Date:
Distance:
Maximum DH: 51km/h (refer pujMAC blogger)
Seramai 17 rider pada hari itu yang hadir untuk melayan track Broga. Ada dari mereka yang datang dari kakitua.blogspot, basikal.com, pujMAC.blogspot dan rider's perseorangan. Seawal 8.30am kayuhan bermula. Walaupun kayuhan sememangnya dah lari dari jadual asal. Kamipun tak pasti adakah pujMAC terlalu awal..ataupun pihak lain yang terlewat..namun ini bukan pertikaiannya..yang pasti sama-sama layanNNNN.....
Warganegara pujMAC yang sememangnya teruja bila ada layan OFFROAD.
Dari Kiri:-
Ekram (raja xcountry), Shahrin (raja DH), GtNik (sweaper), David, Rostan (raja Climbing), Mat, Iyan,Achik (raja segala raja) & pujMAC blogger.
Nie lak Bro Sam, leader pada kayuhan Broga kali ini. Kira otai gak nie...1st time jumpa, very friendly. Pada Bro Sam terimakasih sebab layan pujMAC dekat Broga.
Inilah Bro Ken@Kamarul dari basikal.com, selaku navigator kami pada hari tu..maklum la..dia aje yg ada garmin 705..memang powerfull Garmin tu.
To Bro Ken thanks sebab bawak pujMAC layan Broga yg pasti track Broga tempat melepaskan nafsu bagi pujMAC team.
Tepat jam 8.45am (yg sememangya dah lari dari jadualnya) kami memulakan kayuhan memasukki sekitar kampung yang sememangya nyaman dipagi hari.
Bila memalui kawasan cam nie secara tak langsung fikiran mula terkenangkan kampung halaman serta zaman2 kanak layan basikal dahulu...
Kayuhan kali ini memangnya ramai, seingat aku ada 17 rider pada hari itu, ada yang datang bersama kumpulan dan perseorangan.
Antara rider yg ada pada hari tu..dari kakitua.blogspot, basikal.com, pujmac.blogspot dan rider solo.
Seawal kayuhan OFFROAD mula diterjah.
Sememangnya berkayuh MTB nie yang paling best bila tayar mencecah tanah,bukit-bukau dan lecak..disini kenikmatannya sememangnya memberangsangkan..walaupun kita tahu bahawa bahananya selepas ini kena cuci dan basuh..tapi bila melihat basikal dipenuhi selut membuatkan rider terasa keasyikkannya.
Berkayuh MTB nie sebenarnya memberi peluang minda berehat dari kesibukkan kotaraya dan juga tugasan harian. Terasa lapang kepala hotak bila melihat susana kehijauan dan juga ketenangan hutan dipagi hari, walaupun kita tahu berkayuh adalah satu kepenatan yang tak mampu diperkatakan.
Namun inilah kenikmatannya bila bermain MTB, kalau tak pecaya mari cuba.."ADA BERANI"...
Kami mula climb, nak climbing nie bukan main bedal aje..teknik kayuhan serta kecekapan menggunakan geqar amat penting..so disinilah pengalaman harus digunakan, kepada yg baru teknik ini hari dipelajari..jika tersilap anda pasti kecundang ataupun terpakas menolak basikal.
Teknik menggunakan gear adalah penting serta mencari posisi badan amat perlu agar climbing tidak dirasakan satu bebanan. Lagi satu pastikan bila clim jangan memandang puncak sebaliknya tumpukan pada kayuhan dan step.
Track yang sememangnya menaikkan nafsu syahwat setiap peminat MTB adalah single track, skil memang harus digunakan, especially mengawal bike didalam susanan track yg kecil. Mata perlu fokus, kakai harus diposisi yang sepatitnya agar tidak terkucil.
Lagi satu semangat team work harus ada didalam MTB, agar tidak ada yg ketinggalan,disinilah bakti sweaper dan last man harus dihargai. Sweaper bukan calang org yg mampu menjadi sweaper kerana sifat sabar dan bertimbangrasa sememangnya ada dalam diri sweaper.
Sudah menjadi kewajipan dalam MTB, mana rider yang berjaya climbing dengan senafas aje..apabila sampai diatas, harus menunggu riders yang climbing 2/3 nafas...disinilah semangat team work ditonjolkan.
Tapi walaupun senafas climbing..yang pasti climbing sememangyan memerlukan tenaga yang banyak..kalau tak keluar angain la dari laluan atas dan bawah...kadang mula terfikir..kenapalah sukan ini yang diceburi...he..he...
Wajah2 rider's yang berjaya climbing hanya senafas..kalau selepas climbing..cuba pergi dekat semua riders2..disinilah nafas seperti,lembu,kerbau,kambing dan sebagainya akan keluar..kalau tak keluar bunyi..tu tandanya mesti tolak aje bila climbing...
Untuk lebih kepastian..cuba pegang dada mereka..kencang berlari..seolah-olah kencang apabila melihat buah nyor muda he..he...
Kami mula memasuki single track yang ala2 climbing, mememang mengasyikkan, melihatkan keadaan track yang separa basah lagi membuatkan kami benar2 terasa kenikmatannya.
Disini kemahiran riders teruji, gear harus digunakan sebaik mungkin. Mana riders yang sudah biasa dengan keadaan track yang separa lembab, serta setup tayar yang baik..pasti ini adalah maninan mereka.
Lihat saja single track yang pasti memerlukan teknik handling,kecekapan gear, serta tekanan taray memainkan peranan, jika salah set-up alamatnya hi..hi..bye..bye...
Jika silap perhitungan, maka pokok dan akar2 kayu pasti menjerat para riders...silap percaturan akan bermandi dilubuk yang sememangnya mengelikan...
Single track broga sememangyan mengasyikkan, climbing, serta lala2 DH membuatkan para rider's tidak kering mulut mengusik para rider2s yang lain...
GtNik selaku sweaper tidak mampu menahan tahap orga..apabila melihat single track ala2 DH dan melalui anak sungai..sememangnya memberangsangkan.
Disini teknik kayuhan amat perlu, gear harus diletakkan dalam position yang sebetulnya..cuba bayangkan. track yang ala2 DH, mengharungi sungai kemudian terus climbing..dimana gear yang harus digunakan?..Tepuk dada tanya selera..silap guna gear..maka bermandi-mandalah dalam anak sungai ini..
Lagi stau bila layan DH yang panjang..sememangnya mengasyikkan, kena pulak boleh cucuk rider's yang dihadapan. Sememangnya presure. Bila layan mata harus ditumpukan dengan sebaik mungkin, lihat saja pic disebelah..dah la layan DJH laju, ada pula corner yang haris mengelak pokok..silap percaturan terjun longkang...
Kelihatan org kuat pujMAC tersasar di corner yang mencabar ini.
Para rider's yang dibelakang terpaksa menahan tahap orga apabila melihat rakan ada yang tergolek...memang menyakitkan..namun kepuasan tidak mampu diperkatakan dan diluahkan.
Beginilah bila bermain MTB, jatuh,bangun,luka,calar dan sebagainya adalah permainan dan siulan bagi mereka.
Wajah2 kepuasan terpancar pada diri masing2. Hilang rasa penat,sakit dan sebagainya bila pengalaman dikongsi bersama.
Inilah riders tahap tegar, sementara menunggu rider's lain sampai, pengalaman terus dikongsi. Ada yang menceritakan keayikkan layan DH, single track,climbing dan sebagainya..secara tak langsung semangat seta kawan terus dipupuk.
Lagi satu contoh yang amat menarik, saling tolong menolong diantara satu dan yang lain.
Achik yang mengambil tempat Jayen&Yeti sebagai medic pada hari itu. Dan secara automatik pujMAC terus dilantik sebagai 3rd medic bagi pujMAC merangkap "CAMERAMAN" dan semakin banyak tugas achik la nie...kena pasang secetary nie?
Lagi single track,melihatkan pada keadaan track Broga seolah-olah sudah tiada yang melakukan pemantaun, mungkin para rider MTB dah mula layan track PCC 2009, maka track lama ditinggalkan.
Perjalanan kami sedikit sebanyak tercalar jugak memandangkan Bro Sam selalu hilang tumpuan..mungkin asyik layan DH sehinggakan asyik tersasar dari track yag seterusnya..makan disini khidmat Bro Ken diperlukan..
Bila layan DH, yang paling pressure hari tu adalah ekor lembut..DH & Climbing perkataan "rider..rider" bergema dan terus bergema..tension siekor lembut..
Jambatan yang pasti akan roboh jika tiada langkah keselamatan yg diambil. Tapi rasanya kalau jambatan ini di gunakan pada ECC yang lalu sudah pasti tiada yang menolaknya..kerana malam siapapun tak nampak..
Yang pasti track Broga memang layan serta tahap.
Yang pasti kami akan berkunjung semula..satu hari nanti.
Lagi aksi gambar pujmac.blogspot, basikal.com, kakitua.blogpsot dan pelbagai rider pada kayuhan Broga tempohari boleh dilihat di link below
Gambar ihsan dari basikal.com
PujMAC mengucapkan ribuan terimaksih kepada Bro Ken & Bro Sam dari basikal.com yang sudi mempelawa kami berkayuh dan malayan track Broga. Jika sudi calling2 la lagi...
No comments:
Post a Comment