Team 1 yang dianggotai oleh Chif, Jayen & Poey
Para riders pujMAC bersiap sedia untuk berjuang di Selangor MTB Challenge 2010
Team 3 yang dianggotai oleh Ekram, GtNik & Bro Lob
Susana para rider sebelum Flag OFF semuanya dah teruja nak layan SMTBC 2010
Team 2 yang diangotai oleh Rostan, Farhoud & Shahrin
Lagi aksi2 rider yang dah tak tahan dok menanti bila dilepaskan.....
Team 3 Amir,Zixo & Taslim serta rider's yang lain dlm acara Selangor Open & Individu Open.
2 wakil pujMAC diacara Remaja iaitu Hazeem & Fareez
Sementara menunggu waktu dilepaskan, para peserta sudah mula gusar, dan acara membaca doa didahulukan bagi memastikan kayuhan ini dijauhi dari pekara2 yang tidak diingini.
Tepat jam 8.45am para pesrta dilepaskan..dan disinilah dapat kita lihat semua para riders dah mula memecut selaju yang mampu. Aku lihat masa tu speed meter aku mencecah 40km/h..pehhh..memang tahap..aku rasa dah laju dah..tapi depan aku jauh sayup meninggalkan yang lain2.
Mula memasukki offroad setelah berkayuh sejauh 7 or 8 kilometer..
Memang layan trail nie..cuma matahari dah mula dok pancarkan sinarannya..kalau start dlm pukul 7.30am mesti best sejuk dah cecah offroad..
Kat sini dah mula teruja bila layan offroad yang dipenuhi dengan becak serta meredah air sungai..
Sedang kami dok layan dan melepasi air sungai kelihatan Shahrin dok termenung melihatkan basikalnya yang terbaring..terkejut aku rasa..bila melihat kelibat Shahrin..mesti ada sesuatu yang terjadi...
Shahrin termenung sambil melihat akan basikal..setelah disiasat saddle clampnya patah. Kecewa dia so kami mengambil keputusan cuba membaikinya..kerana kami tahu Rostan & Farhoud sudah berada jauh dihadapannya.
Kami mencuba sedaya upaya untuk membaikkinya..namun gagal..atas semangat team work..poey memberi seat post kepada Shahrin agar beliau meneruskan kayuahnnya..kerana kami tahu..mereka mampu mendapat kedudukkan yang terbaik. Beliu berlalu dengan laju..dan tiba giliran untuk membaiki agar Poey dapat menruskan kayuhan Setelah berhempas pulas..nyata gagal..dan disini terpacul satu ayat dari David. "OK! last choice ambik seat post aku..dan teruskan" aku hanya mampu meberikan senyuman kepada David..dan nyata David membalas senyuman dengan harapan beliau boleh KFC he..he..thanks David.. semangat yang ditunjukkan oleh David membuatkan sahabat2 yang lain rasa terharu..Thanks David..KFC u diiktiraf oleh pujMAC.
Kami meneruskan kayuhan ke seterusnya..sambil aku merasa bangga kerana mempunyai sahabat2 yang bersemangat team work didalam pujMAC..SYABAS semuanya...
Kat sini dah mula pack disebabkan track yang mengunung untuk dipanjat..memang tragis giler..dok fikir..kalau beratur alamatnya memang lambat sampai...
Laluan yang sudah mula ditutupi oleh para rider...tindakkan seterusnya harus bijak.
Akhirnya Jayen,aku & poey mengambil keputusan yang drastik..memikul basikal dan memotong rider lain dilaluan kiri..kalau tak buat cam nie alamatnya ptg baru keluar..bijak kau Jayen...GOOD IDEA!!!..
Dah dapat cilok beberapa bukit dan rider..yang pasti masih menolak kerana trail dipenuhi dengan selut dan juga akar2 kayu yang timbul...silap handling..pasti mencium tanah...
Diparas ini kami masih menolak kelaluan seterusnya...walaupun menolak..kami masih mengambil peluang..meninggalkan rider2 yang lain..kerana masih ada sesetengah rider yang dok bergambar didalam track untuk dibuat kenangan agaknya..he..he...he..
Setelah berada dilaluan selesa kami meneruskan kayuhan kami..mencuba mencari kedudukkan yang terbaik..nak menang sudah pasti tiada harapan..namun semangat untuk menghabiskan kayuhan masih membara..
Aksi2 rider didalam trail offroad..kelihatan 2 remaja pujMAC meneruskan kayuhan..kuat semangat mereka...SYABAS buat Hazeem & Fareez....
Kat sini climbing pehhh..sememangnya menganggu mental..dah la bukit tinggi..kat depan lak ada yang lagi mempengaruhi jiwa dan raga..he..he..he...
Setelah berhempus pulas..kami meneruskan kayuhan menuju ke CP4 final lap for SMTBC 2010..mental dah mula dipengaruhi oleh rider2 yang lain especially apabila terserempak dengan rider yang sudah membuat pusingan U...sabar aje la...
Alhamdulillah pujmac berjaya menamatkan semua kayuhan didalam semua acara. Bagi Poey,Burn,Hazeem & Fareez..ini adalah 1st experience mereka..semoga pendedahan ini dapat memberi mereka semangat yang kental...
Namun pujMAC sedikit kecewa kerana Team 2 telah sampai awal digarisan penamat, memandangkan masalah technical yang dihadapi oleh Shahrin..membuat team pujMAC telah tidak diiktirafkan. Kalau tiada masalah technical kepada Shahrin sudah pasti pujMAC menjuarai acara Team Challengge di SMTB 2010., dah bukan rezeki namanya..namun yang pasti pujMAC dah mula mampu bersaing dengan team2 yang lain.."WE TRY NEXT YEAR"
Aksi2 rider pujMAC semntara menantikan rider2 yang lain sampai.
Semangat team work yang ditunjukkan oleh pujMAC rider membuatkan kami semua merasa gembira dan hilang rasa penat....
Makan time..kelihatan Sharin tidak mampu menjamah makanan..mungkin terkilan dengan pa yang terjadi. Rilek Shahrin..yang pasti kejayaan tidak akan datang dengan mudah.
Susana pujMAC member membelasah makanan yang disediakan..memang lapar giler waktu itu...
Tamat sudah SMTBC 2010, pujMAC merasakan satu kemenanggan didalam Team work yang ditunjukkan. Yang pasti pujMAC menantikkan SMTBC 2011 akan datang...
Selaku Chif pujMAC saya merasa cukup berbangga dengan semangat Team work yang ditunjukkan oleh rider2 yang lain. Semoga pujMAC dapat mengekalkan semangat sebegini sehingga mencapai kejayaan. Kepada yang lain saya mengucapkan SYABAS & TAHNIAH..sampai jumpa lagi..dan yang pasti 01-05-2010 pujMAC akan mencuba nasib pula di Kulim Jamboree "KAYUHAN TERANG BULAN".
Tahniah pujMAC
ReplyDelete