Time: 8.30am
Total Distance: 35km
Tepat jam 5.00am alarm hp aku berbunyi...pusing kiri pusing kanan rupa2nya deringan hp berbunyi menandakan waktu aku bangun sudah sampai..dan hari ini adalah kayuhan MTB Central Vs MTB Northern di FRIM Kepong. Setelah puas bergolek2 so aku menguatkan semangat untuk bangun..terasa sengal badan masih menyelubungi aku. Semalam lak balik lewat layan dinner dengan Gang Utara di Bangi...demi MTB dan semangat setiakawan aku gagahkan jua untuk bangun..lagipun dah janji jumpa dengan Gang Utara di Petronas puj pukul 6.30am.
Teapt jam 6.45 pagi aku sampai diPetronas..aku lihat Jayen & Shahrin dah terpacak kat situ..bagus betul dia orang nie...terlintas dihati aku..tertanya2 tak penat ke? 5 minit kemudian gang utara pula muncul..so kami meneruskan perjalanan menuju ke Hospital Sg Buloh...tiba2 hp aku berbunyi lagi..menendakan sms masuk...
Achik: Tak dapat pergi...tayar depan belakang pancit...
Cik Da: Chif , Cik da nye tayar depan pancit
Dalam hati..emmmm...for achik..ok la..maybe next time..for Cik Da..emmmm..tak chek ke pagi tadi...so aku terus mesms Cik Da..follow aje..sampai sana tukar la....c
SO kami meneruskan perjalanan...terasa lak dah lambat..risau lak Gang2 Kayuhbeb tertunggu lak...maklum la..ikut jadual kayuh kul 8.00am..tapi aku rasa maybe mereka faham..maklum la..semalam dah layan Kiara & PCP.
Kami sampai diperkarangan Hospital lebih kurang pukul 7.45am..aku lihat Gang Kayuhbeb dah ready dengan jentera masing2. Malu gak sebab sampai lewat...tapi harapan aku..maybe Gang Kayuhbeb faham situasinya.
Sementara itu aku lihat gang Kayuhbeb sedang posing sana-sini...merakamkan gambar2 sebelum ride..Gang Kayuhbeb memang gemar bergambar...nampak enjoy dia orang lihat saja di faceBook Cameraman mereka iaitu Bro Jinggo...
Beginilah ramai betul Gang Kayuhbeb dan jugak individu rider yang turun pada hari itu. Sekali lagi media electronic memainkan peranan menyampaikan berita dengan pantas sekali.
Dunia semakin canggih...apa2 event just bentang saja didada blog dan Facebook serta sms..pasti ada saja rider yang turun.
Dunia semakin canggih...apa2 event just bentang saja didada blog dan Facebook serta sms..pasti ada saja rider yang turun.
Sementra itu Gang2 Utara sempat bersalam-salaman dengan Gang2 Kayuhbeb. Dah macam YB datang melawat kawasa aje Gang Utara ini...inilah semangat MTB yang jarang2 kita lihat mas kini. Tahniah kepada MTB rider's.
Para rider's mengambil kesempatan berkenalan serta bertanya khabar..
Manakala yang lain sibuk menyediakan jentera masing2..aku lak cam dah longlai aje pagi tu..badan tak rasa apa2 cuma kepala aku dah mula berdenyut2..mungkin tak cukup tidur agaknya...namun MTB punya pasal layan tetap layan..cuma berhati2 saja la...
Acara biasa sebelum berkayuh kami sempat merkamkan kengan pada pagi itu..kalau dikira ramai jugak rider yang turun..tapi aku tak mampu nak nyatakan semua nama2 rider's pada hair itu...memadailah dengan ucapan terimakasih kerana sudi datang.
Steakh penerangan diberikan oleh Bro rule dari Kayuhbeb dan bacaan doa dari Jayen pujMAC, kayuhan kami dimulakan dan diketuai oleh Bro Kulat...
Tepat jam 8.35am, kami mula mengorak langkah..aku yg sememangnya dah takl larat dok belakang2 aje..sambil menyumbangkan tenaga sebagai unofficial sweeper...disampin itu aku juga harus memastikan anak-anak buah pujMAC senantiasa dlam keadaan selamat..by communicate with radio dengan Jayen.
Nie la..kami dok belakang..yang lain dah mula mengorak langkah...penat betul la...cuma aku lihat shahrin betul bertenaga dia..so aku menyuruh dia teruskan kayuhan...
Kami mula memasukki OFFROAD menuju ke FRIM..nie dah mula tersa sakit..pa taknya dah mula climbing..semakin tinggi aku climb semakin nak pecah kepala aku...
Nasihat aku kepada MTB rider..kalau nak layan MTB eloklah cukup tidur..kalau tak nafsu akan luntur...
Nasihat aku kepada MTB rider..kalau nak layan MTB eloklah cukup tidur..kalau tak nafsu akan luntur...
Sampai dipuncak..perjalanan kami ditahan oleh 2 orang pakcik yang mengawal pintu masuk..maka mula la acara "pow" (kena bayar rm 3.00 kalau nak layan FRIM nie)
Semasa pembayaran berlaku..pelabagi lawak jenaka yang timbul mengusik packcik yang jaga kata kawasan itu..nak pecah perut lak aku dengar jenaka2 dari MTB Utara...
Bro Kulat Kayuhbeb Leader pada kayuhan FRIM kali ini..dah lama jugak aku tak layan berkayuh dengan Kulat...
Memang fit dan bertmabh fit dia...mungkin banyak training panjat Bukit agaknya...Thanks Kayuhan FRIM Bro!
Memang fit dan bertmabh fit dia...mungkin banyak training panjat Bukit agaknya...Thanks Kayuhan FRIM Bro!
Kami sampai dikaki Steroid Hill...aku memang dah plan tak nak climbing dah tak larat sangat..so aku mengambil keputusan dok lepak bawah aje..so yg lain menruskan kayuhan mereka...sementara aku dan Wan Blizt memang dah plan nak dok bawah nak simpan tenaga masa kat Dream Trail nanti.
Aksi2 rider malayari Steroid Hill...memang bertenaga mereka semua nie. Gambar2 nie aku pick dari Facebook album Bro Jinggo. Tahnks Bro..kalau tak..tak ada la cerita kayuhan FRIM, sebab pujMAC punay Cameraman..tak dapat hadir...
Jinggo, orang kuat/ harapan Kayuhbeb..tanpa beliau hilanglah kemeriahan Kayuhbeb..sebab selalunya foto2 kayuhan dihidangkan di Bro Jinggo facebook. Sekali lagi aku ucapkan terimakasih banyak....gambar2 yang menarik sungguh.
Nie lak aksi2 rider di bukit putus..akupun tak berapa pasti bukit apa yang dipanggil..rasanya bukit putus la..sebab seorangpun tak mampu berkayuh disebabkan jalannya dah terputus he..he..he..
Masing2 dah mula tuntun basikal...he..he...semangat sungguh mereka nie..aku tengok Gang Utara nie memang tak kenal erti penat...Layan selagi mampu..hebat dia org nie, maklum la..mungkin dah biasa agaknya..lagipun mereka di sememangnya rider tegar..berkayuh sehingga kesempadan Thailandpun pernah...
Shahrinpun tak lepaskan peluangnya melayan trail nie...bertenaga sungguh.
Inilah aksi2 mereka Comel dari Redflag, Bro Wahid dari RotorX serta Mamat dari Kayuhbeb...tak lepas meluang menunjukkan skil serta cara mengangkat basikal...
Tapi itulah bila dah sampai kekemuncak..semua rasa penat jerih hilang secara semula jadi.
Wajah2 yang dah nak termuntah tiba2 hilang diganti dengan senyuaman manis...
Wajah2 yang dah nak termuntah tiba2 hilang diganti dengan senyuaman manis...
Kepada yang kuat climbing ini adalah mainan mereka tapi yang stamina masih belum ditahap GABAN..maka tolak la jawabnya..janji sampai..sekali pandang dah macam Jamboree la pulak....he..he...
Wajah2 kepuasan terpancar dari air muka rider2 yang climbing tadi...keletihan hilang serta merta..seolah2 sperti kanak2 mendapat wang saku..senyum hingga ke telinga. Mengikut info yang aku dapat..perjalanan mereka ke Bukit ini disambut oleh tebuan...aku dengar adalah 2/3 rider yang mendapat buah tangan dari TEBUAN. Memang mencabar sungguh kayuhan mereka..
Ini acara kegemarana..bila layan DH..dah tak ingat dunia...memang layan kat track nie..pehhh..memang best..so aku cuma pandang aje dari bawah..sorang2 rider layan...
Inilah Bro Azrul Chif Kayuhbeb..thanks for FRIM ride...
Inilah Bro Azrul Chif Kayuhbeb..thanks for FRIM ride...
Dah puas DH kami berkayuh menuju ke kantin FRIM..perut dah mula berkocak2...lapar giler..maklum la sarapanpuntak sempat cuma sempat telan roti aje...
Liahtlah rider2 yang kelaparan, hingga tak sedar gambar diambil oleh Jinggo...aku dah memang tak nampak kiri kanan..yang aku nampak cuma kunyah dan telan aje...
Aku dan Kamarul Penghulu Kota Warisan...Kamarul mampu menberi senyuman yang menarik..manakla aku dah senyumpun tak larat...
Manakal rider2 yang lain terus melepaskan nafsu makan mereka...tanpa menghiraukan apa yang berlaku...bayangkan betapa laparnya mereka...
Setelah semua puas mengisi apa yang patut, kami terus memulakan kayuhan kami menuju kepintu hadapan FRIM untul merakamkan kenangan disitu...fuhhh..memang penat giler...
Maisng mula menuju ke pintu hadapan FRIM untuk mengabadikan kenangan berkayuh bersama Gang Utara..perut dah kenyang..tenaga dah kurang..nak berkayuhpun dah tak larat..tapi demi semangat MTB..kami teruskan jua.
Gambar kenagan yang sempat dirakamkan untuk dubuat kenang-kenangan dan termaktub didalam sejarah MTB Central untuk tatapan dan pembakar semangat bagi new rider MTB amnya..
Sempat diabadikan dan termaktub didalam sejarah MTB pujMAC.
Orang kuat Kayuhbeb yang turut menjayakan kayuhan FRIM bersama Gang Utara.
pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian Kayuhbeb mengetuai kayuhan FRIM. Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh MTB Central akan dapat diterapkan dimasa-masa akan datang.
pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian Kayuhbeb mengetuai kayuhan FRIM. Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh MTB Central akan dapat diterapkan dimasa-masa akan datang.
Termakbul sudah permintaan Gang Utara untuk melayari Kiara, PCP dan FRIM Trail. Besar kemungkinan program seperti ini dapat diteruskan dimasa2 akan datang Insyaallah. PujMAC juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Team ROP,Haitsan & rakan, Satu Biking, Kayuhbeb serta individu rider's kerana sudi meluangkan masa untuk melayari trail bersama dengan Gang Utara. Semoga MTB akan lebih ceria lagi dimasa2 akan datang.
No comments:
Post a Comment