Meeting Time: 9.00 p.m
Meeting Point:7 Eleven Bdr Sri Putra
GPS Coordinate:N02 53. 079 E101 47. 387
Ride Time: 9.30 p.m
Leader: Bro Nordin Bdr Mahkota
Kali ini pujMAC menjelajah trail baru diatas pelawaan Bro Nordin di Bandar Mahkota Bangi. Lagipun selalu sangat layan trail yg sama membuatkan kayuhan menjadi bosan. Seramai 22 rider yang hadir pada malam itu. Ramai jugak rider-rider area Bnadar Mahkota nie.
Kami bermula Kayuhan di Bandar Sri Putra Bangi.
Sementra menunggu rider yang lain sampai, masa ini digunakan oleh para rider menyediakan jentera masing2...
Diantara rider pujMAC yang hadir pada malam tu...
Lagi aksi-aksi rider pada malam tu...masing2 dah teruja nak layan rail baru...
Inilah Bro Nordin dari Bandar Mahkota, untuk pengetahuan semua Bro Nordin selalu mengikuti kayuhan pujMAC terutama di Nite Ride OFFROAD Kota Warisan. So semasa kami di HASH Rawang kami sempat bertemu dengannya dan beliau mempelawa membuat kayuhan di Bandar Mahkota. So sebagai timbal balas pujMAC menyambut pelawaan beliau.
Pada malam tu beliau diminta untuk mengetuai kayuhan Bandar Mahkota.
Kayuhan malam tu dimulakan dengan bacaa doa dari Jayen, agar kayuhan kali ini dilindungi olehNYA...
Serba sedikit sedutan video di Kayuhan Bandar Mahkota yang melalui kampung serta cuaca yang dingin..memang best trail nie..terbayang kalaulah dapat kayuh dikawasan ini seawal pagi mesti best & mantap...
Para rider pada malam itu yang memangnya diluar dugaan..betapa ramai jugak rider2 dari daerah Bandar Mahkota ini. Harap satu hari nanti dapat follow Bro Nordin layan trail offroad lak...
Di salah satu persinggahan sementra menantikan para riders berkumpul semula...
Acara bisasa bagi MTB rider..lepas kayuh dok lepak mamak sambil makan dan minum serta menceritakan kayuhan yang dilalui...
Wajah2 rider yang menantikan hidangan untuk membasuh tekak dan jugak mengisi perut...
Disinilah silaturahim diantara para rider dapat dieratkan.
Tak kurang juga gelak ketawa hasil lawak jenaka dari Bro Lob...memang best..sambil acara usik mengusik bermula...
Kami pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih kepada Bro Nordin yang sudi menjemput kami serta mengetuai kayuhan pada malam itu. Untuk melihat gambar yang lebih menarik sila kunjungi Face Book ataupun pujMAC Group Facebook...banyak komen2 yang dapat dilihat.
No comments:
Post a Comment