Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Saturday, April 17, 2010

Puncak Jalil - Cyberjaya - Puncak Jalil

Date: 13_April_2010
Meeting Time: 9.00pm
Meeting Point: Restoran Makan2 Puj
GPS Coordinate:N3.01.826 E101.67.608
Ride Time:9.30pm
Leader: Rostan & David
Total Distance: 37kilo

Dalam dok sibuk2 dengan tugas, rupanya aku terlupa nak update blog pasal kayuhan Puncak Jalil- Cyberjaya - Puncak Jalil. La nie baru aku berkesempatan nak update.
Sebenarnya dah lama pujMAC dok rancang nak buat home route MTB, tapi oleh kerana masa dan keadaan rider membuatkan pujMAC rasa serba salah nak mulakan. Namun kata org kalau tak dimulakan mana nak tahu. Idea nie disuarakan oleh Asst Chif iaitu Rostan. Katanya namapun pujMAC "why not kita start kayuh dari Puncak Jalil" pula. Bukan mudah hendak memulakan route baru, sebagai persediaan Asst Chif dah mula marking route from Puncak Jalil - Cyberjaya - Puncak Jalil. Setelah semuanya dah ok..kami mengambil keputusan memulakan kayuhan from Puncak Jalil.

Malam tu seramai 22 rider yang turut serta, alhamdulillah semakin ramai MTB rider yg hadir walaupun route diubah dari satu tempat kesatu tempat..nielah namanya kalau dah minat tak kira dimanapun route past rider yang akan turun.




Para rider yang turut serta pada malam tu..masing dah mula rasa teruja maklum la..route baru. Kayuhan kami sepatutnya bermula pukul 9.30pm..namun oleh kerana menunggu salah seorang rider dari S/Alam, kayuhan kami terpaksa bermula pukul 10.00pm.

Disini pujMAC ingin menasihati para rider supaya menepati masa dikayuhan2 akan datang, agar tahap menunggu tidak sampai ke "TAHAP GABAN"





Diantara rider yang hadir pada malam tu. Masing2 dah mula tak sabar nak mulakan...dan kesempatan menunggu digunakan untuk berbual kosong sambil menceritakan jentera terkini..ada yang upgrade dlm diam2 ada pulak dok fikir nak improve kayuh...



Kayuhan kali nie Chif tak mampu nak snap picture bayk..namun saya sediakan video sahaja..maklum la..kadang Chifpun nak layan jugak route baru nie....

Setelah berkayuh sejauh 20kilo, kami menuju ke 7 Eleven Cyberjaya untuk tujuan menambahkan apa yang kurang...sambil dok lepak menghilangkan kepenatan..para rider dah mula bercerita mengenai bike...ada yang high end dan tak kurang jugak cerita dok tahap kayuhan...kat sinilah para riders dah mula bercerita pasal jentera masing..dan tak kurang jugak dok cerita pasal next jambore...





Gelagat para rider pada malam tu yang dah semacam nak pitam..mana taknya..dah la nak layan route baru..pas tu laju2 lak..tak sempat nak menikmati keindahan malam di route baru.









Aksi para rider melepak di hadapan 7E Cyberjaya.....

Setelah hilang penat, kami menerusakan kayuhan pulang..masa nie dah semuanya naik hantu..mana yang power..terus pecut...dan pecut..maybe daok terbayang masa kayuh macam pelumba Negara..mana yang semput dah semakin jauh...namun walaupun yg laju meninggalkan sesetengah rider...aku sebagai sweper malam tu...harus meastikkan semua rider tidak ketinggalan...

Masa nielah..salah MTB Arash bocor..lebih kurang cam datang bulan jugak la...



Arash sedang menukarkan tiubnya. Masa nielah Golok bersuara..."Aku nak tengok artis tukar tiub" He..he....biasalah..mula la keluar kata2 sinis dari rakan2 untuk Arash..bukan apa..sebenarnya nak kasi semangat suruh tukar cepat...









Aksi2 rider dok menolong Arash tukar tiub dan tak kurang jugak yang dok memerhatikan dengan penuh tekun dan sabar....

Kami menamatkan kayuh sejauh 37kilo dan tepat jam 12malam.
Dengan ini pujMAC mengucapkan terimakasih kepada semua rider yang hadir pada malam tu. Insyaallah minggu depan kita layan lagi route Puncak Jalil - Cyberjaya - puncak Jalil...kali nie distance lagi jauh...

No comments:

Post a Comment