Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Monday, November 9, 2009

Gopeng Peanut Event

Date: 15-November-2009




Gopeng Peanut Search Event kali ini hanya diwakili oleh seorang rider pujMAC iaitu Bro Ekram. Memandangkan ramai ahli pujMAC masih keletihan dengan ECC Malacca tempohari. pujMAC dengan ini mengucapkan kepada Bro Ekram selamat berjuang dan semoga penyertaannya kali ini memberi pengalaman baru baginya. Warga pujMAC mengucapkan "SUCCES"

Setakat 5hb-November-2009 penyertaan bagi Gopeng Peanut Search adalah 120 orang.

Bro Ekram akan memakai Plat No 55

Wish "GOOD LUCK" to Bro Ekram


Saturday, November 7, 2009

PujMAC Trail_Dalam Pembinaan-5th Day


5th Day 07_11_2009

Pembinaan pujMAC Trail diteruskan setelah sekian lama tertangguh kerana masa mencemburui kami. Kesibukkan dengan tugas harian dan family comittment mambuatkan pembinaan pujMAC Trail tersangkut2 namun berkat usaha dan semangat MTB yang kuat kami meneruskan juga project pujMAC Trail walaupun tidak semua yang hadir, namun pembinaan harus diteruskan. Pembinaan kali ini lebih kepada membuat jambatan yang mana laluan air harus dialihkan agar trail tidak rosak. Disinilah kebijaksanaan kami membina satu jambatan bagi memudahkan laluan MTB.




Laluan air yang dalam dan pasti mencurah2 bila hujan turun, disini kami membina satu jambatan dari pokok hutan. Nampak memang mudah hanya satu jambatan, namunkeperitannya terasa bila hendak menebang kayu2 untuk dijadikan jambatan.









Meratakan tanah2 dilereng bukit, dan meletakkan 3 batang struktur yang kuat dari pokok kayu hutan. Sambil disusun bilah2nya juga dari kayu hutan.

Terasa sengal2 tangan dibuatnya...maklum la..dah lama betul tak sentuh gergaji..he..he...








Muka2 yang seakan2 ceria bila melihat hasilnya yang begitu mantap. Beginilah jika setiap kerja dilakukan dengan gotong royong, setiap yang berat dan susah dapat direalisasikan dengan sekelip mata.










Untuk memastikan jambatan ini benar2 kuat kami memaku bilah2nya dengan paku agar tidak mudah tertanggal.

Dihati masing2 dah tak berapa nak sabar try trail nie..namun..masing2 hanya mampu meluahkan bila..bila..& bila????







Rostan adalah orang yang paling berhempas pulas pada masa itu. Diikuti oleh Pian selaku asst. manager pujMAC trail mengambil alih tugas A.achik buat sementra waktu. Mungkin sudah biasa dengan kerja2 sebegini ataupun mungkin kudratnya melebihi daripada yang lain.

Kepada A.achik selaku PM pujMAC Trail..kena open table lepas nie...







Namun semangat bantu-membantu membuatkan kami benar enjoy dalam pembinaan jambatan di pujMAC trail.

Semoga ini adalah salah satu laluan yang boleh menaikkan syahwat bagi peminat MTB semasa melayari pujMAC Trail.








Bro Iyan & Ekram memberi sumbangan dalam memotong pokok2 untuk dijadikan bilah2 jambatan.

Semangat sungguh pujMAC member's dalam merealisasikan puJMAC Trail.









Inilah muka-muka ceria bila melihat jambatan yang sudah siap. Betapa gembira dan teruja. Sesungguhnya pembinaan ini hanya siap dalam tempoh 2.5hours.

Syabas kepada mereka2 yang merealisasikan jambatan pujMAC Trail.








Inilah hasilnya, jambatan yang mantap dan pasti memberi satu kenikmatan kepada MTB rider's yang akan melayari pujMAC Trail suatu hari nanti. INSYAALLAH.


Bila...bila..bila..& bila..kita boleh cuba pujMAC Trail nie????





Selaku pujMAC blogger dan Asst.Project Manager (Pian) Mengucapkan ribuan terimakasih kepada Bro Rostan,Iyan, & Ekram sudi meluangkan masa pada hari ke 5 untuk membuat satu jambatan di pujMAC Trail.
Sumbangan ANDA amat besar buat PujMAC.


4th Day 12_10_2009

Kami meneruskan kerja-kerja dipujMAC trail yang tertangguh sekian lama dimana ramadhan dan syawal pasti telah membantutkan usaha2 kerja keras dan panas terik.
Namun trail harus direalisasikan juga. Terimakasih kepada a.achik & sufyan yang mengetuai dan memulakan semula pembinaan pujMAC trail.





Nie pula DH yang pada pendapat aku boleh memcecah 60km/h siapa yang ada fulsus memang layan DH nie. Namunperlu berhati2 agar tidak menyembah bumi keran track yang dipenuhi dengan batu kelikir.










Lihat saja la Bro Rostan bersemangat membanting tulang untuk memastikan pujMAC trail mempunyai kenikmatan yang tersendiri kepada sesiapa yang melayan track ini.

Hayunan cangkul pasti memberikan sedikit kepuasan kepada riders yang bakal melayan pujMAC trail







Dilihat dari keadaan track, boleh ditafsirkan harus mempunyai tenaga untuk climbing.

Kami mencuba yang terbaik untuk meastikan para peminat MTB teruja bila turun layan pujMAC trail.









Setiap corner,climbing dan DH pasti memberikan satu pengalaman baru kepada MTB rider's.

Rostan, Ekram dan Sufyan memberi sentuhan terakhir pada track ini.

Yang pasti setiap climbing dan DH akan diabadikan nama2 pujMAC rider's








Akupun dah tak tahan stimnya bila lihat track ini. Yang pasti track ini memerlukan final touch up sebelum boleh digunakan











Kami pada hari itu cuba memikirkan dan memastikan setiap DH,Climbing.single track mempunyai kenikmatan tersendiri dan yang pasti rider's pasti akan berkunjung semula di pujMAC trail.

Yang pasti kami pujMAC sedang berusaha yang terbaik untuk pujMAC trail ini.







Ala2 single track yang dipenuhi dengan akar2 kayu, pokok dikiri dan kanan yang pasti menguji skil pada MTB rider's.

Track yang bercanopy sudah pasti akan memberi sedikit tenaga kepada MTB rider's yang layan pujMAC trail.








Sedikit pengalaman berkayuh di setiap Jamboree dan track yang pernah dilalui di lontarkan di pujMAC trail agar kenikmatannya benar2 memberi ransangan kepada para rider's.

Rostan, kalau dilihat tenaganya menghayun cangkul,memotong pokok pehhhhh..akupun tak larat. Anyway thanks Bro diatas sumbangan.







Ini track yang harus dikerjakan pada next step. Halangan harus dipotong. Diharap Sufyan & a.achik selaku project Manager pujMAC trail ini dapat mengilhamkan bagaimana nak memotong pokok ini.










Fuhhhh!!!!! tengok trackpun dah stim..apatah lagi bila layan.

Marilah kita bersama2 memastikan pujMAC trail boleh digunakan secepat mungkin.










Ini lagi satu halangan yang harus dikerjakan. Rostan tengah dok fikir bagaimana nak potong pokok agaknya.

Lepas nie achik & sufyan kena fikirkan or cari segala kelengkapan untuk dikerjakan pokok ini.








Semangat yang ditunjukkan oleh pujMAC member's tidak dinafikan, bahawa mereka benar mahu project ini direalisasikan.

Insyaallah dengan semangat seti kawan dan tolong menolong sudah pasti pujMAC trail direalisasikan.









Bergotong-royong, bukan mudah untuk mengerjakan. Kalu dilihat dari background masing2 kerja dok depan laptop aje..tiba2 hari nie membanting tulang tapi yang pasti mereka sedikitpun tidak merasa kekok.

Pengalaman sebagai anak2 kampung yang pernah melakukan kerja sedemikian digunakan sebaiknya.





Setiap track yang dibuat, pujMAC member's harus memikirkan dari pelbagai aspek, ketahanan, keselamatan dan kesyahwatanpun harus diambil kira.


Masing2 memberi pandangan dan berkongsi idea untuk memastikan pujMAC trail terus gah dimata MTB rider's







Mengerikan. tengah dok cangkul2 terjumpa semut punya la besor gilerrrr...terkejut beruk aku.

Bukan calang2 semut yang aku jumpa.











A.achik melakukan final touch up ditrack climbing ini.












Setiap kerja jika dilakukan dengan semangat tolong menolong sudah pasti ringan. Diharap dimasa akan datang semua pujMAC boleh turun untuk meastikan track ini siap dan boleh digunakan.









Buruh kontrak yang hampir tamat VISAnya sempat mengabadikan gambar kenangan di pujMAC trail.

Kepada buruh kontrak assry,sufyan, rostan.ekram & a.achik terimakasih diucapkan.

Pastiokan VISA diperbaharui untuk memastikan kerja pujMAC trail dapat diteruskan.






Kepada pujMAC member's yang berkelapangan diharap dapat turun dimasa2 akan datang supaya kita dapat merealisasikan impian kita mempunyai team sendiri serta track.

Pembinaan pujMAC trail akan disambung dimasa akan datang. Tunggu "GREEN LIGHT" dari Project Manager aje..







3rd Day 21_08_2009

PujMAC meneruskan usaha memperluaskan jajahan Trail, kali ini kami tidak melakukan tebasan malah lebih kepada marking dari arah yang berbeza, bertujuan untuk memperluaskan track pujMAC. PujMAC mengucapkan terimakasih diatas kelapangan waktu dari Bro GtNik,Sufyan, Giant A.achik, Jayen, Karenman & pujMAC blogger.





Pandangan dari atas mengenai pujMAC trail. Teruja bila nampak single track tu..













Bukit yang telah diterokai, yang pastinya bukit ini pasti akan dikunjungi oleh peminat MTB suatu hari nanti.













Kelihatan sayup Sufyan & Giang A.achik (Project Manager bagi pujMAC Track)











Kami memulakan jelajah kebahagian yang seterusnya untuk memastikan trail ini cukup dengan distancenya, maklum la..bila distanc pendek org tak berapa nak enjoy
itu pendapat Giant A.achik manakala aku sebagai pujMAC blogger mahu lebihkan teknikal..sebab kalau track pendek tapi technical mencabar semua org suka.
Jadi kami terpaksa bersatu hati untuk merealisasikan pujMAC trail ini.






Bro Karenman yang berkayuh dari Kinrara ke Puncak Jalil setelah mengetahui yang kami sedang menjelajah track. Alahamdulillah..kuat semangat anak buah pujMAC nie...










Giant A.achik & Sufyan meneruskan penjelajahan, memandangkan hanya mereka yang ada parang..manakala Karenman& pujMAC blogger menyusul kemudiannya.












Hah!!!!!! tu bukan track maps..ada la....sambil Karenman dok perhatikan dari jauh aje..so Karenmanpun tak leh dapat tahu..so bloggerpun tak leh nak share dengan semua peminat MTB..

Tunggu dan lihat apabila track siap nanti..








Kami menerusakan penjelajahan kami....kali ini aku terpaksa mengepalai rombongan pencarian...













pujMAC blogger & Giant A.achik meneruskan penjelajahan track...mencari yang terbaik untuk peminat MTB.

Semoga satu hari nanti PujMAC trail akan dikenali sebagai salah satu track di jiwa peminat MTB








Karenman keletihan..akupun tak pasti keletihan berkayuh ataupun menebas..mana tak letih "Power Stick" melekat kat jari...













Aku masih menjejaki track ini, tapi jauh disudut hati aku dah boleh bayangkan keadaan track pujMAC ni nanti..sama-sama kita nantikan penjelajahan hari ke 4












Bro sufyan...termenung jauh..mungkin megharapkan satu hari track ini akan menjadi kenyataan..INSYAALLAH...sama2 kita usahakan..











Lorong2 single track telah mula kelihatan...sesuatu yang pasti teruja..













Bro Karenman membuat laluan track...dah nampak dah tu..tunggu to the next stage.














Kelihatan Bro Jayen, Giant A.achik & Karenman keluar dari pertapaan..







Selaku pujMAC blogger dan Project Manager (A.Achik) Mengucapakan ribuan terimakasih kepada Bro Jayen,GtNik, Karenman & Piyan sudi meluangkan masa pada hari ke 3 untuk membuat marking pujMAC Trail.
Sumbangan ANDA amat besar buat PujMAC.

PujMAC Trail akan bersambung ke Part4

03_September_2009



2nd Day 16_08_2009


PujMAC meneruskan usaha menjejaki track serta membuat marking bagi memanjangkan trail dan memastikan trail yang terbaik sebelum pembukaannya. PujMAC mengucapkan juga terimakasih kepada Bro Jayen (bakal ahli baru pujmac ni...) yang sudi meluangkan masa membuat marking track.


Bro Jayen sedang mengemaskinikan PujMAC Trail besemangat dia..hayun
cangkulpun macam hayun penyapu aje...


Bro Ekram berkesempatan menguji ketahanan PujMAC Trail selekoh
yang tajam serta climbing (kecekapan pengendalian gear memang pentig dlm tarck nie)


Bro EKram tidak melepaskan pleuang menguji DownHill PujMAC Trail yang
bakal mencecah ????????????? tunggu dan lihat...


Sedikit view on the PujMAC Trail, skill dan kecekapan amat
penting untuk layan PujMAC Taril


Another view on the PujMAC Trail

Selaku pujMAC blogger dan Project Manager (A.Achik) Mengucapakan ribuan terimakasih kepada Bro Jayen,Pit,Ekram & Piyan sudi meluangkan masa pada hari ke 2 untuk membuat marking pujMAC Trail.
Sumbangan ANDA amat besar buat PujMAC.

PujMAC Trail akan bersambung ke Part3

16_August_2009



1st Day 15_08_2009

Genap la..setahun project PujMAC trail terbengkalai sekian lama sila refer link ini (PujMAC Trail) dah macam project perumahan la pulak. Masa tu ahli pujMAC hanya la 3 org...so project terbantut. Kini PujMAC semakin membesar dan mempunyai cara tersendiri untuk bangun dengan jumlah ahli bertambah dari masa kesemasa. Peluang ini diambil untuk merialisasikan impian yang selama ini terbantut.


Trail Location at Puncak Jalil
"PujMAC MTB Trail"




Bro Giant_a.achik
Project Manager PujMAC Trail



PujMAC member yang berkelapangan pada masa tu
Bro GtNik, Ekram, Sufyan Giant_a.achik & Assry


Menjejakki laluan dari puncak menuruni ke kaki track


GtNik dengan parang panjangnya..semangat sungguh dia...


Permulaan track yang ala climbing


Menyusuri pokok getah yang ditinggalkan.

Semasa masuk kedalam trail nie tuhan aje la ynag tahu betapa nyamuknya seolah seperti alat mengurung bangkai.


Bro Ekram & Sufyan melakukan tugas marking.


Pit yang selama ini hilang dari mata PujMAC tiba2 timbul semula...
Thanks Bro...


Apa lagi betapa keletihan tidak dirasakan..kerana masing teruja dengan pembinaan PujMAC Trail...


Nie part yang palig excited...menyusuri bawah pokok getah


Semangat Bro Pit...yang hebatnya dia cuma pakai singlet aje..
kuat betul kulit dia dibantai nyamuk


Bro Ekram mengarahkan sesuatu kepada member2 lain..mungkin ada
yg istimewa pasal track nie...


Nie la kawan PujMAC yang berkelapangan pada masa tu..
Thanks Bro


Masing2 mengharapkan sesuatu yang pasti..yang penting PujMAC akan
memilikki track sendiri INSYAALLAH...






Terimakasih semua yang sudi merialisasikan impian kita. Insyaalah..pembinaan track PujMAC akan bersambung ke Part 2.

Kepada ahli PujMAC saya berbesar hati mengucapkan ribuan terimakasih diatas sokongan dan semangat setia kawan yang kita pupuk selama ini. Insyaallah PujMAC akan bangun dengan cerita2 MTB dalam dunianya yang tersendiri.


PujMAC Trail..penerokaan yang masih dalam
perancangan..dan akan bersambung dari masa ke semasa.


15_August_2009

Friday, November 6, 2009

Thanks for Support_pujMAC Nite Ride "OFFROAD"



Sekali lagi pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih diatas sokongan para peminat MTB sempena anjuran pujMAC Nite Ride "OFFROAD" Kota Warisan yang lalu. PujMAC juga telah menyediakan ruangan "VOTE" kepada peminat MTB untuk memberi feedback sempena kayuhan2 yang lalu.



Hasil dari "VOTE" yang disediakan rata2 peminat MTB bersetuju agar pujMAC Nite Ride "OFFROAD" dianjurkan setiap bulan. Berdasarkan feedback yang diberi, pujMAC sedang berusaha dengan Bro Kamarul dari Kota Warisan untuk menganjurkan kayuhan Nite Ride OFFROAD setiap bulan. Pihak kami sedang rancak mengusahakan agar Kayuhan ini akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Kepada peminat MTB duharap dapat memantau pujMAC blog untuk mendapatkan info2 yang terkini.

Disamping itu juga pujMAC ada memberi peluang kepada peminat MTB memberi pendapat & tahap pengendalian yang dijalankan, berdasarkan feedback yang diberi, rata2 amat berpuashati dengan cara pengendalian dari pujMAC. Insyaallah kami akan cuba memperbaiki dari masa kesemasa.

Sekali lagi pujMAC mengucapkan ribuan terimaksih kepada semua peminat MTB yang memberi pandangan,galakkan dan penyertaan berkayuh secara langsung dan ataupun tidak, dangan harapan agar sukan MTB akan terus menapak dan akan bertambah dari masa kesemasa.

Terimakasih dari pujMAC Team Member's

Wednesday, November 4, 2009

Takziah dari pujMAC for Bro Shahrin & Bro Pit


SALAM TAKZIAH BUAT BRO SHAHRIN & BRO PIT




Salam Takziah dari warga pujMAC kepada Bro Shahrin dimana "BAPA SAUDARANYA" telah kembali kerahmatullah awal paga tadi manakala Bro Pit dimana"AYAH MERTUANYA" telah kembali kerahmatullah pada tegahari tadi. Semoga "ROH" kedua-duanya akan bersemadi disamping orang2 yang beriman. AMIN

"AL_FATIHAH"