Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Tuesday, November 10, 2009

Kayuhan Kemensah

Date: 08_November_2009
Distance: 17kilo
Leader Kayuh: Bro Eco_Jom Kayuh
Navigator: Bro ken_Basikal.Com
Maximum DH: 30km/h

Kali ini pujMAC berkayuh diKemensah dengan beberapa rakan MTB serta blogger dari pelbagai kawasan. Kayuhan kali ini adalah penyertaan yang hanya diwakili 2 rider pujMAC, memandangkan masing2 sibuk dengan tugasa harian serta family comittment.

Kayuhan kemensah hanya diwakili 2 pujMAC rider iaitu Iyan & Shahrin. Seawal 7am Shahrin & Iyan menuju Kayuhan Kemensah meeting point. Kelihatan masih kurang rider yang sampai mungkin disebabkan hujan malam tadi membuatkan ramai rider yang terlajak. Kami tidak melepaskan masa terus berlalu..sebaliknya menyediakan kelengkapan agar tidak kelam kabut pula. Dimasa set up sedang berlaku..kelihatan rider2 mula mencurah2 datangnya.




Rider2 yang menghadirkan diri pada hari itu, terdapat serami 17 rider dari pelbagai pelusuk, mereka terdiri dari basikal.com, jom kayuh, kakitua.blogspot dan beberapa individu lain.

Seperti biasa acara bergambar beramai2 bermula. Ini adalah acara wajib bagi peminat MTB.






Masing-masing sibuk menyediakan jentera masing2 sambil berkenalan diantara satu sama lain.

Inilah semangat MTB yang sememangya ada dalam jiwa peminat2 MTB









Setelah semuanya selesai, maka kayuhan akan bermula. Namun masih ada lagi ada rider2 yang terlewat. Untuk tidak mengecewakan, maka kami masih memberi ruang untuk menunggunya.

Satu nasihat kepada MTB rider, please be punctual. Disiplin adalah kunci kejayaan bagi MTB rider's.








Pejalanan bermula denagn jalan tarmac melalui jalan belakang zoo negara. Kelihatan semua rider's enjoy berkayuh memandangkan cuaca begitu dingin sekali.









Ternyata kayuhan di tarmac..sememangnya menguji kekuatan mental para rider's , apa taknya...climbingnya pehhh sememangnya menguji kekuatan kekuda.

Tarmac..sememangnya memerlukan tenaga dan tumpuan yang kuat..memandangkan ada sesetengah rider telah menggunakan tayar untuk offroad, disinilah kebijaksanaan riders menyediakan jentera masing2 untuk melayari tarmac & offroad.





Alhamdulillah kepayahan climbing dapat diatasi walaupun pelbagai rintangan yang mendatang.
Semua rider berjaya sampai di puncak.

Sementara menunggu semua rider yang lain sampai..ada yang tidak melepaskan peluang untuk berehat sambil menceritakan pengalaman climbing. Mana rider's yang sudah biasa dengan climbing..ini adalah mainan bagi mereka.

Kami meneruskan kayuhan menuju ke air terjun kubang gajah yang akan melalui OOFROAD, untuk pengetahuan semua bayaran sebanyak RM3.oo dikenakan memandangkan tempat ini dipelihara, dan nama2 rider's direkodkan.




Sebelum terjah OFFROAD para riders sempat bergambar untuk diabadikan didalam blog serta FB masing2. Dunia semakin canggih segala activity boleh dikongsi bersama. Inilah kemajuan yang dicapai oleh dunia kini.

Sesungguhnya kita harus bersyukur dimana kita dikurniakan bumi yang bertuah iaitu Malaysia.







Inilah OFFROAD yang akan dilalui, sememangnya menyentap semua hati para rider's. Kebanyakkan rider bila tayar mencecah OFFROAD perasaan dan teruja akan membuak2 untuk melayarinya.

Melihatkan single track, dan track yang seolah2 basah lagi membuatkan riders begitu teruja. Yang pasti kayuhan memerlukan ketahanan mental yang kuat.




Ini adalha kebiasaan bagi semua rider yang kurang ketahan. Namun ini bukan masalah, menolak adalh acara biasa setiap kayuhn OFFROAD, memandangkan track yang licin serta tayar yg tidak dapat mampu mengigit menjadikan tenaga berkayuh semakin berkurang.

Lagipun kalau dikaji meaning disebalik MTB ialah "Mari Tolak Basikal" adalah sinonim dalam kayuhan.




Melihatkan keadaan track yang penuh dengan aliran air, sememangnya tidak mampu dilayari oleh para rider pada masa itu, memandangkan sekarang pula adalah musim tengkujuh dan secara tak rasmi berkayuh sedikit sebanyak mematikan niat para rider's, cuma rider yang bergelar rider tegar saja yang mampu menruskan kayuhan mereka.








Ada juga yang mengambil kesempatan berehat melepaskan penat lelah, apa taknya sudah la jalan yang licin, dipenuhi lopak2 air dan akar2 kayu sedikit sebanyak menyumbang rentak kayuahn kami.

Namun kenikmatan berkayuh ditrack kemensah sememangnya tidak dapat diluahkan.





Kelihatan Bro Morqh seolah-olah tidak mampu betahan, sejak bila morqh aktif dlam offroad? Satu tanda tanya bermain dikepala, anyway good try Bro. Mungkin tercabar dengan keaktifan adiknya Bro Iyan yang sudah menyertai pujMAC serta Jamboree.

Lepas nie boleh sertai pujMAC....







Lagi climbing, melihatkan keadaan track yang licin dan switch back membuatkan para rider lagi terangsang.

Disini kepandaian menggunakan gear dan handling adalah amat penting namun jika sudah biasa denagn OFFROAD Track ini bukan sesuatu yang sukar.







Disini kami tidak mampu lagi berkayuh, hanya MTB. Kadang2 bila difikirkan apalah seronoknya menolak basikal, namun jawapan itu hanya ada pada peminat MTB.

Sesungguhnya untuk bermain MTB satmina, kosentrasi, serta kecekapan amat perlu.

Dosamping itu juga kepala hotak akan menjadi tenang setelah seminggu bergelumang dengan kerja2 di pejabat.





Ini adalah acara kemuncak dan mengasyikkan bagi semua peminat MTB iaitu DH. Kepada yang memanggunakan fullsus inilah masanya untuk melayarinya.

Namun basikal bukanlah faktor utama sebaliknya keberanian dan kecekapan lebih perlu dalam pelbagai segi.







Akhirnya, kami sampai di "Air Terjun Kubang Gajah" acara kemuncak bagi MTB rider. Kenikmatan dalam MTB adalah air terjun dan mamak store.









Sebelum terjun ke lubuk air untuk menghilang kepenatan, acara bergambar diteruskan.

Inilah kenangan yang paling indah, bila kepenatan yang segaja dicari diabadikan didada blog.








Lihat saja air terjun yang terdapat dikubu gajah, sememangnya mengamit para riders

Ada yang sudah tidak mampu bertahan lagi.










Kelihatan Shahrin,Iyan & Morqh melepaskan penat lelah dengan berendam..fuhhhhh betapa nikmatnya bila badan yang berpeluh dan panas dapat disejukkan denagn air terjun.

Tidak mampu diucapkan dengan kata2.








Sememangnya menyeronokkan, yang apsti kayuhan Kemensah memberikan seribu nostalgia bagi kami.

Kesejukkan air terjun yang tidak tercemar membuatkan kami ingin mengunjunginya lagi







Setelah penat berkayuh, kami berehat sambil menceritakan pengalaman kayuhan.

Pelbagai cerita yang dapat didengar dari mulut semua riders.










Yang pasti Iyan, Shahrin wakil pujMAC pada hari itu tidak mampu berkata2...hanya kepuasan dan kenikmatan dapat dibawa pulang untuk tatapan pujMAC blog dan rider2 yang lain.

pujMAC ingin mengucapkan thanks to basikal.com & jom kayuh kerana sudi mempelawa berkayuh.




Untuk pengtahun semua segala nukilan dan cetusan ini datangnya dari Bro Sharin, saya sebagai blogger hanya mampu menguploadkan picture dan cuba mengeditkan sedikit sebanyak dari tulisan Shahrin. Dilihat dari tulisannya, beliau mampu menrajui pujMAC blog satu hari nanti Insyaallah. Saya sebagai pujMAC blogger mengucapkan thanks to all diatas sumbangan gambar dari ruangan FB masing2.

Berjumpa lagi di kayuhan akan datang. Dari bro Shahrin.


1 comment: