Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Friday, May 8, 2009

1st Touring by PujMAC

Thursday: 07-05-2009
Kayuhan PujMAC
Location: Kota Warisan-Bagan Lalang-Kota Warisan
Total: 85kilometer
Meeting point: Restoran Hijaz KW

Selama 1 bulan perancangan telah dibuat,maka sampailah waktu dan saat yg ditunggu2 apabila 1st Kayuhan PujMAC menuju ke Bagan Lalang. Walaupun rintangan dari sahabat yg lain sedikit sebanyak mengendurkan semangat para rider yg lain. Namun oleh kerana keazaman serta ditambah pulak minat yg mendalam akhirnya Kayuhan PujMAC terlaksana jugak.

Alahamdulillah kayuhan disertai seramai 7 orang. Thanks to para sahabat Bro Rostan...ada masa kita kayuh lagi nanti.


Dari Kiri, assry, rostan,zul,syawal,Bro Kulat,Nabil & Azam:buttrock:


Routemap from Kota Warisan to Bagan Lalang Sepang


Kayuhan Lead by Bro Kulat...meninggalkan Kota Warisan^O^

Kayuhan kali ini lead by Bro Kulat...Rostan selaku sweeper...manakala aku lak..biasa la..reporter tak bertauliah...B-). Tepat jam 9am...roda mula bergolek bersama satu azam yg tinggi untuk berkayuh ke destinasi.


Mula memasukki Highway Putrajaya - Dengkil..:thumbsup:


Bro Kulat berkayuh dengan penuh disiplin....


Muka masing2 penuh semangat maklum la..masih diperingkat awal..


Fuhhh..Rostan nie sekali pandang macam "Mat Salleh" aje..he..he..:buttrock:


Persimpangan menuju F1 track.....

Kayuhan mula menyusuri persimpangan Litar F1, satu lagi mercu tanda kabangaan rakyat Malaysia..walaupun tahun nie Ferrari tidak menunjukkan kemampuan yg sebenarnya...


Melintasi FI track


Persimpangan menuju ke Bagan Lalang Sepang

Dipersimpangan beginilah penunggang basikal harus berhati2 kerana rakyat malaysia masih belum celik lagi dengan pemandangan org berbasikal..berbeza dinegara2 maju. Harapan aku satu hari nanti rakyat malaysi mula alert dengan penunggang basikal.


Nie Bro Syawal..dengan bike "Giant" special set up for road....:buttrock:


Nie lak Bro Zul..walaupun beban banyak..tapi kayuh tetap maintain..


Nie Bro Kulat..senantiasa kemas apabila berkayuh....:buttrock:


Berehat sebentar di persimpangan LBJ, setelah berkayuh sejauh 20km
Bila dah lepak2 cam nie..ada la yg terkena perli serta sebagainya...





Speed maintain 25km/h


Fuhhh..semangat habis bila dah nampak signboard nie....


Alhamdulillah destinasi yg dituju selamat sampai...


Masing melepaskan lelah kepenatan..namun diraut wajah tercipta satu kepuasan...


Berehat sambil menjamu selera..biasa la..bila dah lepak kat kedai makan..macam cerita yg keluar...


Kayuhan selamat sampai kedestinasi dengan catatan 1 jam 50 minit dengan average kayuhan 25km/h, sejauh 43kilometer.

Serba sedikit pemandangan laut di Bagan Lalang Sepang yg terkenal dengan pusat riadah untuk keluarga serta Medan Ikan Bakar

Setelah puas berehat serta perut masing sudah dialas dgn sebaik mungkin...kami mengambil keputusan untuk pulang...dalam hati aku ini adalah dugaan yg paling besar..memerlukan tumpuan mental yg kuat. Apataknya..tepat jam 1pm kami meneruskan kayuhan pulang dengan panas terik sambil disuluh matahari yg betul2 terpacak diatas kepala.


Routemap Bagan Lalang to Kota Warisan


Kayuhan pulang bermula.....


Bergambar berlatar belakangkan "Welcome to Bagan Lalang"


Bro Azam, yg senantiasa mengekori Bro Kulat..:eek:


Bro Zul dengan "Touring Bike" manakala dibelakangnya...:eek:
Bro Nabil..respect abis aku kat bro nie kayuh sempoi habis..


PujMAC blogger..selalu kat belakang aje tempatnya...8-)

Kayuhan pulang aku sudah tidak mampu lagi untuk mengambil gambar..dengan panas terik serta kayuhan pulang melalui Highway membuatkan aku harus memberi tumpuan serta keazaman mental yg kuat untuk menruskan kayuhan...walaupun sedia maklum..aku lah rider yg senantiasa dibelakang rider2 yg lain.

Kayuhan pulang alhamdulillah selamat sampai tepat jam 2.30pm..mengambil masa hampir 2jam 30minit.

Aku selaku PujMAC blogger mengucapkan syabas kepada para sahabat2 yg lain, kerana kayuhan kita sampai kematlamatnya. Insyaallah umur panjang kita plan kayuh ke Port Dickson pula.

1 comment:

  1. tahniah kpd bro assry dan team PujMAC kerana berani dan berjaya menganjurkan ekspedisi ini. walaupun sblm ni dah banyak kali dipelawa tapi ini la baru pertama kali berkesempatan kayuh bersama. tentu sekali menyeronokkan kerana minat yg sama. kalau berkesempatan lain kali kita jumpa lagi.
    ride on.

    ReplyDelete