Date: 10_April_2010
Meeting Time: 7.00am
Meeting Point: Hijaz Restoran KW
Roda Golek: 7.30am
Total Distance: 84Kilometer
Jam menunjukkan 6.00am, hujan mula turun dengan lebatnya..dihati dah mula tertanya2 apakah kayuhan ke Bagan lalang harus diteruskan. Janji tetap janji..so kayuhan tetap berkayuh. Kami sampai di Hijaz Restoran dalam lingkungan pukul 7am..hujan masih tidak berhenti. Kami mengambil keputusan untuk bersarapan sambil menantika rider2 yang lain. Papabila dilihat hujan masih gugur dan para rider yang lain tidak kunjung tiba, kami berbincang dan telah bersepakat meneruskan Kayuhan Ke Bagan Lalang.
Masih ingat lagi 1st touring by pujMAC pada 2009 yang lalu (sila click sini) dimana seramai 7 orang mneyertainya. Kali ini pujMAC menganjurkan sekali lagi touring ke Bagan Lalang dimana disertai seramai 13 rider.
Para rider touring yang sanggup meneruskan kayuhan walaupun hujan turun. Perancangan awal harus diteruskan. Alang2 dah sampai kayuh tetap kayuh. Hanya yang tegar saja sanggup meneruskan mission ke Bagan Lalang...
Bro Lob, bersemangat sungguh dan telah sanggup set up MTB siap dengan "Lantin" dan beg touringnya.
Tahniah Bro Lob. Semangat yang harus diambil sebagai contoh bagi golongan muda.
Tahniah Bro Lob. Semangat yang harus diambil sebagai contoh bagi golongan muda.
Sedutan Video yang sempat dirakamkan dimana kayauhan menuju ke Bagan Lalang yang ditemani hujan lebat serta renyai, namun semangat rider tidak mampu dipatahkan. Namun kayuhan kali ini amat menyeronokkan kerana cuaca yang benar2 menyebelahi kami. Namun dugaan berkayuh didalam hujan benar2 mencabar mental para rider's.
Dari Kiri: Mosyawir, GtNik (yg dah dok usha kedai makan) Poey, Assry, Bro Lob, Zixon, Zack, Azam (Air Asia), Burn, Jeff, Iyan, Rostan, Mamat (Kayuhbeb)
Yang berjaya sampai ke Bagan Lalang setelah meredah hujan yg lebat serta renyai...SYABAS!!!!!!!
Sempat mengabadikan kenangan sesampainya di Bagan Lalang. Masa tu waktu memang terlalu sejuk..perut dah mula berputar2 menandakan kelaparan..dan disebelah seolah2 keropok lekor melambai2 para rider...
Para rider dah tak mampu menahan nafus makan..semuanya dah tunduk menjamah makanan tanpa menghiraukan dengan apa yang berlaku...
Mamat sahabat kayuhan dari Team Kayuhbeb yang turut serta pada kali ini. pujMAC mengucapkan terimaksih yang tak terhingga disampin mengikuti kayuhan pujMAC beliau juga turut menyumbang tenaga dalam memantau setiap pergerakkan kayuhan ke Bagan Lalang - Kot Warisan.
Zack satu2nya rider yang berani menyahut cabaran Touring ke Bagan Lalang,melihat dari pengalaman dia berbasikal sememangnya terlalu baru..Ini kata2 yang saya petik dari FBnya:-
Touring 86km Kota Warisan - Pantai Bagan Lalang - Kota Warisan today. Pain everywhere...err...sorry dear...it's out of service tonite.....
Dan comment dari para sahabat:-
Assry Nasir
Azam sahabat dari Air Asia yang turut serta pada kayuhan ke Bagan Lalang. pujMAC mengucapkan terimakasih kerana sudi mengikuti Kayuhan pujMAC ke Bagan Lalang..insyaallah lepas nie kita touring ke Port Dickson pulak...
Setelah perut diisi, maka sampailah acara santai dan lepak2 sambil memikirkan kayuhan untuk pulang...pehhhh..memang mental dibuatnya...
Masing2 bertafakur dan memerhatikan sambil memikirkan kayuhan untuk pulang..silap2 kalau mentak tak kuat rasanya ada yang akan call seseorang untuk pick up. Namun semangat yang kuat dan kata2 dorongan dari para sahabat kayuhan pulang pasti akan berjaya...
Acara sebelum berkayuh pulang...sempat lagi mengambil gambar untuk diabadikan dan sebagai bukti dihari otai untuk dibuat cerita kepada anak2 dan cucu dimasa2 akan datang...pehhhh...
Sudah puas melepaskan segala kepenatan, badan yang sudah dirasakan cukup cergas dan mentalpun dah boleh dikatakan wel prepared so kami berkayuh munuju ke Kota Warisan. Tapi kayuhan kami kali ini sedikit longlai apabila melihat "pujMAC Chif" terpaksa pulang awal diatas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
Kayuhan menuju ke Kota Warisan..masa nie dah mula nak pewai..cahaya matahari lak dah mula memncarkan sport lightnya dengan terang sekali...
Jeff new rider yang juga berani menyahu cabaran berkayuh sejauh 84 Kilometer ke Bagan Lalang tahniah Bro.
Dibawah ni diantara comment2 kawan dari FB:-
Nik Mar :ambulans itam tsesat td..harap bsabar..
Nik Mar :blunjur bro jeff kite..hehehe..jauh ronda tu..Golok Laa :Pancit pun sampai gak bagan lalang..
Jeff Battlax :misi gagal la ari ni......next time bebeh, next
time....!!
time....!!
Jeff Battlax golok: bagan lalang tu sampai...nk blk tu yang tak berapa nk sampai...nasib baik bro poey ade....
Golok Laa :takper janji semangat ader ... lagi penting
dapat permit nak pi.
dapat permit nak pi.
Finally kami sampai ke Kota Warisan dlm pukul 2.45pm. Sesungguhnya kayuhan pulang benar2 menguji mental bagi setiap rider...Hanya rider yang mempunyai tahap mental serta fizikal saja yang mampu mengharungi kayuhan ke Kota Warisan - Bagan Lalang - Kota Warisan sejauh 84kilometer.
pujMAC mengucapkan syabas kepada semua rider yang turut serta kyuhan kali ini. Insyaallah pujMAC dalam perancangan untuk berkayuh ke Port Dickson pula, so mana2 rider yang berminat dan ingin mencuba..diharap bersedialah dari sekarang...
No comments:
Post a Comment