Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Thursday, January 21, 2010

Kayuhan KESAS Highway

Date:19_January_2010
Distance:53kilometer
Total Rider: 13

Rasanya dah lama betul pujMAC tak layan Kayuh KESAS Highway last layan bulan July 2009 oleh kerana dah lama tak jenguk track KESAS, pujMAC mengambil keputusan berkayuh di KESAS Highway cuma meeting pointnya saja berubah. Lagipun setelah track Putrajaya telah dibanned selama 3 bulan oleh rider2 pujMAC.

Kali ini bertambah ramai yang mengikuti Kayuhan anjuran pujMAC, kalau tak silap malam tu seramai 13 rider yang datang nak meneroka Kayuhan KESAS Highway. Ada rider lama tak kurang jugak rider baru.




Manakala pujMAC rider yang tinggal disekitar Puncak Jalil berkayuh menuju Awan Besar. Semakin berani pujMAC rider kayuh jauh2 nie.

Total distance malam tu ialah 53kilometer, dengan avearage speed 35km/h.






Sampai saja di meeting point Awan Besar kelihatan sudah ramai rider2 yang menunggu dengan penuh semangat. Terimaksih diatas sambutan para rider's.





Rakan MTB dari S/Alam turut serta berkayuh bersama pujMAC di Awan Besar. Sedang dok aku usha2 salah seorang Bro baju putih tu..baru aku teringatkan dia semasa layan FRIM dengan Gang Utara...tapi kali ini penampilannya sudah jauh. Jentera FUJI yang baru pasti menambahkan semangat beliau berkayuh..Caya la Bro...









Bro Razd dan wifenya Saidatul (berdasrakan fbnya) serta salah seorang rakannya turut serta dalam Kayuhan KESAS Highway.
Dah lama dia nak follow cuma masa tak mengizinkannya untuk turut serta dalam Kayuhan KESAS Highway.








Bro Zuraidy dari Team Gerek Gunung turut serta pada malam itu. Menurut dari infonya beliau telah berhijrah dan bertugas di S/Alam. Rasanya ini sudah kali ke2 belaiu mengikuti Kayuhan pujMAC.










Bro Lob bersama jentera barunya Bianchi sempat possing maut disamping Cik Da dan Fid.
Manakala Cik Da pula siap set up tayar slick malam tu..maybe nak race denagn Bro Lob agaknya...












IBIS, David & Lob..sempat possing lagi...sebelum memulakan kayuhan....











Tepat jam 9.35pm...kami memulakan Kayuhan menuju ke pusingan U di Hicom...bagi yang dah biasa dengan road KESAS ini bukanlah sesuatu yang memenatkan..tapi bagi new rider..sudah pasti akan meletihkan...tapi bila melihat ramai rider's pada malam itu semuanya teruja dan bertambah semangat.....







David selaku Leader malam itu..sememangnya akan memecut tanpa menghiraukan rider yang lain...namun bagi kami..ini adalah sesuatu yang biasa dalam MTB. Disinilah peranan Shahrin selaku runner dan GtNik selaku sweeper menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan semua rider tidak terlalu jauh dari kumpulan. Melihatkan jarak yang sudah terlalu jauh..kami mengambil keputusan berehat sambil menunggu rider2 yang lain.




Perjalanan menuju ke Shah Alam. Kepada yang biasa melalui jalan KESAS Highway sudah pasti berkata..tak mungkin mampu berkayuh sejauh ini..tapi inilah hakikatnya kepada peminat2 MTB bukanlah sesuatu yang mustahil..











Dipersimpangan Summit..berhampiran USJ. Bila ramai2 dok berhenti kat Trafic light semua pemandu kenderaan tersenyum dan ada jugak yang seolah2 tidak pecaya ada ramai berkayuh di waktu malam...








Selepas persimpangan summit rider dah mula start climbing..nampak seperti landai..tetapi sebenarnya climbing yang panjang sudah pasti menderakan para rider..disinilah kebijaksanaan rider mengunakan shifter dan gear.
Dalam MTB..penggunaan gear sememangnya amat penting..agar tenaga tidak banyak akan keluar.





Coretan2 dan sedutan gamabar semasa diperhentian Petronas berhampiran Hicom, nak tahu lebih detail mengenai gurauan dan jenaka layari FB pujmac member's..macam2 comment terdapat didalamnya....







Tepat jam 10.30 kami samapi berhampiran dipunsingan Hicom...sebelum membuat pusingan kami sempat berehat sambil menceritakan suasana kayuhan yang dilalui. Waktu begini selalunya dipergunakan oleh rider2 bertukar2 pendapat, menceritakan mengenai barangan basikal dan ada jugak yang mengambil keputusan tawr menawar mengenai barang2 basikal..Yang pasti malam itu seperti ada sesuatu yang sudah hampir bertukat tangan..siapa??? cari sendiri la...





David...apa kau buat tu? Macam ada seperti yang tak puas hati..tak perlu repair David..just order aje yang baru...yang lama tu trade in...










David malam tu dah nampak saingan dia..Memang kuat kayuh Bro Zuraidy nie..lagipun sedia maklum rider2 dari utara nie semuanya kuat2..mungkin sebab selalu panjat Gunung Jerai..malam tu David mula bersaing dengan Zuraidy di Kayuhan KESAS Highway.
























pujMAC sweeper...sepatutnya tugas beliau pada tahun 2010 dipindahkan ke Zixon..tetapi memandangkan Zixon tidak dapat hadir..GtNik terpaksa memangku tugasanya kembali...











Setelah puas merehatkan diri dan tenaga kemabali ditahap normal..kayuhan pulang ke Awan Besar diteruskan...semasa disinilah satu kemalangan ngeri berlaku diantara Bro Lob dan Gang dari S/Alam...









Bro Lob kecundang di Kayuhan pulang..sehingga memeningkan kepalanya...melihat dari pandangan aku selaku saksi..Bro Lob cuma mengelak bonggol di laluan motosikal..lantas terus menuju kearah salah seorang rider yang berhenti di tepinya.

Kata Bro Lob...aku beli roadbike sebab tak nak jatuh la..tapi rupa2nya jatuh jugak...






DIantar punca2 yang menyebabkan Bro Lob jatuh adalah megelak siput babi yang bergerak secara kumpulan tanpa memakai blinkker...moral of story dari Bro Arash..kalau jalan perlahan jangan cuba melintas di laluan KESAS Highway"...



Setelah semuanya dlm keadaan yang sempurna kayuhan pulang harus diteruskan..disaat2 akhir Kayuhan..rider2 dah mula merempit..untuk memsatikan cepat sampai dan boleh isi perut yang dah terlalu lama kosong...










Tepat jam 11.30pm..kayuhan kami sampai kepenghujungnya...dan sempat merakamkan "GROUP FOTO" sorry la..tak mampu aku nak tulis nama2 semua rider..memadailah dengan melihat saja...













Wajah2 rider yang tersenyum puas sambil menceritakan pengalaman berkayuh...




Setelah semuanya selesai dan masing2 menuju pulang manakala Gang berkayuh dari PUJ meneruskan kayuhan menuju kedai mamak di area Kinrara...hasil idea dari Bro IBIS.







Sedang dok lepak2 kat mamak Bro Lob menceritakan pengalaman beliau semsa menunaikan Haji..sesuatu yang baru dan pengalaman bagi kami yang masih belum menjejakkan kaki ke Tanah Suci MEKAH...inilah satu pengalaman yang cukup baik dan pernah aku dengar dari mulut seirang Hamba ALLAH yang bergelar Haji semasa menunaikan rukun Islam yang ke 5. Sesungguhnya pengalaman beliau sedikit sebanyak membuatkan kami tersentak dan tak kurang juga disambut dengan gelak ketwa. To Bro Lob thanks for sharing the experience.


Sedang dok lepak2 sambil mendengar celoteh dari Bro Lob..tiba2 speaker radio dari kedai mamak berkumandang satu lagu nostalgia yang menyentuh hati dan perasaan IBIS..dan dengan penuh confident dan berlagak ala2 macho beliau terus menjawab..."Wahhh!!! best betul lagu dari kumpulan Alycats"
Dengan pantas terus Bro Lob kata..bukan Alycats la..itu lagu dari Kumpulan Headwin...kami yang dok mendengar terus menyambut teguran Bro Lob dengan ketawa sehingga mengalirkan air mata...

Diantara petikkan dari FB mengenai IBIS dan Alycatsnya....
Asri Ghani
teringat aku lagu allycat
MNazz Riy
huhu...suka2 dia jer hentam nama lagu....aiyakkkk!!!
Assry Nasir
dengan wajah yang serius sambil mengusap janggutnya..meneka lagu Allycats...lantas..jawapannya disambut dgn ketawa sambil terguling2...lawak betul la kau ni IBIS..
MNazz Riy
jawapan yg sungguh terpesong ibarat memasang rim yg terbalik oleh Cikda....wakakaka....
Assry Nasir
Bayangkan kalau rim tu boleh masuk..cam ner Cik Da nak brake?????????..:(
MNazz Riy
Angkat kedua2 kaki kedepan...selit celah fork...maka jadila V-brake....
Nik Mar
awe fanatik alleycat rupenye..jiwang karat..hehehe





No comments:

Post a Comment