Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Sunday, September 27, 2009

Kayuhan FRIM_Offroad

Venue: FRIM Kepong
Roda Golek: 9.15am
Distance: 31.09km
Maximum DH: 44.6km/h
Cycle Time: 2hr 20minute
Total Time: 3hr 5minute

Rasanya semua umat Islam sudah mula pulang ke KL setelah puas bercuti serta meraikan Aidijfitri di kampung halaman masing-masing...bak kata pepatah.."Sireh Pulang ke Gagang". Begitu juga aku selaku pujMAC blogger...sampai saja dirumah terus shoutmix dengan teman2 bertanyakan activity kayuh. Siasat punya siasat..tak dapat nak cari mana rider yang berkayuh. Mulanya teruja dengan Track Broga atas undangan Bro MKA,tapi kecewa diseparuh jalan...buat MKA ("please arrange_ next time"). Setelah segala usaha menemui jalan gagal..so aku setting kepala otak aku yang esok tak kayuh...tapi hatiku tetap tak tenang..dan aku pasti juga..rakan2 yang lainpun sedemikian. Memandangkan tiada activity untuk esok..aku seperti biasa terus layan tengok TV walaupun kepala otak berligar2 mengenangkan untuk esok dan seterusnya....ZZZ..ZZZ..ZZZZZZ....

Seawal pagi dalam pukul 5.30am..aku dikejutkan dengan sms dari handset aku, terkejut aku siapa la yang sms aku subuh2 hari nie...dengan berat hati aku terus capai handset...emmGtNik rupanya..apa yang dia nak pagi2 nie....berdebar hati aku ni......maklum la..jiran....

Message Details:
From: GtNik
"Let Goneee> Salam Aidilfitri Kayuhan Lepas Gian Raya di FRIM Kepong hari sabtu 26hb jam 8.30pagi. Berkumpuldi parkir 200m sebelah kiri selepas pondok pengawal. Golek pukul 9.00am. Laluan dream trail,rover,steroid hill dll. jika berminat sila balas sms ini. Tq.

pujMAC Blogger:
Wah ini sudah bagus..jom aku follow!!!!!!!

GtNik:
Jom..yeti tunggu kul 7am kat aladin, saya park situ,follow dia

PujMAC blogger:
So nak gerak kul berapa?

GtNik:
6.45am

Aku memanjangkan sms aku ke Syahrin, yang sememangnya dah gian nak kayuh

Shahrin_pujMAC MTB
Salam Cief, saya follow he..he..jumpa disana

Seawal 6.45am kami bergerak ke Aladin restoran BK5 dengan hati yang gembira tak terkata. Beginilah kalau dah gian dan stim..tak kira apa nak jadi..lagipun tak ada apa2 schedule ari ni...kayuh tetap nak kayuh. Kami sampai di FRIM Kepong dalam pukul 8am dan setting everthing serta menunggu Bro Shahrin muncul.




Yeti yang sememangnya bersemangat untuk berkayuh..Masih aku ingat lagi sms dar Yeti pada raya ke2 dah layan kayuh dikampung halamannya siap kena kejar dengan anjng lagi.....dalam hati aku mula berkata..mesti fit habis Yeti kali ini.









Setelah bersedia kami menuju masuk ke FRIM sambil mencari Bro Ken @ Kamarul kerana dia Leader pada kayuhan kali ini. Setelah selesai seisi perkenalan kami memulakan kayuhan.

Dari Kiri: Adi, Ken@Kamrul, GtNik, Yeti & Shahrin








Kami mengekori Bro Ken yang mengepalai kayuhan kali ini..

Bro Ken dengan GT fulsus serta SLX group set, memang mantap..nak tahu lebih detail mengenai Bro Ken..boleh layari websitenya basikal.com banyak activity kayuhannya...








Kami mula terjah ke track offroad...aku yang dari belakang dah mula stim to maximum bila tengok offroad...seingat aku ini kali ke2 aku layan track FRIM...tapi kali ini laluanya sungguh berbeza.

Track yang bercanopy serta disulami dengan kicauan burung & unggas..lebih menyedapkan...dan pasti akan lebih teruja.







Permulaan track dah mula climbing....so mungkin disebabkan cuti panjang serta tubuh badan telah disaluti dgn lemang.ketupat serta rendang membuatkan para riders telah tercungap2..nasib baik aku masih maintain serta ada malakukan kayuhan semasa cuti yang lalu.

Bro Ken, memulakan cerita, maybe mengenai Raya Aidilfitri yang lalu..manakala Bro Shahrin seolah tak sabar nak meneruskan kayuhan.





Kami meneruskan kayuhan, dan mula memasuki singel track. Memang teruja habis..track yang dipenuhi akar2 kayu serta pokok dikiri dan kanan...sememangya memerlukan kosentrasi yang tajam.











Bro Adi begitu asyik layan track FRIM nie...kena pulak dia layan dengan MTB Fulsus Giant Anthem memang leleh...

Mengikut katanya..dia baru berjinak2 dgn MTB 1 bulan yang lalu..welcome to the MTB group Bro!!!!







Yeti, sememangnya teruja bila dengar ada kayuhan....namun disebabkan cuti yang lama serta perut yang telah banyak diisi dengan ketupat,lemang serta rendang..maka kayuhan yeti hari ini lebih dikenali "Kayuhan pecah Lemak"...stamina dah menurun..so hati2 yek...

Anda mempunyai waktu 2 minggu dari sekarang sebelum ECC...




gTnIk dengan aksinya, melihat dari raut wajahnya memang teruja habis dia layan track Frim nie...hilang penat drive dari Kelantan ke KL yang hampir mengambil masa 12jam...fuhhhhh (nasib baik kg aku tak sebelah pantai timur..kalau tak drive 24jam agaknya...)

Track yang benar2 menguji skill serta handling. Silap control..alamatnya menjunam gaung la...

Amacam..bila nak repeat lagi?????





Lihat saja keadaan track FRIM...yang penuh dengan akar2 kayu serta batu-batu, pressure tayar amat penting apabila nak layan track FRIM nie...tidak boleh terlalu keras dan juga kurang angin.

Harus pandai mengelak akar2 yang kasar agar tayar tidak pancit







Sememangnya skill,handling amat penting dalam melayari track FRIM ini...sesungguhnya batu-batu yang tajan serta akar2 yang timbul...mungkin disebabkan hakisan air hujan.

Pada pendapat saya pihak perhutanan FRIM harus memberi lebih tumpuan kepada track ini agar terpelihara serta senantiasa mandapat kunjungan orang ramai.






Aku tertarik sekali di part ini...jika handling bagus sudah pasti anda mampu melepasinya..jika tidak anda akan kecundang sambil memberi sedikit ciuman kepada batu2 yang terdapat dikiri dan kananya.

Dari itu berhati berkayuh di track FRIM...layannnnnnn














Kami berehat sebentar sambil melepaskan penat lelah, setelah puas dan teruja layan track ini.

Manakala aku sibuk mengmbil beberapa keping gambar buat tatapan didada blog.

Manakala Bro Shahrin masih sibuk melayan sms yang keluar masuk.






Dikesempatan ini aku mengambil peluang berkonsi cerita dengan Bro Ken & Adi.

Kuat jugak stamina mereka nie...by the way..kami enjoy dengan kayuhan kali ini.

Next time kita layan lagi Bro Ken & Adi..







Lihat saja keasyikkan track ini. Kiri-kanan batu, manakala track pula dibaluti dengan akar2 kayu serta daun2 kering...

Sememangnya pasti membuat anda merasa teruja dan menaikkan syahwat bila layan rack ini, nak tahu keasyikkanya..tanya pada rider yang sudah melaluinya.






Cuba anda perhatikan disebelah kiri track ini...hanya bersebelahn dengan gaung...silap handlin...kecundang lah...

Kpeada new rider..dibasihatkan berhati2 dan jangan mengayuh sorang2 bahaya!!!!








Akar2 kayu yang pasti membuatkan anda hilang kawalan..sesunggunhya handling perlu mantap, presure angin perlu ditahap yang optimum, pengendalian gear harus pantas....

Jika anda ada semua itu..pasti kayuhan anda akan lebih bermakna dan yang paling penting anda harus "fit"







GtNik terpaksa memerah segala kudarat yang ada, melihat dari car kayuhannya saya pasti beliau tidak sempat membetulakan kedudukkan gearnya atau mungkin beliau sedang cuba mendaki menggunakan gear rendah...apa-apapun tepuk dada tanya keasyikkannya










Lihat sajalah keaddan track ini...sememangnya menguji segala yang ada, MTB,fitness, kecekapan, kepantasan dan sebagainya...

Jika tayar terlalu keras..pasti MTB anda melambung...jika tayar kekurangan angin, pasti wheelset anda akan cedera..so sebagai rider MTB anda perlu mengkaji serta set up bike mengikut kesesuaian track.











Jika anda tidak "fit" untuk layan track FRIM maka..bye-bye.....

Gtnik sedang cuba menjauhkan jarak dengan para riders yang lain...









Ini track yang paling bahaya, silap kawalan...anda kecundang sambil mencium tanah dan batu, pihak pengurusan harus membuat sesuatu agar track ini senantiasa akan dikunjungi.









Ini lagi satu laluan yang hampir ditutupi dengan pohon2 kayu yang tumbang, mungkin didebabkan ramadhan maka pihak pengurusan FRIM tidak melakukan rondaan.

Harapan dari peminat MTB, pihak pengurusan FRIM dapat berbuat sesuatu..untuk kebaikkan track ini.








Manakala track ini pula, ala2 DH disulami pula dengan batu2 dikiri dan kanan, silap pehitungan menyembah bumi.










Dilaluan FRIM ini pul bukan setakat boleh layan MTB, tapi ramai juga pengunjung yang berjogging serta walking dikawasa2 sekitarnya.

Memang enjoy suasana track ini sesuai untuk seisi kelauraga menghayatinya.









Layan track nie...DH yang panjang, track yang luas dan cantik..DHnya jangan citer la...memang memberangsangkan...jika berkunjung disini pasti akan datang buat kali ke2....










Sedang syok kayuh..terjumpa buah nyor muda...nasib baik ramadhan dah habis..so boleh la jugak tengok2 sambil jeling2 ha..ha...











Wajah2 rider tegar dari pujMAC dan basikal.com
Tersenyum puas dengan kayuhan kali ini.

Kayuhan yang memberangsangkan disampin membakar lemak2 llemang,ketupat,londeh,nasik dagang dll.........








GtNik dari tadi asyik cucuk angin Yeti aje, Yeti punya pressure.....

Memang bagus track nie..boleh cucuk angin agar sahabat MTB lain terasa cuba untuk melarikan diri..kepada yang kuat stamina dan fit..amat menyeronokkan, kepada yg kurang stamina..alamatnya track ni sungguh menyeksakan..






MTB siapa nie..macam pernah kuihat yek..tapi dimana????

Kepada yang sudah biasa beblog dan MTB..pasti mengenalinya....









Yeti cucuk Bro Ken....Bro Ken yang senantiasa mengekori kami....Fulsusnya tidak mengecewakan..to Bro Ken thanks for invited..next tie kita ride lagi....












Bermula lah acara climbing..track yang panjang,landai serta luas membuatkan anda teruja..sesuai yang "fit" dari semua segi











Lagi climbing....












Downhill yang panjang..memang layan...aku dan sharin siap main cucuk2 angin lagi kat DH nie...

Stim habisssss.....










Kami sampai diperkampungan Sungai Buloh...tak terasa yang kami telah berkayuh terlalu jauh..maklum la..lepas gian raya..dah lama tak layan Offroad.

Terlupa semua benda yang bermain difikiran sebelum ini.








Setelah puas enikmati perkampungan sungai buloh dan mengisi air..kami berpatah balik ke FRIM..dikepala tak dah mula teringat yang kami harus climbing dan terus climbing....

Pehhhh!!!!!!!!!..tak mampu nak kata bila kena climbing...








Bro Ken mengekori Bro Adi..kuat jugak bro Adi nie..layan MTB fullsusnya....












Shahrin yang senantiasa berada dihadapan...sehingga aku payah nak shoot ic dia...kuat stamina Shahrin nie...

Climbing.single track,DH semua dia pukul...











Lihat saja dia layan climbing nie...macam layan sambil akan kacang aje....











Kami berkayuh menuju ke penghujungnya...teruja denagn suasana waterfall. Memang tak dapat nak diperkatakan nikmat berkayuh..

Kenikmatan berkayuh nie..bagi peminat TB ialah..waterfall & kedai mamak....








pujMAC rider sedang menikmati kesejukkan air waterfall...memang layan...bila dah penat berkayuh..disulami pulak dengan suasana waterfall..memang syok habis....










Kayuhan kali ini memang memberangsangkan....walaupun dah 1 bulan tak layan kayuh offroad..namun keseronokkannya tiada tolok bandingnya....


FRIM Track (ikhsan dari basikal.com)



Track Elevation (ikhsan dari basikal.com)

PujMAC dengan ini ingn mengucapakan terimakasih kepada Bro Ken @ basikal.com diatas pelawaannya layan Track FRIM...thanks daun keladi..ada masa jemput la lagi...

Untuk gambar seterusnya sila layari "my Facebook assrymn@gmail.com"



1 comment:

  1. Salam...wah..syok jer tgk..kalau saya balik Selayang bleh join..tapi nak call sapa? Sedara Assry ke orang lain.. TQ

    ReplyDelete