Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Sunday, September 27, 2009

Kayuhan FRIM_Offroad

Venue: FRIM Kepong
Roda Golek: 9.15am
Distance: 31.09km
Maximum DH: 44.6km/h
Cycle Time: 2hr 20minute
Total Time: 3hr 5minute

Rasanya semua umat Islam sudah mula pulang ke KL setelah puas bercuti serta meraikan Aidijfitri di kampung halaman masing-masing...bak kata pepatah.."Sireh Pulang ke Gagang". Begitu juga aku selaku pujMAC blogger...sampai saja dirumah terus shoutmix dengan teman2 bertanyakan activity kayuh. Siasat punya siasat..tak dapat nak cari mana rider yang berkayuh. Mulanya teruja dengan Track Broga atas undangan Bro MKA,tapi kecewa diseparuh jalan...buat MKA ("please arrange_ next time"). Setelah segala usaha menemui jalan gagal..so aku setting kepala otak aku yang esok tak kayuh...tapi hatiku tetap tak tenang..dan aku pasti juga..rakan2 yang lainpun sedemikian. Memandangkan tiada activity untuk esok..aku seperti biasa terus layan tengok TV walaupun kepala otak berligar2 mengenangkan untuk esok dan seterusnya....ZZZ..ZZZ..ZZZZZZ....

Seawal pagi dalam pukul 5.30am..aku dikejutkan dengan sms dari handset aku, terkejut aku siapa la yang sms aku subuh2 hari nie...dengan berat hati aku terus capai handset...emmGtNik rupanya..apa yang dia nak pagi2 nie....berdebar hati aku ni......maklum la..jiran....

Message Details:
From: GtNik
"Let Goneee> Salam Aidilfitri Kayuhan Lepas Gian Raya di FRIM Kepong hari sabtu 26hb jam 8.30pagi. Berkumpuldi parkir 200m sebelah kiri selepas pondok pengawal. Golek pukul 9.00am. Laluan dream trail,rover,steroid hill dll. jika berminat sila balas sms ini. Tq.

pujMAC Blogger:
Wah ini sudah bagus..jom aku follow!!!!!!!

GtNik:
Jom..yeti tunggu kul 7am kat aladin, saya park situ,follow dia

PujMAC blogger:
So nak gerak kul berapa?

GtNik:
6.45am

Aku memanjangkan sms aku ke Syahrin, yang sememangnya dah gian nak kayuh

Shahrin_pujMAC MTB
Salam Cief, saya follow he..he..jumpa disana

Seawal 6.45am kami bergerak ke Aladin restoran BK5 dengan hati yang gembira tak terkata. Beginilah kalau dah gian dan stim..tak kira apa nak jadi..lagipun tak ada apa2 schedule ari ni...kayuh tetap nak kayuh. Kami sampai di FRIM Kepong dalam pukul 8am dan setting everthing serta menunggu Bro Shahrin muncul.




Yeti yang sememangnya bersemangat untuk berkayuh..Masih aku ingat lagi sms dar Yeti pada raya ke2 dah layan kayuh dikampung halamannya siap kena kejar dengan anjng lagi.....dalam hati aku mula berkata..mesti fit habis Yeti kali ini.









Setelah bersedia kami menuju masuk ke FRIM sambil mencari Bro Ken @ Kamarul kerana dia Leader pada kayuhan kali ini. Setelah selesai seisi perkenalan kami memulakan kayuhan.

Dari Kiri: Adi, Ken@Kamrul, GtNik, Yeti & Shahrin








Kami mengekori Bro Ken yang mengepalai kayuhan kali ini..

Bro Ken dengan GT fulsus serta SLX group set, memang mantap..nak tahu lebih detail mengenai Bro Ken..boleh layari websitenya basikal.com banyak activity kayuhannya...








Kami mula terjah ke track offroad...aku yang dari belakang dah mula stim to maximum bila tengok offroad...seingat aku ini kali ke2 aku layan track FRIM...tapi kali ini laluanya sungguh berbeza.

Track yang bercanopy serta disulami dengan kicauan burung & unggas..lebih menyedapkan...dan pasti akan lebih teruja.







Permulaan track dah mula climbing....so mungkin disebabkan cuti panjang serta tubuh badan telah disaluti dgn lemang.ketupat serta rendang membuatkan para riders telah tercungap2..nasib baik aku masih maintain serta ada malakukan kayuhan semasa cuti yang lalu.

Bro Ken, memulakan cerita, maybe mengenai Raya Aidilfitri yang lalu..manakala Bro Shahrin seolah tak sabar nak meneruskan kayuhan.





Kami meneruskan kayuhan, dan mula memasuki singel track. Memang teruja habis..track yang dipenuhi akar2 kayu serta pokok dikiri dan kanan...sememangya memerlukan kosentrasi yang tajam.











Bro Adi begitu asyik layan track FRIM nie...kena pulak dia layan dengan MTB Fulsus Giant Anthem memang leleh...

Mengikut katanya..dia baru berjinak2 dgn MTB 1 bulan yang lalu..welcome to the MTB group Bro!!!!







Yeti, sememangnya teruja bila dengar ada kayuhan....namun disebabkan cuti yang lama serta perut yang telah banyak diisi dengan ketupat,lemang serta rendang..maka kayuhan yeti hari ini lebih dikenali "Kayuhan pecah Lemak"...stamina dah menurun..so hati2 yek...

Anda mempunyai waktu 2 minggu dari sekarang sebelum ECC...




gTnIk dengan aksinya, melihat dari raut wajahnya memang teruja habis dia layan track Frim nie...hilang penat drive dari Kelantan ke KL yang hampir mengambil masa 12jam...fuhhhhh (nasib baik kg aku tak sebelah pantai timur..kalau tak drive 24jam agaknya...)

Track yang benar2 menguji skill serta handling. Silap control..alamatnya menjunam gaung la...

Amacam..bila nak repeat lagi?????





Lihat saja keadaan track FRIM...yang penuh dengan akar2 kayu serta batu-batu, pressure tayar amat penting apabila nak layan track FRIM nie...tidak boleh terlalu keras dan juga kurang angin.

Harus pandai mengelak akar2 yang kasar agar tayar tidak pancit







Sememangnya skill,handling amat penting dalam melayari track FRIM ini...sesungguhnya batu-batu yang tajan serta akar2 yang timbul...mungkin disebabkan hakisan air hujan.

Pada pendapat saya pihak perhutanan FRIM harus memberi lebih tumpuan kepada track ini agar terpelihara serta senantiasa mandapat kunjungan orang ramai.






Aku tertarik sekali di part ini...jika handling bagus sudah pasti anda mampu melepasinya..jika tidak anda akan kecundang sambil memberi sedikit ciuman kepada batu2 yang terdapat dikiri dan kananya.

Dari itu berhati berkayuh di track FRIM...layannnnnnn














Kami berehat sebentar sambil melepaskan penat lelah, setelah puas dan teruja layan track ini.

Manakala aku sibuk mengmbil beberapa keping gambar buat tatapan didada blog.

Manakala Bro Shahrin masih sibuk melayan sms yang keluar masuk.






Dikesempatan ini aku mengambil peluang berkonsi cerita dengan Bro Ken & Adi.

Kuat jugak stamina mereka nie...by the way..kami enjoy dengan kayuhan kali ini.

Next time kita layan lagi Bro Ken & Adi..







Lihat saja keasyikkan track ini. Kiri-kanan batu, manakala track pula dibaluti dengan akar2 kayu serta daun2 kering...

Sememangnya pasti membuat anda merasa teruja dan menaikkan syahwat bila layan rack ini, nak tahu keasyikkanya..tanya pada rider yang sudah melaluinya.






Cuba anda perhatikan disebelah kiri track ini...hanya bersebelahn dengan gaung...silap handlin...kecundang lah...

Kpeada new rider..dibasihatkan berhati2 dan jangan mengayuh sorang2 bahaya!!!!








Akar2 kayu yang pasti membuatkan anda hilang kawalan..sesunggunhya handling perlu mantap, presure angin perlu ditahap yang optimum, pengendalian gear harus pantas....

Jika anda ada semua itu..pasti kayuhan anda akan lebih bermakna dan yang paling penting anda harus "fit"







GtNik terpaksa memerah segala kudarat yang ada, melihat dari car kayuhannya saya pasti beliau tidak sempat membetulakan kedudukkan gearnya atau mungkin beliau sedang cuba mendaki menggunakan gear rendah...apa-apapun tepuk dada tanya keasyikkannya










Lihat sajalah keaddan track ini...sememangnya menguji segala yang ada, MTB,fitness, kecekapan, kepantasan dan sebagainya...

Jika tayar terlalu keras..pasti MTB anda melambung...jika tayar kekurangan angin, pasti wheelset anda akan cedera..so sebagai rider MTB anda perlu mengkaji serta set up bike mengikut kesesuaian track.











Jika anda tidak "fit" untuk layan track FRIM maka..bye-bye.....

Gtnik sedang cuba menjauhkan jarak dengan para riders yang lain...









Ini track yang paling bahaya, silap kawalan...anda kecundang sambil mencium tanah dan batu, pihak pengurusan harus membuat sesuatu agar track ini senantiasa akan dikunjungi.









Ini lagi satu laluan yang hampir ditutupi dengan pohon2 kayu yang tumbang, mungkin didebabkan ramadhan maka pihak pengurusan FRIM tidak melakukan rondaan.

Harapan dari peminat MTB, pihak pengurusan FRIM dapat berbuat sesuatu..untuk kebaikkan track ini.








Manakala track ini pula, ala2 DH disulami pula dengan batu2 dikiri dan kanan, silap pehitungan menyembah bumi.










Dilaluan FRIM ini pul bukan setakat boleh layan MTB, tapi ramai juga pengunjung yang berjogging serta walking dikawasa2 sekitarnya.

Memang enjoy suasana track ini sesuai untuk seisi kelauraga menghayatinya.









Layan track nie...DH yang panjang, track yang luas dan cantik..DHnya jangan citer la...memang memberangsangkan...jika berkunjung disini pasti akan datang buat kali ke2....










Sedang syok kayuh..terjumpa buah nyor muda...nasib baik ramadhan dah habis..so boleh la jugak tengok2 sambil jeling2 ha..ha...











Wajah2 rider tegar dari pujMAC dan basikal.com
Tersenyum puas dengan kayuhan kali ini.

Kayuhan yang memberangsangkan disampin membakar lemak2 llemang,ketupat,londeh,nasik dagang dll.........








GtNik dari tadi asyik cucuk angin Yeti aje, Yeti punya pressure.....

Memang bagus track nie..boleh cucuk angin agar sahabat MTB lain terasa cuba untuk melarikan diri..kepada yang kuat stamina dan fit..amat menyeronokkan, kepada yg kurang stamina..alamatnya track ni sungguh menyeksakan..






MTB siapa nie..macam pernah kuihat yek..tapi dimana????

Kepada yang sudah biasa beblog dan MTB..pasti mengenalinya....









Yeti cucuk Bro Ken....Bro Ken yang senantiasa mengekori kami....Fulsusnya tidak mengecewakan..to Bro Ken thanks for invited..next tie kita ride lagi....












Bermula lah acara climbing..track yang panjang,landai serta luas membuatkan anda teruja..sesuai yang "fit" dari semua segi











Lagi climbing....












Downhill yang panjang..memang layan...aku dan sharin siap main cucuk2 angin lagi kat DH nie...

Stim habisssss.....










Kami sampai diperkampungan Sungai Buloh...tak terasa yang kami telah berkayuh terlalu jauh..maklum la..lepas gian raya..dah lama tak layan Offroad.

Terlupa semua benda yang bermain difikiran sebelum ini.








Setelah puas enikmati perkampungan sungai buloh dan mengisi air..kami berpatah balik ke FRIM..dikepala tak dah mula teringat yang kami harus climbing dan terus climbing....

Pehhhh!!!!!!!!!..tak mampu nak kata bila kena climbing...








Bro Ken mengekori Bro Adi..kuat jugak bro Adi nie..layan MTB fullsusnya....












Shahrin yang senantiasa berada dihadapan...sehingga aku payah nak shoot ic dia...kuat stamina Shahrin nie...

Climbing.single track,DH semua dia pukul...











Lihat saja dia layan climbing nie...macam layan sambil akan kacang aje....











Kami berkayuh menuju ke penghujungnya...teruja denagn suasana waterfall. Memang tak dapat nak diperkatakan nikmat berkayuh..

Kenikmatan berkayuh nie..bagi peminat TB ialah..waterfall & kedai mamak....








pujMAC rider sedang menikmati kesejukkan air waterfall...memang layan...bila dah penat berkayuh..disulami pulak dengan suasana waterfall..memang syok habis....










Kayuhan kali ini memang memberangsangkan....walaupun dah 1 bulan tak layan kayuh offroad..namun keseronokkannya tiada tolok bandingnya....


FRIM Track (ikhsan dari basikal.com)



Track Elevation (ikhsan dari basikal.com)

PujMAC dengan ini ingn mengucapakan terimakasih kepada Bro Ken @ basikal.com diatas pelawaannya layan Track FRIM...thanks daun keladi..ada masa jemput la lagi...

Untuk gambar seterusnya sila layari "my Facebook assrymn@gmail.com"



Thursday, September 24, 2009

Kayuhan Offroad Raya Ke3

Venue: Felda Jelai N9
Time: 7am
Distance" 39.7kolometer
Maximum DH: 60km/h

Alhamdulillah Syawal menjelma, saya pecaya semua para muslim & muslimat sibuk meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarga yang tersyang, begitu jugak dengan gang pujMAC. Aku kali ini beraya di N9 Darul Khusus, dah sememangnya aku akan bergilir2 berhari raya dengan keluarga. Selesai sembahyang Hari Raya Aidilfitri. Aku selaku anak sulung dlm family sebelah wife aku terus mengajak adik beradik yg lain menziarahi pusara "ARWAH AYAH MERTUA" yang telah kembali kerahmatullah pada tahun 1999 sambil membacakan "SURAH YASSIN" dan aku jugak tidak melepaskan peluang membacakan "Surah YASSIN" buat "ARWAH AYAHKU" yang telah kembali kerahmatullah pada tahun 1997 dan selamat disemadikan di "TANAH SUCI MEKAH" selesai di pusara kami bergerak kerumah saudara-mara sebelah arwah ayah mertuaku...selaku anak sulung aku kena menjadi leader dari pelbagai sudut..walaupun dalam keluargaku..aku adalah yang bongsu.

Pada syawal yang ke2 kami menziarahi keluarga sebelah ibu mertuaku..setelah penat beraya sakan..pd sebelah petangnya aku mengambil peluang ronda2 sekitar kampung..tiba2 hatiku terpandang akan kawasan yang berbukit-bukau..yang benar2 menarik perhatianku serta menaikkan syahwat aku..emmm..otak mula berputar2 melihat keadaan sekeliling. Dalam hatiku..aku mula mencari peluang untuk berkayuh..memandangkan cuti kali ini aku bawak MTB aku sekali...

Setelah berbincang dgn family..pada raya ke3, program hanya akan berjalan selepas tengahari..so aku apa lagi..pucuk dicita ulam mendatang..esok pagi mesti layan...

Seawal 5.30am aku dah bangun.selesai menunaikan sholat subuh..aku breakfast..dan tepat jam 7am aku mula menunggang basikal aku menuju ketempat yang menjadi ingauan...



Tepat jam 7.15am..aku mula terjah kekawasan kebun getah Felda Jelai 4, kawasan kebun ini telah mengalami penanaman semula..anak2 getah masih kecil..so aku kena habis sebelum pukul 10am..kalau tak mahu terbakar badan aku dengan kepanasan..

Track yang sememangnya menjadi idaman dan igauan kepada peminat MTB







Pemandangan sekeliling yang sememangnya menarik diwaktu pagi..cuaca yang terang dan memihak kepada aku kali ini....kurniaan ALLAH S.W.T sempena adilfitri...

Bila cuaca menarik mudahlah para muslimin dan muslimat berkunjung serta zarah-menziarahi.









Track yang sememangnya menarik..so aku mula climbing ada bukit yang pertama..dalam hati tertanya2 mampukah aku climbing..memandangkan dah lama jugak tak berkayuh "OFFROAD" sempena ramadhan yang lepas.

Ternyata kayuhan malam sempena ramadhan sedikit sebanyak memberi stamina kepada aku.






Track yang penuh dengan climbing dan DH..jalan yang cantik membuatkan aku lagi teruja layan..DHnya sungguh memberi keyakinan untuk aku layan...pehhhh..kalau semua gang pujMAC ada mesti haru biru dibuatnya...

Lihat sajalah tracknya..emmm..amacam ada berani?????







Pilih saja laluan mana yang hendak dituju, bukit mana yang hendak diclimbng...tepuk dada tanya selera...

Semuanya bukit..yang cantik pemandangannya..aku lagi bertambah semangat untuk climbing dan terus climbing...

Track seperti ini tidak terdapat diKL, kalau ada seiras2 dengan track Jamboree Kedah.





Climbing bukit ke2...ternyata..stamina aku diuji sepenuhnya...

Bukit yang panjang serta mendongak..tak dapat aku nak lukislan didada blog...memadailah aku sediakan picture aje buat and sendiri tafsirkan....

Bak kata orang melihatkan keadaan track ini tak ubah seperti bebelanja sewaktu nak berbuka dibazar ramdhan..tengok semuanya sedap dn terliur...




Bayangkan jika matahari tepat dikepala..sememangnya akan pasti menitiskan peluh jantan..maklum la..tidak terdapat langsung tempat berteduh...bak kata orang seperti track sahara.

Berdetik hati aku..bagaimana la semasa Felda ini dibuka...maksud aku sewaktu mereka meneroka felda ini..






Ditrack ini aku layan DH...mengikut dari sukatan meter aku..sememangnya mencecah 60km/h...pehhh..memang layan....aku belasah to maximum..brake XT hidroku lansung tak ku cuit...save aku punya pad brake....

Kata orang apa barang kalau layan DH tekan2 brake...







Aku teruskan climbing bukit ke3..yang sememangnya panjang dan landai....setiap bukit yang bakal kudaki..pastikan ku rakam setiapnya..buat tatapan gang pujMAC dan peminat MTB...kepada yang meminati "X"country..sememangnya menaikkan syahwat mereka....








Lihat saja keadaan tracknya...pasti meleleh air liur peminat MTB!!!! tak ubah sekali pandang macam track Formula 1 Sepang...












Nie lagi satu....track yang panjang,landai serta climbing....

Tepuk dada tanya selera..adakah terbuka nafsu anda melihat track nie?..Sendiri tanya sendiri jawab la....









Ni lak bukit ke4 untuk climbing...pehh sememangnya...tidak sia2 aku menukarkan wheelset aku dari Mavic Crossride to Fulcrum Metal 5..climbing smooth habis...

Memang aku tak sangka..kayuh menggunakan wheelset baru nie..memang smooth..patut la..Giant a.achik tu hari masa layan Putrajaya..laju semacam aje...






Lihat sajalah DH..emmm sememangnya layan...di sini aku tak pasti berapa speed DH..maklum la teruja abis layan DH...leleh aku cakap kau..

Climbing....DH...climbing..DH..pehhhh bestttt










Sedang aku syok layan track nie tiba2 aku lost direction..kayuhan aku terbantut disebabkan jalan yang terputus..namun aku tak putus asa apa lagi..junjung bike and continue...











Climbing bukit ke5...memang best....panas mula mencucuk kepala..walaupun jam menunjukkan hampir pukuk 8am....

Setiap bukit yang didaki menpunyai keistimewaan dan keasyikkan yang tersendiri..yang tak mampu diperkatakan...








Nie lagi DH...amacam..best...terliur tak?..Ada berani nak layan???


He..he..yang pasti selepas nie bla balik kg..mesti bawak MTB..he.he...









Climbing dibukit ke6 emmm...tak mampu aku nak ceritakan lagi..yang past setiap bukit,,mempunyai keunikkannya...

Dah la climbing..siap corner lagi lepas corner..climbing lagi.pehhhh..tak sia2 aku beli Wheelset Fulcrum Metal 5..dengan XTR Rotor...

Wheelset nie kayuh emand soth..Rotor XTR lak...brkake rasa "ABS" aje...





Aku tak lepaskan peluang yang ada..walaupun layan sorang2..kenangan tetap diambil buat tatapan didada blog...

Secara tiba2 teringat anak2 buah pujMAC..selaunya muka2 mereka menghiasa dada blog..tapi kali ini..turn aku lak...








Climbing dibukit yang ke7...tinggi..yang pasti menyeksakan....memang layan habis...

Teringat aku akan track balak ciptaan Lontruth...memang teruja...lebih kurang ca track balak juga la Felda Jelai nie...









Bila aku lihat track ini tiba2 aku teringatkan track balak di Jamboree Kedah yang lalu..yang pasti bersebelah dengan gaung..silap control mahu ke gaung dibuatnya..memandangkan aku layan track nie sorang..so aku harus berhati2...

Risau lak...mana la tahu..silap2 dida akhbar muncul muka aku..." Anak Muda dicAri...disyaki..kecundang sewaktu berkayuh" riasu gak aku...





Sedang aku syok layan track nie..tiba2 aku merasakan seolah aku macam nak pitam..dan muntah2...aku ambil keputusan berehat sebentar..tak pernah dalam sejarah aku berkayuh..aku nak pitam...

Aku mengambil langkah berjaga2 memandangkan aku sorang dihutan nie...aku berehat...sebentar...sambil tertanya2 kenapa dan mengapa...






Aku tak pasti mengapa aku nak pitam..mungkin kejutan berkayuh diwaktu siang memandangkan...1 bulan aku tak berkayuh diwaktu siang..atau mungkin kerena perut dah didisi dengan lemang,kuih muih serta rendang...maybe tak balance agaknya...

Terbayang dikepala otak aku, macamana la.dgn orang yg tak pernah bersukan...perut diisi secukup2nya selepas ramadhan....hiushhhh





Setelah berehat lama dan aku rasakan yang aku dah stabil..aku teruskan kayuhan aku..nasib abik DH..DH nie kalau tak silap aku..aku layan to maximum..mengikut meter aku..speed 62km/h...memang layan..sedikitun aku tak sentuh XT Hidro brake aku...

Malah siap buat aksi2 yang mendebarkan..kalau fulsus..mesti best layan..tapi bagi aku la..yg penting keberanian...






Nie lagi layan..best...tak mampu nak aku coretkan..cukup la sekadar picture buat tatapan kawan2...yang jauh diperantaun....











Climbing di bukit ke8...maybe final bukit agaknya..kerana aku dah mula terasa seolah hilang kawalan...

Namun semangat berkayuh aku kuat...tapi yang heran kenapa bila aku masuk Jamboree aku tak sekuat ini...adakah wheelset aku?..ataupun mental aku tak kuat bila lihat ramai yang dok melepak dibahu2 track?????






Melihatkan keadaan fizikal aku yang aku rasakan kurang mengizinkan aku mengambil keputusan untuk menamatkan kayuhan aku..walaupun meter aku dah mencecah 31kilometer...aku mengambil keputusan pulang mengikuti jalan raya..memandangkan aku fikir ini adalah jalan yang landai...








Ternyata tekaan ku salah..kayuhan aku di road..sememangnya menyiksakan juga..lihat saja...lah..climbing...& climbing...












Dan climbing lagi..pehhhh..teruji fizikal aku..namun aku teruskan jugak...dan sedikit pengalaman di setiap Jamboree aku gunakan untuk mengharungi kayuhan ini...












Climbing lagi....perbezaan climbing road & offroad ternyata berbeza...nak tahu apa bezanya..tanyalah kepada para MTB yang lain...











Sayup aku tengok track nie..sememangnya memenatkan...

Peluh terus menitik dan menitik...











Sayup pemandangan kayuhan road nie...berbeza dgn offroad..sesungguhnya offroad lebih menyeronokkan dari road.












Aku hampir dipersimpangan diantara Tampin & Gemas....













Finally aku sampai di permulaan aku...Nyata aku teruja dengan track ini..setiap kayuhan aku..menyeronokkan..kalau ada masa lagi..pasti ku ulang di syawal ke 4.









Sememangnya...susah nak pisahkan MTB ni dengan apa2 begitulah kalau dah minat....setiap peluang diambil dengan sebaik mungkin, tanpa mengira waktu dan hari.

Kayuhan Syawal kali ini pasti mengamit memori aku. Akhirkata dari aku selaku pujMAC Blogger "MENGUCAPKAN SELAAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"