Tempat: Kota Warisan Dengkil
Meeting Point: Restoran Hijaz
GPS Coordinate: N02. 49. 492
E101. 42. 301
Distance: 28kilometer
Time ride: 11pm
End Ride :3.30am
Selama 2 minggu cerita pujMAC NITE RIDE "OFFROAD" dibentangkan didada pujMAC blog dan selama itulah juga perasaan teruja untuk berkayuh di Kota Warisan. Pelbagai persiapan dibuat untuk menghadapi hari yang dinanti2kan. Bagi pujMAC members pelabagai cerita dan kenangan yang keluar untuk menyertai pujMAC NITE RIDE "OFFROAD" ada yang sibuk kehulu kehilir menjenguk setiap kedai basikal di merata KL, ada yang turun jalan pasar, kedai samy,kedai sam serdang, kedai tukang basikal dan pelbagai lagi semata2 nak mencari lampu yang terbaik untuk dipakai pada malam itu.
Walaubagaimanapun puJMAC mendapat sedikit sebanyak info dari sahabat sebelah utara iaitu saudara Lontruth & Redflag tentang kayuhan malam, maklum la mereka ini adalah dikira pencetus idea berkayuh malam. Lontruth seperti biasa akan memberi advised high endnya mengenai equipment yang harus dipakai iaitu Cateye Tripleshot nak tahu harganya.......tanya Mr Lontruth (according to him RM750.00)
Hari yang dinanti2kan tiba jua, pujMAC dengan rasa gembira bercampur mengelabahpun ada. Maklumla ini adalah organize by pujMAC, risau jugak takut terlalu ramai yang datang untuk joint. Kalau tak ramai..lagi bagus..senang nak handle. Mengikut dari cerita2 di shoutmix dan juga sms dapat dilihat maybe riders pada malam tu hampir 30....
PujMAC members dipersimpangan Equine Park menunggu kehadiran teman2 yang lain.
1 2
1. Sementara menunggu rakan yang lain, kami sempat bertanya khabar, terutama Bro Iyan yang dah lama tak dengar cerita. Rupa2nya ditahan dlm wad seminggu suspect denggi (lepas nie rajin bersihkan kawasa rumah yek iyan)
2. Dipersimpangan Kota Warisan menunggu rakan2 yang lain iaitu Giant a.achik & Mat_Livina.
Setibanya kami di Kota Warisan, aku sedikit terperanjat kerana para riders sudah sedia menanti, (dalam hati malupun ada manataknya organizer datang lewat) walaubagaimanapun aku rasa para rider's memahaminya kerana dibulan Ramadhan ramai para riders yang menunaikan Sholat Terawih. Kepada yang terlewat ini satu pelajaran..supaya menghormati masa dan ketepatan janji.
Kelihatan Bro Mamat memperagakan Helmet barunya kepada Ah chong dari Kayuh_beb
(Helmet baru ke Mamat or menunjukan lighting set up?)
Para riders semuanya sudah siap sedia untuk berkayuh. Tapi pihak organizer masih melilau sambil memerhatikan para riders yang lain samada sudah bersedia ataupun belum. Bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu kayuhan yang meliputi jumlah yang ramai...kena pulak kayuhan yang paling special iaitu PujMAC NITE RIDE "OFFROAD"
1. Kelihatan Bro Mat, Shahrin Ekram serta GtNik semua nie orang kuat pujMAC tanpa mereka siapa la pujMAC
2. Sebahagian para riders sedang siap bersedia, ada yang berbual2 kosong dan tak kurang jugak yang masih menceritakan barang bike sementara menunggu organizer memulakan acara kayuhan.
2. Sebahagian para riders sedang siap bersedia, ada yang berbual2 kosong dan tak kurang jugak yang masih menceritakan barang bike sementara menunggu organizer memulakan acara kayuhan.
Selaku Organizer serta pujMAC blogger, memulakan sedikit penerangan mengenai kayuhan pada malam itu, sambil meperkenalkan sweeper,medic,last man serta leader kayuhan pd malam itu.
Setelah selesai memberi sedikit penerangan acara mengira para riders bermula 1,2,3..........26 so total riders pada malam itu adalah 26.
Giant a.achik ditugaskan membaca "DOA" pada malam itu meminta dijauhkan dari sebarang pekara yang tidak diingini berlaku. Thanks daun keladi to Bro Giant a.achik...lain kali boleh baca lagi.
Giant a.achik ditugaskan membaca "DOA" pada malam itu meminta dijauhkan dari sebarang pekara yang tidak diingini berlaku. Thanks daun keladi to Bro Giant a.achik...lain kali boleh baca lagi.
Para rider's meng"AMIN'kan setiap doa yang dibaca oleh Bro Giant a.achik...meminta setiap kayuhan kali ini dilindungi dari ALLAH S.W.T
Tepat jam 11.00pm kami memulakan pujMAC NITE RIDE "OFFROAD" dengan harapan dan satu tujuan untuk menimba penagalaman baru sebagai bekalan di ECC Malacca nanti.
Kayuhan menuju Offroad bermula..
Semasa kami melalui kawasan ini..terdengar suara2 yang datangnya dari kedai2 berhampiran...
1. Rilek la dulu pekena teh tarik...
2. Hah nie tengah2 malam nie nak berkayuh kemana nie..takkan nak masuk hutan????
Acara OFFROAD bermula...emmm..terasa betul dingin bila badan mencecah kekawasan OFFROAD ladang sawit
1 2
1. Bila roda mencecah ladang sawit dan lampu2 neon sudah tidak kelihatan lagi..disini mulalah berkata2 bahawasanya lampu yang selama ini dibanggakan tidak memenuhi ciri2 yang dikehendaki.
2. Aku selaku belogger terpaksa berkayuh kedepan dan kebelakang untuk memastikan mendapat gambar yang terbaik pada malam itu.
Namun pengalaman ini memberikan kami satu kelebihan dalam persediaan di ECC malacca yang akan datang ini. Sesungguhnya nasihat dari Lontruth ada benarnya dihati ku mula berdetik..kalau kena lampu macam Lontruth nie mesti terang benderang...nak layan DHpun boleh..
Kayuhan kami kali ini lebih kepada "MAIN" road ladang sawit...kerana kami masih tidak sanggup untuk menaggung risikonya..jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Lagipun kami rasa jika member MTB dari Nilai,Kayuhbeb serta PujMAC kami mempunyai kenyakinan yang tinggi kerana kami seolah2 sudah biasa ditrack ini...cuma kami risau kepada new rider yang baru di track Kota Warisan.
Pancaran lampu basikal begitu menarik perhatian ku selaku blogger dan cameraman..aku senantiasa mencari angle yang terbaik untuk disematkan didada blog pujMAC.
1. Dapat dilihat bayangan riders pd malam itu..kelihatan MrLastman kita iaitu Bro rostan dan GtNik...
2. Aku selaku blogger tidak boleh terlalu jauh dengan rider...kalau tak nanti tak ada gambar yang menarik..so terpaksa berkayuh kedepan dan kebelakang...
2. Aku selaku blogger tidak boleh terlalu jauh dengan rider...kalau tak nanti tak ada gambar yang menarik..so terpaksa berkayuh kedepan dan kebelakang...
1. Pantulan cahaya dari para riders pada malam itu. Bila melihat dari gaya gambar itu terlihat satu sikap berdisiplin para riders, memandangkan pandangan pada malam itu tidak mampu diukur dengan mata.
2. Nie pulak pandangan dari belakang....dan terus teringat (jangan pandang belakang)
2. Nie pulak pandangan dari belakang....dan terus teringat (jangan pandang belakang)
Bro Rostan lastman pada malam itu. Tugas tu amat sesuai dengannya memandangkan hutan nie adalah mainanya. Namun harus berjati-hati. Thanks Bro!!!!!
GtNik, sweper pada malam itu. Thanks Bro. Melihatkan dari gaya dan caranya..so far inilah orang harapan aku..untuk menjadi 2nd blogger....
Bro Yeti_K Medic pada malam itu....habis suasana hening malam tu manjadi tidak hening lagi memandangkan petikkan nyaring dari Hub HOPEnya...
Lan Bianchi dari Extreme Bike Shah Alam.
Berkayuh tanpa lampu...Lan lain kali mintak kat tokeh sediakan lampu macam Lontruth....dan promote to rider2 yang lain...
Bro Shahrin dari Bangi..member baru dalam pujMAC...segala gelagatnya sedang dipantau oleh kakitangan pujMAC he.he..he..
Salah seorang rider dari Kota Waisan pada malam itu.
Sorry bro lupa nak tanya nama..maklum la..sibuk sangat
Salah seorang rider dari Kota Waisan pada malam itu.
Sorry bro lupa nak tanya nama..maklum la..sibuk sangat
Bro Mat_Livina..pada asalnya tidak jadi joint kena pergi Bagan Dato' tapi entah macamana di ayatnya wife dia akupun tak tahu..tu yang dapat joint agaknya
Tapi aku rasa Mat_livina terpaksa mempertaruhkan turn balik kgnya pada HariRaya kali ini semata2 nak layan pujMAC NITE RIDE "OFFROAD"
1. 2.
1. Bro Hafizun dan Din_Nilai yang turun jugak pada malam itu...
2. GtNik terpaksa tukar gear untuk melihat susana rider2 yang lain..maklum la...sweeper merangkap "runner"
Salah seorang rider dari Putrajaya pada malam itu.
Sorry bro terlupa nak tanya nama..
Kayuhan kami diteruskan, sikap berhati2 dan keselamatan paling utama..tapi yang pasti akupun tak tahu average speed berapa maklumlah malam terlau gelap untuk melihat meter kayuhan. Setelah berkayuh sejauh 5kilo or 6 kilometer Leader kami pada malam itu mengarahkan kami berhenti buat seketika untuk melepsakan kepenatan serta memberi peluang kepada mana2 rider yang untuk pekena "POWER STICK".
1. Kelihatan Bro Hafizun dok membelek handphonenya, mubgkin memberitahu yang tersyang yang abag selamat so far..he..he...
2. Manakala Bro Kamrul seperti biasa berkata2 sambil bro Jayen khusyuk mendengarnya.
2. Manakala Bro Kamrul seperti biasa berkata2 sambil bro Jayen khusyuk mendengarnya.
Bro GtNik...orang kuat blogger sibuk dok merakamkan aksi2 para riders yang lain..Melihat dari air mukanya tersenyum kepuasan...
Masing2 cuba merakamkan kenangan yang terindah pada malam itu untuk dikongsi bersama2 rakan2 yang dilain di Face Book agaknya.
Aksi dari Giant A.achik, kalau 20 tahun yang lalu pastinya Motosikal Katana ataupun Yamaha LC....posing ala zack dari filem Azura.
Setelah penat hilang kami meneruskan Kayuhan, permulaan kayuhan yang telah diingatkan oleh Leader pd malam itu bahawa Down Hill ini harus berhati2 memandangkan terdapat lopak ataupun alur air.
Para riders dok sibuk layan Down Hil..mugkin dalam hati ini adalah DH yang terlaju, maklumla malam..siapa yang nampak..walhal kalau siang ini adalah DH yang paling perlahan baginya...
Sedang para rider's sibuk Layan DH, terdengar suara suruh perlahan dan arahan lampu seolah-olah ada sekatan jalanraya. Aku mula tertanya2 kenapa. Alamak anak buah aku tergolek buat kali ke2 dia Kota Warisan.
1 2.
1. Sufyan diberi rawatan oleh medic pada malam itu..iaitu Yeti_K. Yeti_K memang seoarang medic yang terlatih. Melihat dari keaddana dan caranya secara auotmatik aku menggunakan kuasa aku melantik Yeti_K sebagai Medic seumur hidup.
2. Kecederaan yang dihadapi oleh Bro Sufyan, alahamdulillah kecederaanya tidak seberapa teruk. Namun semangat berkayuh yang kuat..beliau meneruskan kayuhan..."BIG CLAP TO BRO SUFYAN"
Inilah lopak/aluran air yang dilalui oleh Sufyan,ternyata lampu tidak mancukupi..pastikan beli yang sepertiamana diwar2kan oleh sahabat kita Mr Lontruth
Wheelset sufyan yang ala2 angka lapan..berjaya dibetulkan oleh Jayen....Bro Jayen berjaya betulkan wheelset dengan gigi aje..thank Jayen..jasamu dikenang..
Apabila semuanya sudah ready dan Sufyan dalam keadaan normal, kami meneruskan kayuhan kami ke bukit perumahan terbengkalai.
GtNik memastikan semua riders bergerak ke bukit perumahan terbengkalai...sambil dipantau oleh Bro Rostan
GtNik memastikan semua riders bergerak ke bukit perumahan terbengkalai...sambil dipantau oleh Bro Rostan
Kayuhan kami terhenti semula..apabila jentera Bro Ah Cong dari Kayuhbeb pancit. Nasib baik ada tiub kalau tak..alamatnya Ah Chong akan memikul bikenya sampai ke penghujung....ha..ha...
Pemandangan dari aras tinggi dibukit perumahan terbengkalai. Terpancar lampu2 neon kota.
1 2.
1. pujMAC blogger climbing sebelah tangan aje..jangan jelous...kalau nak naik bukit nie sebelah tangan kena turun selalu kat Kota Warisan...
2. Kelihatan kekuatan semangat dari Sufyan, walaupun sakit2 serta condition wheelset almost angka 8, beliau mampu berkayuh menuju ke puncak..
Para riders pada malam itu.....berkumpul sambil melihat pemandangan panorama malam di puncak perumahan terbengkalai.
Setelah berehat begitu lama..kami menruskan kayuhan kali ini menuju kepuncak tertinggi Kota Warisan iaitu Bukit Pencawang.
1. Sedikit mengecewakan kerana jalan pada malam itu begitu teruk sekali..berbukit bukit dan tanah kering..amat payah untuk control jentera masing2.
2. Inilah keadaan track pada malam itu..tanah kering serta kesan dari pembajak dan jugak lembu2 liar.
1.Kami terpaksa mengusung basikal memandangkan track ini tidak mampu dikayuh, dengan cuaca yang tidak mengizinkan..
2. Perjalanan kami terhenti diatas sebab penerokaan baru. Maybe selepas ini tidak lagi ada canopy ditrack ini.
2. Perjalanan kami terhenti diatas sebab penerokaan baru. Maybe selepas ini tidak lagi ada canopy ditrack ini.
Sedang kami seronok melayan kayuh..tiba2 muka kami ditimpa sesuatu seolah seperti air. Bila kupandang keatas.,,kulihat hanya langit yang memutih. Kami meneruskan jua kayuhan ini..sehingga di satu selekoh...tiba2 hujan turun dengan lebatnya.
1 2 3
1. Rider dari Bukit Mahkota yang turun pada malam tu.
Thanks for support Bro and sorry terlupa nak tanya nama. Harap2 suatu hari nanti kita masih boleh ride sama. Kemaafan dipinta dari pujMAC sekiranya ada kekurangan dalam kayuhan tempohari.
2. Bro Joe_Damansara yang sempat bershoutmix before joint the ride.
Thanks for the support Bro.
3. Lan_Bianchi dari Extreme Bike Shah Alam...kuat dia berkayuh lepas tu siap tak pakai lampu lagi..dengar2 kata dia ingat pujMAC layan kayuh road...
Thanks Lan...
Setelah hujan berhenti kami meneruskan kayuhan, aku terpaksa berbincang degan Bro Kamarul untuk membatalkan kayuhan ke puncak tertinggi diKota Warisan iaitu bukit pencawang. Dah tak ada rezeki..maybe kami akan layan selepas Aidikfitri nanti.
Kayuhan menuju ke penghujungnya. Yang bestnya dihujung2 tanduk masing2 memecut mengalahkan formula 1. Akupun tak tahu pecut kerana apa? Lapar? Kesejukkan? Or risau bini marah balik lewat.
Anyway thanks.
Insyaalah pujMAC telah berbincang sesama sendiri untuk melakukan PujMAC NITE RIDE "OFFROAD" buat kali ke 2 selepas Aidifitri..sama2 kita nantikan dan mana2 rider's yang berminat nak joint rajin2 lah pantau Blog PujMAC
No comments:
Post a Comment