Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Monday, October 5, 2009

2nd Nite Ride "Offroad" Kota Warisan

Meeting Point: Restoran Hijaz KW
Meeting Time: 8.30pm
Roda Golek:10.00pm
Max DH: 51.63km
Avearage Speed: 19.2km

Bertemu kembali kita di 2nd Nite Ride setelah 1st Nite Ride OFFROAD yang lalu mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kayuhan kali ini hanyalah untuk memastikan para rider's bersedia untuk menghadapi event di ECC Malacca.

pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih kepada team ROP , atok MTB , Nilai MTB, serta orang perseorangan yang memberi sambutan di 2nd Nite Ride "OFFROAD" anjuran pujMAC. Semoga kayuhan ini memberi sedikit pengalaman untuk menghadapai ECC Malacca.

Setelah sekian lama 2nd Nite Ride OFFROAD dirancang oleh pujMAC, maka hari yang dinanti2kan tiba, sambutan diluar dugaan membuatkan pujMAC merasa gembira,terharu dan ucapan terimakasih yang mampu dulontarkan buat semua rider's pada malam itu. Jumlah rider's yang mengikuti 2nd Nite Ride adalah 26 orang termasuk 2 riders wanita (salute habis dgn rider nie).



pujMAC blogger sedang berbincang dengan Leader 2nd Nite Ride OFFROAD iaitu Bro Kamarul yang senantiasa tidak pernah mengecewakan team pujMAC bila diundang untuk berkayuh, walaupun setahu aku dia akan bertugas di keesokkan harinya..terimakasih dari warga pujMAC.








Para rider's sedang bersiap sedia untuk memulakan kayuhan. Kegairahan malam itu sedikit terpadam disebabkan kelewatan para rider's.

Kepada para rider's pastikan anda menepati masa kerana kelewatan anda mambuatkan nafsu syahwat para rider's yang lain terbantut buat seketika. Lagi satu kita kena pastikan janji Melayu ditukar kepada janji "MELAYU BARU"






Sementara menunggu rider's yang lain...peluang ini diamb sebaik mungkin oleh rider's yang lain untuk berkenalan dan bertanya khabar.
Inilah semangat kesukannan dan setiakawan yang harus dipupuk untuk generasi akan datang.

Ada yang bertanya khabar, mengucapkan selamat hari raya, serta tak kurang juga yang menceritakan peformance jentera masing2.







Kayuhan yang sepatutnya berjalan pada pukul 9.30pm ditunda kanagka 10.00pm, diatas kelewatan rider's. Namun kami menyedari setiapa pekara yang dirancang tidak semestinya berjalan lancar. Namun harapan kami semoga dikayuhan akan datang diharap rider' dapat menepati masa.








Sebahagian dari pujMAC teman member's Bro Ekran, Shahrin, Jayen & Yeti

Sememangnya boleh dikatakan rider tegar dari pujMAC..pantang ada saja kayuhan mesti nak follow...









Bro KAmarul sempat memberi sedikit tip sambil diperhatikan oleh Rostan ke[ada salah seorang rider wanita pada malam itu.

Seingat aku rider nie pernah mengikuti event di Selangor Mountainbike Challenge tidak lama dahulu.








Sebahagian dari rider dari Bandar Mahkota, 2nd nite ride Offroad buat mereka..tahnks for support Bro, pastikan kita berjumpa di3rd Nite Ride nanti.










Setelah semua rider's bersiap sedia...kata2 aluan dari pujMAC bloggers untuk rider's pada malam itu. Sambil memperkenalkan para petugas dimalam itu.

Leader: Bro Kamrul
Medic: Jayen & Yeti
Cameraman: GtNik
Runner: Mamat
Last Man: Rostan
Blogger: assry





Para rider's tekun memberi tumpuan pada taklimat malam itu...












Setelah taklimat selesai, bacaan doa yang diketuai oleh Bro Jayen, memohon perlindungan serta keselamatan kepada ALLAH S.W.T

Semoga kayuhan pd malam itu diredhai oleh ALLAH S.W.T

Setelah selesai, acara mengira para rider bermula 1,2,3, 4 dan 26..so total para rider's malam itu adalah 26 orang rider's "TEGAR" (kata-kata yang selalu diucapkan oleh gtnik)





Tepat jam 10.10pm kayuhan bermula...lihat saja suasana yang sungguh menarik dengan pencahayaan dari bilnkker, serta lampu LED para rider's











Para rider's memulakan kayuhan kedestinasi dengan matlamat untuk merasai pengalaman berkayuh disuasana malam.















Dengan tekad dan matalamat untuk persediaan di ECC











Bro fizun dengan baju florosennya, memang sesuai untuk berkayuh diwaktu malam.



























Kami mula memasukki OFFROAD, kepada yang pernah ikut pujMAC di 1st kayuhan Nite Ride mungkin tiada masalah..tetapi kepada yng 1st time follow..disinilah terletaknya kecekapan serta kelengkapan kayuhan malam teruji...

Ada yang teruja..ada juga yang gementar..almaklum la..jarang sekali kayuhan malam dilakukan..









Lihat sajalah pada gambar yang di ambil jika lampu kurang baik..ini adalah kayuhan yang memeritkan.
Tatkala tayar mencecah tanah..dihati mula berkata2..cukup baikkah lampu aku or bolehkah aku kayuh diwaktu malam...mungkin itu yg diperkatakan oleh rider's2.






Suasana yang cukup menyeronokkan bila tayar mencecah tanah...mungkin ada yang berkata (gilakah aku ini berkayuh diwaktu malam dikawasan hutan or...seronokkah berkayuh dan pelbagai lagi).

Namun jawapannya hanya da pada rider's malam itu..tepuk dada tanya selera....







Para rider's malam itu memberi komitment yang baik...aku rasa semua rider's saling bantu mebnatu pada malam itu..selaku penganjur terimakasih kepada semua ridres yang sudi memberi bantuan.










Pada malam itu segala kelangkapan teruji, memadaikah lampu LED mereka atau mereka haru memikirkan apa yang sesuai untuk dibawa di ECC nanti.

pujMAC berharap sedikit oengalaman ini dapat dikongsi bersama untuk manghadapi ECC Malacca tidak lama lagi.







Kami memulakan kayuhan di sekitar ladang sawit uyang sememangnya mainan bagi Leader pada malam itu..oleh kerana teruja..sedikit kekeliruan telah berlaku..dimana Leader pd malam itu berkayuh terlalu laju sehingga terpisah agak jauh dari Last Man (rostan) mungkin terlupa yang pd malam itu ada 2 rider wanita.









Setelah berkayuh sejauh 2/3 kilometer kami mula berhenti untuk memsatikan semua riders sampai dan jarak diantara rider's yang lain tidak jauh.










Apabila berhenti kesempatan diambil untuk bertanyakan keadaan dan keupayaan...tup..tup..aku terlihat frame ini..

Ohhhhh!!!! frame baru rupanya? Siapakah pemiliknya???? dalam dia2 dah upgrade lagi..he..ehe...

Mari kita cari sipakah ridernya????







Susana riders pada malam itu...masing-masing bersinar dan terus bersinar...wajah2 kepuasan...terpancar.












Stop di 1st checkpoint














Setelah semuanya bersedia, kayuhan disambung untuk menuju ke destinasi seterusnya.




























Salah seorang riders wanita pada malam itu, melihat dari staminanya dia mampu berkayuh, cuma teknik menggunakan gear masih kurang, kepada couplenya..please train her dalam menggunakan gear..insyaalah..pasti kayuh lepas nie laju aje...






































Salah seorang rider dari wangsa maju, mengikut dari ceritanya, beliau masih baru dalam MTB, lihat peluh bertimbun2 keluar...mungkin malam itu adalah kayuhan yang paling mantap baginya.

Jangan menyesal Bro..teruskan usaha...pasti sampai ke tahap syahwat..baru terasa keseronokkan bermain MTB






Kami meneruskan kayuhan ke bukit terbengkalai, bukit ke 3 tertinggi dikota warisan.

Bagi yang sudah biasa dengan track KW mungkin ini biasa bagi mereka tapi tidak kepada new rider's























Wakil dari Team ROP iaitu Bro Fimi.

Setelah berkayuh dan mengalami sendiri pengalaman di 2nd Nite Ride "OFFROAD" beliau sempat menghantar sms kepada pujMAC blogger

"Ride semalam memang worth it. Thank a lot kepada gang pujMAC. Lain kali kalau ada lagi Nite Ride jgn lupa inform"

So Fimi jangan lupa pada 10hb nie..3rd Nite Ride OFFROAD Kota Warisan.




Bro Mamat_pujMAC runner pada malam itu..yang bertungkus lumus memastikan kayuhan berjalan denagn lancar...insyaallah pada 3rd Nite Ride jawatan akan dikekalkan...











Bro Rostan, last man pada malam itu, yang pasti beliau senantiasa menjalankan tanggungjawabnya denagn baik...serta memastika semua rider's berada didalam kumpulan.











Salah seorang rider wanita pada malam itu. Kuat awek nie kayuh..naik bukit pencawang selamber aje...kayuhan yang mantap serta pandai menggunakan gear..calang rider belum tentu mampu berkayuh ke Bukit ke3 tertinggi diKota Warisan.









Kami sampai di Bukit Terbengkalai (Bukit ke3 tertinggi di KW)

Kedatangan kami disambut denagn letupan mercun dari Bro Rostan...meraikan penaklukkan pada malam itu.









Para rider's mengambil kesempatan bergambar sambil melihat pemandangan ke arah Kota Warisan, sambil Ketua Kampung (Bro Kamarul) memberi sedikit penerangan kepada new rider's.











Aksi para riders di Bukit Terbengkalai.














Sempat merakamkan suasana pada malam itu untuk diabadikan dalam dairi masing2.




























Atok MTB, teruja melihat susana pada malam itu. Thanks atok..jgn lupa 3rd Nite Ride OFFROAD pada 10hb ini.









=

Bro Jayen a.k.a Medic pada malam itu...menjalankan tugasnya dengan baik.














Setealh puas berehat kami menruskan kayuhan kami menuju ke Bukit Pencawang bukit ke2 tertinggi di Kot Warisan.












Kami mula memasukki single track, ada yang berkayuh, ada yang MTB dan tak lupa juga ada yang bersenda gurau.

pujMAC blogger pd malam itu sempat memberi pose yang terbaik.








Ditrack ini memang teruja, serta menaikkan bulu roma..maklum la kiri-kanan memang hutan, unggas mula berbunyi kuat menandakan hutan dicerobohi oleh riders. Kalau tinggal sorang alamatnya naik bulu roma ....

Track ini memang gelap gulita..kalau lampu tak cukup power memang menyeramkan...







Lihat saja picture ini, memang gelap gelita...















Tapi sememangnya kayuhan disingle track menuju ke bukit pencawang memang teruja...rasanya sudah seperti di ECC Malacca.

Tapi syang seribu kali sayang..kami tidak sempat merakamkan gambar dibukit pencawang..mungkin cameraman terlalu penat..ataupun tiada gambar2 menarik untuk dirakam.






Finally kami sampai diBukit tertinggi diKota warisan..calang2 riders belum tentu boleh berkayuh ke bukit ini.

Kelihatan Bro Jayen,Ekram serta Sharin tersenyum puas...apabila menjejakkan kaki ke Bukit Tertinggi di Kota Warisan.









Wajah2 kepuasan dari riders malam itu.












2 riders wanita serta partnernya pada malam itu...memebri satu senyuman kepuasan agaknya...respect la lu....













Atok MTB sememangnya dari tadi bila sampai saja mana2 puncak akan termenung sendirian..mungkin memeikirkan bertapa belaiu mampu mengikuti kayuhan pd malam itu...respect la atok.









Masing2 tertunduk layu...memeikirkan betapa puasnya kayuhan pada malam itu..dan mungkin sudah bersedia untuk menghadapi ECC...











Setelah puas menikmati keindahan malam dipuncak tertinggi Kota Warisan, kami menruskan kayuahn ke penghujung, disini bermula racing...maklum la..layan DH yang mampu mencecah maximum...bila dah jumpa DH lupa yang kami berkayuh diwaktu malam...aku lihat beberapa rider's layan DH tak ubah seperti berkayuh diwaktu siang...mungkin teruja..serta ke;leangkapan lampu yang baik..memberi kelebihan kepada mereka...

Kami menamatkan kayuhan pada malam itu tepat jam 2pm...Melihat dari sambutan dan komitment riders pada malam itu pujMAC mengistiharkan bahawa kayuhan 3rd Nite Ride OFFROAD akan muncul pada 10-10-2009..sila activity pujMAC serta rajin2 la pantau pujMAC blog.

Sekali lagi pujMAC mengucapkan ribuan terimaksih diatas komitment yang diberi bagi menjayakan 2nd Nite Ride OFFROAD pada malam itu.

Ucapan terimakasih di beri kepada

Atok MTB
Team ROP
Nilai MTB
Rider dari Bandar Sri Mahkota
Riders dari Wangsa Maju

dan tidak lupa kepada semua rider yang tak mampu blogger tulis disini, tanpa penyertaan anda pada malam itu besar kemungkinan kayuhan tidak secria yang disangka.

Kepada yang ingin melihat petikkan gambar di 2nd Nite Ride OFFROAD ada boleh lihat di Face Book pujMAC blogger atau add assrymn@gmail.com




1 comment:

  1. mayelhonda@yahoo.comMarch 4, 2010 at 8:30 AM

    bila lah agak nyer saya dpt joint lagi.. bila u all nak buat night ride lagi ek..

    ReplyDelete