Total pujMAC Rider: 10 rider's
Ride Time: 9.30am
Sampai la waktu yang dinanti2kan dimana HASH yang dianjurkan oleh ARB Team yang bertempat di Bandar Tasik Putri Rawang. pujMAC sememangnya sudah merancang lebih awal untuk menyertai HASH ini bagi menimba ilmu dan juag menjadikan HASH ini untuk persediaan di Selangor MTB yang akan berlansung pada 25_April_2010 ini.
Bayak perancangan dan perbincangan yang dilakukan oleh pujMAC sebelum menyertai HASH ini. disamping itu juga kami mempunayi sesuatu misi di HASH kali ini dan yang penting tujuan asalkan kami adalah untuk berkenalan dengan rider2 yang lain dan menimba pelabagi ilmu dari HASH yang dianjurkan oleh ARB Team.
Diantara rider2 pujMAC yang menyertai HASH Bandar Tasik Putri Rawang.
Dari Kiri: Taslim,Rostan,GtNik, David, Hazeem, Fareez, Ibis, Jayen & Shahrin.
Masing dah mula nak set_up jentera masing..dan ada yang sempat posing2 maut lagi...
Nie lak sebahagian lagi dari pujMAC rider's
Masing dah mula nak set_up jentera masing..dan ada yang sempat posing2 maut lagi...
pujMAC Junior rider, kira skuad pelapis bagi pujMAC. Bro Taslim membawa 2 org juniornya untuk expose OFFROAD, maklum la next week mereka akan membawa panji2 pujMAC di Selangot MTB bagi kategori junior.
Sebelum mula kena register dulu...kena bayar RM15, akupun heran jugak kenapa kena bayar RM15 lepas tu tak dapat apa2pun..malah airpun tak ada...nak kata sewa track tak mungkin..aku rasa inilah kekurangan HASH, pay for nothing.
Tapi pujMAC tak berapa kisah sangat cuma nak tengok suasana dan ambil pengalaman bagaimana nak handle sesuatu event.
Diantara ragam2 para peserta pada pagi tu..mata mula melilau..ternampak sesuatu diluar dugaan..he..he...
Lagi aksi pujMAC rider yang dah mula mengeletar kaki nak tendang pedal dan main shifter..yang pasti jentera dah setting up yang terbaik...
Sebelum mula, para rider diberi sedikit penerangan oleh Bro Umar dari ARB team.
Pada mulanya aku dok pening jugak..apa makna ARB?, nasib baik Bro Mall info aku ARB meaning is "Abdul Rahim Bicyle" thanks to Bro Mall yang memberi jawapan yang aku cari selama ini.
Bersemangat sungguh Bro Umar & BC Kelolo memberi penerangan kepada para rider yang hadir pada hari tu..maklum la..walaupun ini HASH namun keselamatan para rider's hari diutamakan..
Para rider's dah mula teruja tahap GABAN...dah tak sabar..satu lagi kelemahan HASH nie start lambat..9.30am..mataharipun dah mula nak terpacak..alangkah bagusnya jika start seawal yang boleh..kayuh awal2 pagi nie baru la klimaksss....
Tepat jam 9.30am..para rider dah mula dilepaskan..
pujMACpun dah mula sepak pedal..tapi kayuhan pujMAC kali ini berbeza dari selalu..kerana kami nak mencuba kayuh dlm 1 kumpulan..kalau ikutkan patern lama..dah duduk depan rider2 pujMAC nie.
HASH dimulakan memalui road dlm 2 or 3 kilometer..untuk memastikkan tidak berlaku kesesakkan apabila memasuki OFFROAD..tapi tu la..memang susah nak pisahkan diantara rider apabila memasukki OFFROAD...kesesakkan pasti menjelma jugak...
Kayuhan OFFROAD bermula..dah sampai ke tahap klimaks nie..maklum la..tahap yang paling best bagi para rider's adalah OFFROAD..memang layan...walaupun dah mula climbing...
Masa kat sini yang dah tak tahan dengar..terpacul satu suara yang berbunyi sebegini...emmmm babeyyyyyy...bunyinya memang tak leh tahan....kalau yang boleh climbing terus tak leh climb..bila terdengar suara tu...rugi siapa yang tak joint tu hari..
Kat area nie lagi best..DH..memang mantap..so siapa berani layan..serta cilok rider2 yang dok tolak..
Yang tak bestnya rider2 yang dok menolak tak "alert" kepada rider dibelakang yang nak layan..so next time para rider kalau nak tolak...pandang2 la kebelakang beri ruang kepad rider yang bernafsu serakah nak layan DH.
Beberpa petikkan trail pada hari tu..emamng best layan..DH,climbing memang mengancam..dlm hati dok fikir lagi..mesti lepas nie ada single track,DH & technical..baru la boleh memuaskan nafsu serakah...
Nie lak acara biasa dlm MTB..tak leh kayuh tolak...kalau yang berani layan aje..tapi mengenangkan basikal tu bukan sesuatu yang kecil nilainya..so kena angkat la..he..he...
Nie paling tak best..sebab tak leh nak kayuh..masalahnya bukan takut basikal kotor..tapi risau kasut basah..kalau boleh kayuh memang layan..trail nie..tapi ini adalah salah satu acara MTB..bari best...
Aksi para rider menolak basikal dilalui yang paling sukar..melihatkan keadaannya sudah pasti tak ada seorang riderpun yang mampu berkayuh...mas menolaknya macam la kata2 yang terpacul keluar dari mulut rider..tapi ni juga adalah biasa..dah jadi tabiat rider mengomel...yang penting enjoy & layannnnnnn...
Kami mula memasukki ladang sawit..yang sememangya sudah tahu serba sedikit permukaan jalan bagi ladang sawit hasil kayuhan di Kota warisan..sudah semestinya akan ada climbing yang panjang..serta DH..dan jugak technical trail...
Kat sini la pujMAC contandor tergolek 2 kali..layan DH to maximum dan lupa lak yang dia pakai pedal clip...kalau dah lupa buka pedal clip dan layan DH..alamatnya..bersalaman serta mencium bumi la....he..he..
Nie paling best layan technical trail...sambil DH. Masa kat sini suara kami la yang paling riuh bila layan technical trail..memang best..tapi terlalu pendek..kalau panjang sikit..memang cam nak layan 2 kali aje...tapi yang pasti kat sinilah acara yg plaing kemuncak...
Aksi2 pujMAC rider layan technical trail..memang memuaskan nafsu..best2...next time buat panjang sikit lagi bestttt...
Aksi Abg Nordin dari S/Alam section 23. Maybe dia menyertai HASH kali ini sendirian..so beliau mengikuti kayuhan bersama kami..tapi yg penting Abg Nordin memang byk experience dlm HASH..beliau byk mengajar kami bagaimana membaca trail melaui panduan kertas..THANKS to Abg Nordin.
Ini adalah acara yang paling menyentap mentakl para rider's..climbing yang boleh tahan tingginya dan panjang...memang best..silap2 layan..boleh tangkap pinggang..
Mana yang tak leh nak climbing..makan tolak la basikal..sambil chit chat..agar dapat mengurangkan kepenatan....
Kayuhan pujMAC telah sampai kepenghujungnya...walaupun kami tahu taril sebenarnya sememangya panjang, dan kami terpaksa menghabiskan kayuhan terlebih awal diatas sebab2 yang tertentu.
Yang pasti pujMAC byk belajar dari HASH trail dan kayuh berkumpulan..tapi yang pasti rata2 rider pujMAC berpuas hati dengan hidangan trail yang disediakan oleh ARB Team.
Syabas...
Dengan ini pujMAC mengucapkan syabas dan tahniah kepada ARB Team yang bertungkus lumus menyediakan trail untuk para rider pada hari tu. Seperti biasa pujMAC memberi sedikit komen mengenai HASH yang telah kami sertai.
No comments:
Post a Comment