Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Wednesday, December 30, 2009

Monsoon Ride Event 2009_pujMAC

Date: 27_12_2009
Total Distance: 32kilometer
Maximum DH: 55k/h


Panggilan Monsoon Ride akhirnya tiba, pujMAC yang pada mulanya diwakili seramai 12 rider akhirnya mampu menghantar 7 rider manakla yang lain tidak dapat turut serta diatas tugas harian yang mencemburui mereka, inilah dinamakan perancangan..terkantoi disaat2 akhir. Kali ini pujMAC menghantar seorang rider wanita iaitu Cik Da menggunakan pasport kegemilangan rider Mat Livina....he..he...

Perancangan awal Jayen,Achik,Cik Da, Shahrin & Iyan bertolak dari KL pada pukul 10am..namun diatas sebab2 technical perjalanan mereka ditunda ke angka 12 setelah Jayen tidak berpuas hati dengan set up basikalnya...lalu terus menuju kekedai kesayangan Jayen iaitu Uncle Sam bak kata Haitsan tokeh kedai sekejap mahal sekejap murah he..he..

Setelah semuanya selesai mereka bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 12pm..manakala rostan bergerak dari kampung begitu juga dengan aku....berkayuh sambil membawa family bercuti....





Perjalanan menuju ke Agro Semuji Resort tempat permulaan Monsoon Ride, perjalanan yang memakan masa hampir 2.5 hours...walaupun jauh namun semangat MTB tetap diteruskan...











Perjalanan melalui LPT sedikit melegakan kerana perjalanan yang senantiasa lancar, lagi satu kemudahan yang disediakan dan memudahkan perjalanan ke Pantai Timur.








Didalam perjalanan kami disambut dengan cuaca yang sungguh menakutkan..awan berarak mendung dan disulami dengan hujan yang separa lebat...terbayang dikepala hotak betapa hujan yang begini lebat mugkin akan memburukkan keadaan track....satu lagi kepuasan akan terpancar disanubari masing2...






Finally kami sampai di Agro Semuji Resort lebih kurang pukul 2.30pm...hati sudah mula terasa lega dan teruja...signboard Agro Semuji sudah mula melambai2 kedatangan rider dan seolah mengucapkan "SELAMAT DATANG"







Resort sudah mula mengintai kedatangan rider, terpncar bumbung Agro Resort tempat tinggal yang sekian lama dibooking serta banner sudah mula terbentang luas....


Sesampai saja di Agro Semuji. kami terus mencari tempat registration, dimana tugas Jayen yang diturunkan oleh PujMAC Chif untuk collect semua goddies...(best jadi Chif nie...suruh orang aje yang settlekan..tahun depan nak lawan Chif untuk rebut jawatan Chif) mungkin itu yg diperkatakan oleh Jayen

Kepada yang lain2 goddies yang dicollect oleh Jayen kalau nak..sila turun next ride..kalau tak akan disimpan oleh Jayen sampai bila2....





Setelah semuanya selesai kami menuju ke teratak yang telah ditempah oleh Shahrin sekian lama...kali ini teratak ini akan dimuatkan seramai 4 rider..manakala CikDa akan tinggal seramai 7 rider...(Cikda tinggal dengan basikal sekali.....he..he..jgn salah faham lak...)


Inilah Goddies yang semua rider dapat pada masa itu:-
Sedikit comment dari pujMAC:-
1. T-Shirt, tak sepatutnya dapat t-shirt yang harga tak lebih dari RM10.00 sepatutnya dengan bayaran RM40.00 pihak Monsoon Ride mampu menyediakan Jersy melihatkan dari sponsor2 yang terdapat dibelakang t-shirt sudah semestinya rider diberi Jersy yg menarik.
2. Calendar..boleh diterima dan tidak...tak sesuai rasanya..
3. Magazine yang sudah expired...


Sepatutnya rider diberi dengan:-
1. Jersy yg menarik...(kalau nak dikira Jersy baru RM 15.00)
2. Power Bar or snack



Setelah semuanya selesai maka acara ronda pekan Gambang bermula sambil menjamu selera dan berbincang untuk persediaan esok.





Setelah semuanya settle acara menidurkan diri bermula..walaupun ada usikan2 sebelum ini akan berlaku adengan seperti cerita Bujang Lapuk...(berjaga malam, berjalan waktu tidur..dan sebagainya..he..he...)

Melihat dari photo disebelah dah macam laki bini dok gaduh aje..seorang ke utara seorang ke selatan....sambil berselimut tebal...



Seawal pagi kami semua begitu semangat sekali untuk menghadapi Monsoon Ride, dari cerita yang didengar ada yang dah bangun seawal 4.30am..setelah selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba..makan acara set up bike bermula....teruja, risau, mengelabah dan pelbagai yang muncul dikotak fikiran..namun pengalaman menyertai Jamboree sebelum ini sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran kami.



Suasana set up bike diteratak Agro..Masing2 mencari yang terbaik untuk berlumba...ini adalah pekara biasa didalam mana2 event yang disertai oleh semua rider2.




Cik Da adalah orang yang paling semangat sekali...mana taknya ini adalah Jamboreenya yang pertama dengan pujMAC..awal2 lagi Chif dah sound kalau nak ikut pastikan boleh kayuh sendirian..kerana dlm Jamboree masing2 ingin mencari kedudukkan yang terbaik..namun hasil training berkayuh dan sedikit input dari GtNik,kata2 semangat dari Yeti_K membuatkan Cik Da bersemangat berapi2...seperti "DRAGON BALL"






Suasana hari perlumbaan, pelbagai kerenah,gaya dan cara rider2 yang hadir. Ramai jugak rider yang turun pada hari itu..dianggarkan seramai 400 rider yang hadir.




Inilah permulaan semua rider2..pujMAC sempat bergambar di starting point setelah mencari position yang terbaik...walhal VVIP ada dibelakang..he..he..bukan nak mula cuma nak bergambar aje...tiba2 semua rider dah mula beratur dihadapan...








Semasa disini kami berkenal2 dengan rider2 dari Johor,KL dan pantai timur..tak ketinggalan bertemu dengan Strike Fillbar, Haitsan & the Gang dan lain2 lagi...




PujMAC rider..semangat betul dia orang..Rostan a.k.a Tangga dok depan sekali maybe dah tak sabar2 nak bermula..mengikut perancangan sepoatutnya rider dilepaskan pada pukul 8am..tetapi terover shoot pukul 9am..tak tahu siapa yang ditunggu oleh pihak penganjur..nak kata tunggu Dato..dia pukul 7.45 dah terpacak kat situ...dengan basikal dan body armornya...steady la Dato...






Para rider dah mula gelisah..masing2 dah teruja nak layan...tepat jam 9.00am rider dilepaskan..tapi yang menjadi kemusyiklan rider dilepaskan tanpa bacaan DOA..or maybe aku yang tak dengar..tapi rata2 yang kata tak baca DOA ke?...Ini harus diambil kira oleh pihak penganjur..meminta dariNYA agar event berjalan dengan lancar dan dilindungi dari pelbagai pekara yang tidak diingini.



Tepat jam 9.00am rider dilepaskan secara beramai2 include roddie, ini lagi satu kesilapan pihak penganjur..sepatutnya roddie dan MTB riders dilepaskan secara berasigan agar mudah untuk rider memulakan kayuhan.

Semasa dipersimpangan ada rider yang terikut trail MTB dan begitu juga sebaliknya...mungkin ini akan diambil kira oleh pihak penganjur dimasa akan datang...







Bermula la acara yang dinanti2kan..sperti biasa pujMAC memulakn kayuhan dan kayuhan kami terbahagi kepada 3 kelompok..kelompok power dimana Rostan,Ekram & Shahrin mendahului kami..manakala 2nd group aku,Jayen,Achik serta Iyan dan kelompok akhir Cik Da..ini sudah menjadi kebiasaan dalam pujMAC Team apabila menyertai mana2 Jamboree.








Ini adalah cabaran yang pertama..trail yang menjunam kemudian dihidangkan pula dengan titi untuk menyeberangi anak sungai..adalah mustahil untuk layan DH kemudian memerlukan imbangan badan untuk melepasi jambatan..silap perhitungan anda akan terjunam didalam laluan anak sungai..memang best trail nie...

Terasa betul extremenya...










Rider dihidangkan pula dengan Climbing...trail yang sungguh menarik kalau tenaga kuat boleh climb senafas aje...tanah yang keras serta berbatu kelikir amat payah digigit oleh Maxxis Crossmark...by the way tetap enjoy..& hapening..







Ini pula laluan yang seakan2 sehara jika di pancari oleh matahari..namun alhamdulillah kerana cuaca pagi itu mendung2 saja..so rider benar2 enjoy dikayuhan ini...

Climbing yang menarik, serta DH yang mencabar kerana batu kelikir akan membuatkan anda memerlukan handling yang baik...yang pasti memang layan...






Selepas climbing,DH rider dihidangkan pula dengan air sungai yang sungguh sejuk...yang sememangnya menarik setiap rider yang hadir...pada permulaan sungai ini sudah pasti tidak diendahkan oleh rider2 kerana semuanya bernafsu untuk menyelongkar setiap urat dan membogelkan monsoon trail...




Disini single trail yang sudah mula lecak dan berlumpur..kalau layan DH sudah pasti percikkan tanah lumpur pasti menyelubungi wajah2 rider bak kata orang dah macam berkubang...yang pasti rider sudah mula terasa akan kesukaran Monsoon Trail...tapi inilah yang ditempah dan dicari...









Single track yang diselubungi hutan2 yang menarik minat setiap rider..dan nafsu mereka sudah mula membuak2 untuk terus membogelkan Monsoon Trail..yang pasti trail ini memerlukan tenaga yang kuat..dan tayar yang dipakai tidak menjaminkan anda mampu climbing dan berkayuh...sudah pasti Maxxis Crossmark serta Kenda Stick E tidak mampu mengigit setiap tubuh Monsoon Trail...







Trail yang diselubungi selut serta anak2 sungai membuatkan para rider terus teruja kerana dihidangkan dengan aksi2 yang menarik..pelbagai ragam rider yang meratah Monsoon trail ada yang berkata..best2..tak lupa pula menyumpah...terpulang pada rider pada hari itu..yang pasti training perlu banyak untuk menghadapi Monsoon Ride.







Disini rider dah mula MTB..bukannya tak mampu kayuh..tapi keadaan track yang sedikit sukar untuk mengawal jentera..namun satu kepuasan yang menarik yang tak mampu dilupakan oleh setiap rider pada hari itu...

Setiap kali merempuh sungai terasa kesejukkannya...dan ini membuatkan rider lebih bernafsu...








Laluan semakin sukar..track yang berlumpur membuatkan tayar bersize 2.1 telah menjadi 2.3, percikkan lumpur kemuka sudah tidak dihiraukan lagi...kasut yang sebelum ini berkialau2 telah menjadi seperti tidak menyerupai kasut lagi..namun kepuasan rider benar2 hangat...









Lauan bertambah sukar..kerana telah berlumpur dan lecak..jika anda top 20 rider..trail ini mudah dikayuh...itulah MTB jika anda position yang tidak baik..anda akan berhadapan dengan trail yang sedemikian..namun itulah MTB rider...yang kuat sudah pasti merasi trail yang menarik..yang dibelakan akan memakan sisa rider yang power...









Jersy dan segala kelengkapan yang dibekalkan sebelum ini bersinar2 terpancar kini tidak lagi..yang baru terus menjadi buruk manakala yang buruk terus menjadi sampah..ha..ha...bak kata Nabil.."Lu fikir la sendiri"

Sehinggakan air sungai yang memutih telah menjadi kelabu akibat kerakusan rider pada hari itu...







Disini paling menarik...single track yang berliku dan dipenuhi akar pokok mebuatkan rider lagi teruja...yang pasti Monsoon Trail telah dibogelkan sedikit demi sedikit..syahwat sudah mula memuncak...laluan yang dihidangkan dengan pokok disekeliling mebuatkan rider lagi perlu berhati2 tersilap langkah..maka kedatangan anda bakal disambut oleh batang2 pokok dan sudah pasti anda akan menciumnya...






Disini paling extreme laluan DH yang menjunam mebuatkan rider teruja..silap perhitungan anda akan bermandi lumpur...tanpa disedari salah seorang rider dibelakang aku..tersungkur mencium pokok dan tergolek terus kedalam anak sungai yang berlumpur..bangun2 aje..dah macam hantu aku tengok..ha..ha...steady Bro!!!










Ini trail paling best...bagi aku selama aku main MTB..single track..yang landai serta berlumpur..membuatkan jentera anda berpusing2..dihidangkan pula dengan akar2 kayu lagi membuatkan rider lebih bernafsu untuk berkayuh..penat?letih? ini adalah pekara biasa yang penting anda perlu kuat training serta melayari OFFROAD..sudah pasti anda bersedia...







Lihat saja aksi2 para rider...stim..syahwat memuncak, dan teruja...pelbagai cara dan patern rider melayari trail ini.

Yang pasti Monsoon menyediakan trail yang menarik...cuma perlu diperbaiki dimasa2 akan..datang..baca comment2 dari pujMAC diakhir cerita..







Pengunaan tayar tidak mampu lagi untuk menawan Monsoon Trail..yang pasti kekuatan fizikal dan mental amat perlu untuk meneruskan Monsoon Ride.

Seingat aku Maxxis Crosmarx dan Kenda Stick E tidak lagi mampu membawa rider merogol Monsoon Trail..








Lihat saja aksi Iyan & Achik...yang rasanya amat puas melayari Monsoon Trail...

Yang pasti kesengsaraan meraka tidak dapat diselindungi lagi...








Lihat saja aksi2 pujMAC rider..enjoy berkubang sambil melayan trail yang penuh dengan lumpur sambil memperagakan aksi2 yang menarik...





Aksi Acik yang teruja bermain lumpur..kalau dilihat oleh Juniornya sudah pasti mengelengkan kepalanya...

Yang pasti memang enjoy..sudah lupa akan jenteranya yang akan diselaputi selut dan pelbagai...








Rider..rider...cucuk Jayen..yang dah mula mengelabah bila rider tegar menjerit...he..he...pelbagai aksi dikeuarkan untuk mengelakkan mental kecundang...











Kesimpulannya trail ini sememangnya menarik untuk dilayari...puas dan enjoy..

Tolak dalm MTB adalah pekara biasa yang penting rider dihidangkan dengan trail yang mengancam dan teruja...









Tak leh kayuh MTB la..walaupun MTB..yang penting rider tidak mengeluarkan kata2 kesat buat penganjur...yang pasti pujMAC enjoy ditrail Monsoon.

Tiada kata2 yang mampu diluahkan melainkan kepuasan dan kenikmatan paling penting...








Pantang jumpa sungai mula basuh basikal...walaupun perjalanan masih jauh namun itu bukannya persoalan..

Walaupun berlumpur dan dipenuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran...kayuhan harus diteruskan...




Dikilometer ke 11 kami sampai ke CP 1, terasa keseronokkanya...hidangan disediakan air,pisang dan sandwich...bagus sekali..namun kekurangan disini adalah man power...sepatutnya pihak penganjur menyediakan ramai kakitangan disitu agar tidak berlaku "jammed" semasa pemberian pisang & air....ini satu kelemahan pihak penganjur...tapi masih boleh diperbaiki dimasa2 akan datang.



Aksi2 rider di CP1 menjamu selera..dan disini mula keluar kata2 yang memuji dan mengutuk pihak penganjur namun itu terpulang kepada rider dan diri masing2..bagi aku inilah MTB..






Setelah puas berehat dan menjamah selera kayuhan diteruskan untuk menutup tirai kayuhan 2009 jarak trail masih jauh...












Laluan seterusnya lagi mencabar...trail yang lecak dan berlumpur membuatkan jentera masing tidak mampu lagi dikawal yang penting tenaga masih banyak diperlukan untuk di melengkapan kayuhan Monsoon.








Disini memerlukan rakan untuk berkayuh..kerana hutan yang tebal serta tiada seorangpun marshal memerhatikan rider..so kena berhati bila melayari trail ini...terdetik hati aku apa akan jadi kalau salah seorang rider terjatuh ataupun memerlukan bantuan..sudah pasti satu kerja yang mata sukar...diharap pihak penganjur dapat menitik beratkan aspek keselamatan rider dimasa2 akan datang...






Laluan yang gelap serta hujan renyai2 membuatkan sedikit seram apabila melalui trail ini.

Diharap dimasa2 akan datang pihak penganjur lebih berhati2...disamping keseronokkan dicari aspek keselamatan harus dititik beratkan...








Ini adalah laluan yang paling sukar..disamping melalui celah2 pokok dan trail ala2 climbing mebutakan nafsu luntur sama sekali...

Pokok disekililng membutakan anda benar2 tenag walaupun anda stress menghadapi Monsoon ride.










Lagi laluan lecak dan berlumpur..masa nie dah tak terfikir nak angkat basikal..kerana masing2 sudah mula berfikir untuk menamatkan kayuhan sahaja...










Seperti biasa jumpa sungai basuh basikal..dan ada juga yang sempat2 posing untuk mengabadikan didada blog masing dan berkongsi cerita.

Disini rata2 memang tak leh kayuh..mungkin dah penat..ataupun trail dihidangkan dengan climbing dan switchback yang cukup technical.







Disini kami dihidangkan dengan merempuh sungai sepanjang 10meter..disini aku tak nampak apa rasionalnya membawa basikal sambil bermain air, sependapat aku sepatutnya memadailah dengan melalui anak sungai dan bukanya merempuh air...

Diharap pihak penganjur dapat memikirkan semula adakah patut acara ini disajikan...








Setelah puas bermain lumpur..rider dihidangkan pula dengan climbing yang panjang...dimasa ini rider sudah tak mampu lagi meluahkan kata2..kerana difikiran masing2 hanya mahu menamatkan kayuhan...








Lagi sekali kami dihidangkan dengan sungai yang begitu nyaman dan dingin serta laluan airnya yang kuat mampu menghanyutkan basikal anda jika dibiarkan....
Acara basuh bermula lagi..walaupun tahu yang dihadapan bakal lumpur menanti lagi...






Gaya dari rider yang stress dan enjoy sakan..pelbagai aksi dikeluarkan bagi memastikan tahap kebosanan tidak muncul dan merosakkan minda bila berkayuh..yang pasti kayuhan harus ditamatkan...








Pelbagai gaya dihamburkan buat tatapan para peminat MTB yang tidak berkesempatan turun di Monsoon Ride. Nak kata rugi tak follow tak la..yang pasti Monsoon Ride menyediakan trail yang menarik buat MTB rider's...




Kami sampai di CP2 lebih kurang dalam 16kilo berkayuh...air masih mampu disediakan oleh pihak penganjur..bagi memastikan rider dijaga dengan baik..tapi masih terdapat kekuranganya apabila para rider bertanyakan marshal berapa kilo lagi nak ditamatkan..yang pasti Marshal di CP2 tak mampu memberi input kepada para rider..lagi satu pihak peganjur tidak menyediakan ubat untuk mengelakkan rider crammped.






Ini trail yang paling best panjang..climving dan sedikit DH...namun yang pasti syahwat para rider's untuk merogol trail ini tidak dapat lagi puaskan kerana sudah terpncar wajah2 kepenatan....




Dan akhirnya Achik kecundang disini akibat "cramp", mungkin kerana kasut yang basah dan kesejukkan membuatkan ramai rider "cramp".

Disinilah kami sempat menguhubungi power man kami iaitu Rostan yang telah menamatkan kayuhannya ditempat ke 3..tahniah dari pujMAC member's. According to Rostan hanya tinggal 5 kilo lagi untuk menamatkan kayuhan kami...






Mendengarkan hanya 5 kilo lagi..kami terus menyambungkan kayuhan kami..untuk menamatkan Monsoon Ride...tiba2 kami dihidangkan lagi acara climbing..pehhh dah nak tamatkan kayuhan masih lagi dihidangkan dengan climbing....









Finally pujMAC member's menamatkan kayuhan tepat jam 1pm. manakal rostan,shahrin & ekram lebih awal..sekurang2nya target kami tercapai..berjaya menamatkan kayuhan manakala rostan ditempat ke 3.

Buat ROSTAN tahniah ditempat ke3...yang pasti walaupun Monsoon Ride tidak menyediakan podium..namun pujMAC merasakan kebanggaannya.








Wajah2 rider pujMAC selepas menamatkan kayuhan dan acara mengenyangkan perut...terkulai layu sambil mata sudah mula nak tertutup.








Manakala Cik Da berjaya keluar dari pertapaan tepat jam 3pm...tahniah juga buat Cik Da sekurang2nya anda belajar apa itu Jamboree dan bersedia untuk next Jamboree.
Haitsan & the Gang sempat bersantai sambil menceritakan keterorannya melayari Monsoon Ride...






Achik sempat berposing disebalik Monsoon Banner sementara menantikan acara acara Cabutan Bertuah...










Inilah wajah2 rider tegar pujMAC yang berjaya melayari,merogol dan menyelak aurat2 Monson Ride Trail....






Achik Jamboree yang ke3 baginya..yang pasti no 40 tidak mambawa tuah achik bagi merangkul acara Cabutan Bertuah...










MNazz Riy Perghhh...38 dalam memori...huhu...
Aida Hanim Macam motocross jerr..








Jayen adalah peserta bertuah yang dapat basikal fullsus brand Specialized..ehhh..betul ke? He..he..nak tahu brand apa..lihat dibawah...







Haitsan Fuji :tahniah cikgu jayen...
Khairul Hafizan Azman :specializes sfr version jerung
MNazz Riy :kuang...kuang...kuang....
Haitsan Fuji :kami di belakang.. memandang dgn rasa dengki sungguh.. hahaa.
Sharizman Shamuri :shit... jayen dapat fulsus la... *dengan nada frust*
MNazz Riy :Helmet fox flux ..KCNC QR...sape brani trade in...hahahaha...jgn jeles abang2 rider....lain kali pasport tu pekena kemenyan dulu...



Asri Ghani:awe punya disc brake ...
MNazz Riy:Fork panjang kawe...
Itulah basikal cabutan bertuah buat Jayen..pada hal malam tu dah dah siap kutuk2 lagi hadiahnya..ha..ha..padan muka..dapat jugak fulsus brand Jerus..ha..ha...anyway tahniah..kasi anak training layan DH.







Wajah2 pujMAC rider's yang sempat beposing diakhir2 acara..yang pasti next Jamboree bagi pujMAC adalah Sri Iskandar...









Setelah semuanya selesai..pujMAC rider melukan perjalanan pulang ke KL tepat jam 6pm..sambil meninggalkan pelbagai kenangan dan cerita di Monsoon Ride













Sekalung tahniah buat pihak penganjur Monsoon Ride..
Dibawah nie serba sedikit komen2 kami dari pujMAC.






Kekuatan Pihak Penganjur:-
1.Tahniah kerana berjaya menarik seramai 400 ratus peserta di Monsoon Ride 2009
2. Berjaya menyediakan / menghidangkan trail yang sungguh menarik,laluan berpasir,anak2 sungai, trail getah,sawit serta DH yang mampu mencecah 55k/h
3. Berjaya menarik salah seorang YB untuk turut serta malayari Monsoon Ride walaupun beliau berjaya keluar dari pertapaan tepat jam 4pm dan menbuatkan peserta gelisah menanti acara cabutan bertuah.
4. Pihak penganjur berjaya menyediakan tempat penginapan yang menarik serta membenarkan para peserta check out sedikit lewat tanpa sebarang pertanyaan.

Kelemahan Pihak Penganjur:-
1. Tidak diwar2kan didada blog samada kayuhan ini berkonsepkan Jamboree,Hash serta Fun Ride. Para peserta diberitahu ini adalah FUN RIDE siakhir2 registration.
2. Goodies yang kurang menarik, Calendar,T-shirt serta old Magazine..spatutnya ini tidak berlaku..sekurang2nya pihak penganjur menyediakan Jersy.
3. Permulaan Kayuhan yang tidak didahulakan dengan bacaan DOA.
4. Permulaan yang lewat dari septutnya..jam 8.00am dilanjutkan ke jam 9.00am..ini harus dititikberatkan.

Pembaikkan buat dimasa2 akan datang:-
1. Pihak penganjur seharusnya menwar2kan dida blog jenis kayuahn yang akan disertai dan memebri sedikit preparation buat rider's
2. Track Elavation seotuntanya dibentangkan dida blog agar para rider senantiasa bersedia untuk menghadapinya.
3. Diharap dimasa2 akan datang setiap pekara didahulukan dengan bacaan "DOA SELAMAT".
4. Pastikn disetiap CP air dan tenaga kerja disediakan denagn secukupnya.
5. Sediakan atucara program untuk memudahkan para peserta membuat persediaan.
6. Pastikan medic dan marshal ditempatkan ditrail2 yang boleh mengundang kecelakaan kepada roder's.
6. Pisahkan setiap permulaan bagi Roddie & MTB agar tidak berlaku kelalutan.

Yang pasti pujMAC merasakan kayuhan Monsson Ride dari segi persediaan trail cukup menarik..diharap pujMAC mampu turut serta di Monsoon Ride dimasa2 akan datang. Tahniah buat MONSOON RIDE ORGANIZER.


1 comment:

  1. Terima kasih atas komen yang sangat membina untuk monsoon ride 09. Boleh kami gunakan untuk bedah siasat kelemahan-kelemahan penganjuran.

    Sedikit penjelasan pasal t-shirt, bukan je riders menyumpah, kami penganjur ni pun menyumpah jugak huhu..lain yang diorder lain yang sampai dengan kos RM15 tu jer yang dapat. Memang kena pangkah towkay tuh lepas ni!

    Rata2 feedback yang kami terima adalah sama, on start lewat (kes rider amik goodies pagi tu) insyaallah akan diperbaiki segala kelemahan utk kayuhan akan datang.

    Acara terawal ialah Sg Lembing MTB Challenge bulan 3, lepas tu Ekspedisi 3 hari 2 malam bulan 5 (limited to 100-150 riders je) lepastu Eco Heritage Ride (edisi makan durian) bulan 7 kat semuji jugak..

    Jemput la datang ye..pastu boleh buat perbandingan dan bantu lagi kami perbaiki kelemahan.

    You Guys Rawk!!

    ReplyDelete