Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Friday, April 30, 2010

pujMAC_Kayuhan Terang Bulan@Kulim



Kulim Jamboree datang lagi bagi tahun ke 2 setelah penyertaan pujMAC pada tahun 2009. Tapi kali ini formatnya sungguh bebeza dimana kayuhan kali ini diadakan pada waktu malam dan amat berseuaian dengan temanya "Kayuhan Terang Bulan" . Kali ini pujMAC menghantar seramai 18 rider untuk bersaing, mencuba nasib dan tak kurang juga mendedahkan rider2 baru pada setiap Jamboree bagi meastikkan mereka enjoy dan menikmati susana Jamboree.



Kepada pujMAC rider's bersedialah dari segi mental & fizikal bagi menghadapi Kayuhan Terang Bulan yang akan berlansung pada malam 01_05_2010 ini.

Untuk mengetahu lebih detail megenai format & info mengenai Kayuhan Terang Bulan sila click link ini :- http://www.kulimjamboree.co.cc/ dan good luck kepada semua rider2 yang terlibat.


Wednesday, April 28, 2010

Welcome Bro Poey to pujMAC



Sekali lagi pujMAC menerima keahlian baru iaitu Bro Poey, sebelum menyertai pujMAC beliau senantiasa mengikuti kayuhan2 yang dianjurkan oleh pujMAC disamping itu juga beliau turut serta menyumbang tenaga didalam menaikkan nama pujMAC dan juga merealisasikan Jersy pujMAC 2nd Edition, dan dengan itu kami sebulat suara telah bersetuju untuk menerima beliau masuk kedalam pujMAC Team demi memantapkan sukan MTB khususnya.
Kami dipujMAC mengucapkan Selamat Datang Bro Poey dan semoga kehadiran beliau akan lebih memantapkan lagi pujMAC amnya.






Aksi Bro Poey di Kayuhan KESAS Highway















Aksi Poey di PCP Trail yang sememngnya mengasyikkan.












Aksi Poey di Kayuhan Kota Warisan Trail..siap posing atas batu lagi...












Aksi Poey wheely di PCP trail..Caya la Bro!!!!












Kami dipujMAC mengucapkan selamat datang kepada Bro Poey kedalam pujMAC, semoga kehadiran beliau ke pujMAC akan memantapkan lagi dan memeriahkan arena sukan MTB.

Tuesday, April 27, 2010

Selangor Mountainbike Challenge 2010

Sampai sudah waktu yang dinantikan, tarikh 25_April_2010 bertempat di Bukit Lagong Sg Buloh Selangor berlangsungnya Selangor MTB Challenge buat kali ke2. Kali ini pujMAC menghantar seramai 4 team, 6 rider dlm acara Open, 1 Selangor Open (yang menarik diri disaat2 akhir cuba teka siapa dia...) dan 2 Remaja Open so total seramai 21 rider dari pujMAC. Walaupun kami tidak menaruh harapan yang tinggi dlm penyertaan kali ini, tapi lebih kepada pendedahan terutama kepada rider2 baru, disamping itu juga pujMAC menyandarkan sedikit harapan kepada Team No 2 yang dianggotai oleh Rostan,Farhoud serta Shahrin.






Team 1 yang dianggotai oleh Chif, Jayen & Poey









Para riders pujMAC bersiap sedia untuk berjuang di Selangor MTB Challenge 2010






Team 3 yang dianggotai oleh Ekram, GtNik & Bro Lob









Susana para rider sebelum Flag OFF semuanya dah teruja nak layan SMTBC 2010







Team 2 yang diangotai oleh Rostan, Farhoud & Shahrin








Lagi aksi2 rider yang dah tak tahan dok menanti bila dilepaskan.....



















Team 3 Amir,Zixo & Taslim serta rider's yang lain dlm acara Selangor Open & Individu Open.












2 wakil pujMAC diacara Remaja iaitu Hazeem & Fareez








Sementara menunggu waktu dilepaskan, para peserta sudah mula gusar, dan acara membaca doa didahulukan bagi memastikan kayuhan ini dijauhi dari pekara2 yang tidak diingini.




Tepat jam 8.45am para pesrta dilepaskan..dan disinilah dapat kita lihat semua para riders dah mula memecut selaju yang mampu. Aku lihat masa tu speed meter aku mencecah 40km/h..pehhh..memang tahap..aku rasa dah laju dah..tapi depan aku jauh sayup meninggalkan yang lain2.







Mula memasukki offroad setelah berkayuh sejauh 7 or 8 kilometer..










Memang layan trail nie..cuma matahari dah mula dok pancarkan sinarannya..kalau start dlm pukul 7.30am mesti best sejuk dah cecah offroad..





Kat sini dah mula teruja bila layan offroad yang dipenuhi dengan becak serta meredah air sungai..








Sedang kami dok layan dan melepasi air sungai kelihatan Shahrin dok termenung melihatkan basikalnya yang terbaring..terkejut aku rasa..bila melihat kelibat Shahrin..mesti ada sesuatu yang terjadi...





Shahrin termenung sambil melihat akan basikal..setelah disiasat saddle clampnya patah. Kecewa dia so kami mengambil keputusan cuba membaikinya..kerana kami tahu Rostan & Farhoud sudah berada jauh dihadapannya.







Kami mencuba sedaya upaya untuk membaikkinya..namun gagal..atas semangat team work..poey memberi seat post kepada Shahrin agar beliau meneruskan kayuahnnya..kerana kami tahu..mereka mampu mendapat kedudukkan yang terbaik. Beliu berlalu dengan laju..dan tiba giliran untuk membaiki agar Poey dapat menruskan kayuhan Setelah berhempas pulas..nyata gagal..dan disini terpacul satu ayat dari David. "OK! last choice ambik seat post aku..dan teruskan" aku hanya mampu meberikan senyuman kepada David..dan nyata David membalas senyuman dengan harapan beliau boleh KFC he..he..thanks David.. semangat yang ditunjukkan oleh David membuatkan sahabat2 yang lain rasa terharu..Thanks David..KFC u diiktiraf oleh pujMAC.






Kami meneruskan kayuhan ke seterusnya..sambil aku merasa bangga kerana mempunyai sahabat2 yang bersemangat team work didalam pujMAC..SYABAS semuanya...






Kat sini dah mula pack disebabkan track yang mengunung untuk dipanjat..memang tragis giler..dok fikir..kalau beratur alamatnya memang lambat sampai...






Laluan yang sudah mula ditutupi oleh para rider...tindakkan seterusnya harus bijak.








Akhirnya Jayen,aku & poey mengambil keputusan yang drastik..memikul basikal dan memotong rider lain dilaluan kiri..kalau tak buat cam nie alamatnya ptg baru keluar..bijak kau Jayen...GOOD IDEA!!!..




Dah dapat cilok beberapa bukit dan rider..yang pasti masih menolak kerana trail dipenuhi dengan selut dan juga akar2 kayu yang timbul...silap handling..pasti mencium tanah...








Diparas ini kami masih menolak kelaluan seterusnya...walaupun menolak..kami masih mengambil peluang..meninggalkan rider2 yang lain..kerana masih ada sesetengah rider yang dok bergambar didalam track untuk dibuat kenangan agaknya..he..he...he..





Setelah berada dilaluan selesa kami meneruskan kayuhan kami..mencuba mencari kedudukkan yang terbaik..nak menang sudah pasti tiada harapan..namun semangat untuk menghabiskan kayuhan masih membara..






Aksi2 rider didalam trail offroad..kelihatan 2 remaja pujMAC meneruskan kayuhan..kuat semangat mereka...SYABAS buat Hazeem & Fareez....





Kat sini climbing pehhh..sememangnya menganggu mental..dah la bukit tinggi..kat depan lak ada yang lagi mempengaruhi jiwa dan raga..he..he..he...








Setelah berhempus pulas..kami meneruskan kayuhan menuju ke CP4 final lap for SMTBC 2010..mental dah mula dipengaruhi oleh rider2 yang lain especially apabila terserempak dengan rider yang sudah membuat pusingan U...sabar aje la...

Alhamdulillah pujmac berjaya menamatkan semua kayuhan didalam semua acara. Bagi Poey,Burn,Hazeem & Fareez..ini adalah 1st experience mereka..semoga pendedahan ini dapat memberi mereka semangat yang kental...

Namun pujMAC sedikit kecewa kerana Team 2 telah sampai awal digarisan penamat, memandangkan masalah technical yang dihadapi oleh Shahrin..membuat team pujMAC telah tidak diiktirafkan. Kalau tiada masalah technical kepada Shahrin sudah pasti pujMAC menjuarai acara Team Challengge di SMTB 2010., dah bukan rezeki namanya..namun yang pasti pujMAC dah mula mampu bersaing dengan team2 yang lain.."WE TRY NEXT YEAR"





Aksi2 rider pujMAC semntara menantikan rider2 yang lain sampai.









Semangat team work yang ditunjukkan oleh pujMAC rider membuatkan kami semua merasa gembira dan hilang rasa penat....




Makan time..kelihatan Sharin tidak mampu menjamah makanan..mungkin terkilan dengan pa yang terjadi. Rilek Shahrin..yang pasti kejayaan tidak akan datang dengan mudah.








Susana pujMAC member membelasah makanan yang disediakan..memang lapar giler waktu itu...





Tamat sudah SMTBC 2010, pujMAC merasakan satu kemenanggan didalam Team work yang ditunjukkan. Yang pasti pujMAC menantikkan SMTBC 2011 akan datang...







Selaku Chif pujMAC saya merasa cukup berbangga dengan semangat Team work yang ditunjukkan oleh rider2 yang lain. Semoga pujMAC dapat mengekalkan semangat sebegini sehingga mencapai kejayaan. Kepada yang lain saya mengucapkan SYABAS & TAHNIAH..sampai jumpa lagi..dan yang pasti 01-05-2010 pujMAC akan mencuba nasib pula di Kulim Jamboree "KAYUHAN TERANG BULAN".


Result SMTBC 2010 for detail click "Result"