PujMAC rider sedang dok melepak menantikan rider2 yang lain. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dengan jayanya.












Jayen,Shahrin & Iyan tidak mampu berkata2 lagi..diwajah terpancar satu kepuasan yang tidak dapat dilontarkan.

Kata2 dari Jayen...rasa nak muntah, penat gila babi dan sebagainya. Tahniah buat Iyan, Shahrin & Jayen yang berjaya menamatkan kayuhan.








Dalam banyak2 rider pujMAC, Yeti adalha yang terbaik..walaupun ditinggalkan oleh kawan2 yang lain..namun beliau mempunyai semangat juang yang tinggi. dari ceritanya belaiu terjatuh sebanyak 6 kali..namun semangat MTB dan dorongan dari rakan2 melalui RADIO GA.GA..beliau meneruskan kayuhannya. Syabas buat Yeti sememangnya you are the best malam tu.






Nie lak sweaper pujMAC, menjalankan tugas dengan baik sekali..terlentang kepenatan serta wajah puas terpancar darinya.

You are the best Sweaper...










Nie lak aku..cam biasa la..bila dah penat dok rehat sambil terdtidur...sememangnya malam tu aku layan tu maximum.

Setelah berpuashati dengan prestasi anak2 buah..apa lagi yang mampu dikatakan..hanya tidur yang dapat mententeramkan hati...siapa shot pic nia..akupun tak pasti...







Susana dirumah penginapan. Semuanya bersiap sedia untuk menuju pulang.

Feedback yang aku dapat dari pujMAC memeber amat berpuashati dengan penginapan pada hari itu.










Bersiap sedia untuk pulang..yang pasti ECC sememangya meninggalkan satu kenagna manis. Penat, jatuh, tergolek, layan DH, terlihat ala-ala pocong menjadi kenagan manis buat semua pujMAC rider's









Perjalanan pulang yang sememangnya memenatkan namun kepuasan tidak mampu diluahkan bagi peminat MTB












Inilah alat komunikasi pujMAC RADIO Ga..GA...bagi memastikan semua riders selamat. Tiada istilah ditinggalkan dalam pujMAC. Yang pasti semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.










Rostan 68 / 780


Shahrin 103 /780


Iyan 174 / 780


assry 177 / 780

a.achik 247 / 780

Ekram 262 / 780


GtNik 300 / 780


Yeti beliau membuktikan kemampuannya
menamatkan kayuhan pd malam itu
to pujMAC member's big claps to YETI

No comments:

Post a Comment