Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Thursday, November 26, 2009

Kayuhan Putrajaya / cyberjaya

Tarikh: 24_November_2009
Distance: 27kilo
Maximum: 55km/h



Rider2 pada malam itu:-
Awis, Bro Offshore, Ken, YetiK, XCRider, Jayen, assry, Achik(basikal aje), David, Cik Da, Cupin,Shahrin,Haitsan & GtNik dan beberpa rider lain.
Total rider's pada malam itu adalah 16 orang. Terimakasih kerana sudi berkayuh dengan team pujMAC.







Aksi rider pada malam tu yang sememangnya dah tak sabar nak berkayuh..dalam kepala hotak semua dok fikir nak kayuh "ROAD" or "OFFROAD" dari jangkaan aku lebih ramai yg gemar berkayuh "OFFROAD" berbanding dengan road.




Yang pasti Cik Da sudah mempunyai sepasang kasut yang sesuai untuk berkayuh. Syabas dan tahniah..lepas nie kena tukar lampu dan juga blinkker...lepas tu slow2 kasi upgrade from 6 speed to 9 speed baru la naik bukit boleh tersenyum simpul...







Setelah semuanya selesai..kami memulakan kayuhan, kali ini permulaan kami tersekat lagi disebabkan ada rider yang baru sampai, untuk tidak mengecilkan hatinya, walaupun hati kami sedikit membara, kami tetap memberinya ruang.

Kepada rider's lain kali pastikan tepati masa, bak org kata biar kita tunggu org..jgn org tunggu kita...INSYAALAH..pasti semua org suka..





Tepat 10.00pm kami memulakan kayuhan kami sambil bebrbual mesra..biasa la..lambat pick up..kena pula cuaca yang sedikit dingin





Achik yang sentiasa menjalankan tugasannya, pada malam itu cahaya flash sentiasa memancar..cam dah rasa pro sedang berkayuh aje..








Aksi2 rider's pada malam itu. Oleh kerana jalanraya diPutrajaya diwaktu malam sangat sunyi..MTB rider mula bermaharajalela...


pujMAC rider tegar menunjukkan aksi semasa zaman remaja mereka, secara tak langsung ada yang mengingatkan zaman2 azura, zaman bohjan dan zaman mat rempit

Bila dah ramai, kena pulak ada yang memetik..so inilah jadinya..tapi amalan ini hanya boleh dilakukan di Putrajaya yang memandangkan kurang kenderaan (jangan lakukan diKayuhan KLCC)




Kami mula terjah ke "OFFROAD" ada yang teruja, ada yang gementar dan ada yang dah mula nak race masa DH..



Apabila semua rider's sudah bersedia untuk berkayuh di "OFFROAD" dan mendapat signal lampu hijau dari Sweper_GtNik maka kayuhan OFFROAD bermula.

Kepada yang pernah mengikuti kayuhan kami pada minggu lepas, mungkin sudah biasa..manakala yang 1st time sedikit goyang...





Setiba disini satu selekoh yang agak tajam, dan pandangan yang diluar jangkaan salah seorang rider kecundang oleh kerana terlalu laju, jalan yang dipenuhi pasir membuatkan rider menyembah dan hampir memberi satu ciuman yang mengasyikkan pada "jalan tar" dimalam itu.



Hasil dari skill jatuhnya Cik Da mendapati lututnya luka dan tidaklah membahayakannya kerana lukanya masih jauh dari denyutan jantungnya. Yang pasti Cik Da mampu meneruskan kayuhan.

pujMAC rider's pada malam itu menjalankan tugas dengan sebaiknya. Tahniah buat pujMAC member's yang memberi bantuan tanpa mengira batasan, yang pasti rawatan harus diberikan sebaik mungkin agar kayuhan dapat diteruskan.




Setelah rawatan diberi, maka basikal perlu di perbetulkan, disinilah semangat setiakawan terpancar pada rider MTB tanpa mengira batasan yang pasti semangat berkayuh harus bersama.


Kami mula masuk ke ladang kelapa sawit, yang pasti pehhh..gelap gulita..disinilah pengalaman berkayuh di ECC digunakan dengan sebaik mungkin.

Para rider saling rapat merapati, untuk memastikan lampu dapat menyuluh laluan kami.

Yang pasti next week bawa lampu yang cukup terang..kalau ada "GASOLIN" lagi bagus...





Kepada yang sememangnya teruja dengan OFFROAD...ini bukan masa nak fikirkan siang or malam..bagi mereka sama saja..janji tahap stim dapat dilepaskan...




Kalau difikirkan..sudah la gelap, offroad, lepas tu climbing pula...fuhhh...memang best.

Jayen yang seolah2 baru keluar dari pusat tahan..melepaskan nafsunya yang dah lama tak berkayuh....nampak seolah2 beliau seakan2 pancit...tapi semangat mengatasi segalanya..






Wajah2 rider's selepas climbing..puas, rasa nak muntah, enjoy dan sebagainya...namun yang pasti semua rider's happy. Kayuhan offroad bersama dengan pujMAC tidak perlu bimbang kerana pujMAC menyediakan leader, cameraman, runner serta sweper..so soalan akan ditingalkan tidak termasuk dalam diari pujMAC.


Tugas sweeper pada malam itu silih berganti diantara Shahrin & GtNik, manakala tugas runner silih berganti diantara Jayen & Karenman...inilah semangat berpasukan yang diterapkan dalam pujMAC team "SYABAS"

Yang pasti malam itu pujMAC cameraman tak lepas2 mengeluarkan ayat bisa suspennya. Diantara ayat2 yg didengar.."kenapa bontot aku sakit nie..patutlah..ekor keras.."





Masing-masing terpncar wajah kepuasan...maklim la dah lama betul tak berkayuh OFFROAD diwaktu malam..insyaallah program OFFRAD diwaktu malam akan muncul sedikit masa lagi





Inilah wajah2 rider tegar pujMAC, pantang dipetik dan saling panas- memanas yang pasti kayuhan malam itu tidak kesunyiann.

Achik,Shahrin, Karenman & GtNik seolah2 ada sesuatu yang membuat mereka tersengih...





Petikkan dari camera achik memang mengasyikkan, kayuhan malam yang senantiasa mempunyai kelebihan dari segi tenaga memandangkan cuaca yang dingin, namun ciri2 keselamatan harus dipertingkatkan, lampu cukup terang, blinkker sangat penting.



Mengelilingi tasik yang terbiar...memang menarik berkayuh OFFROAD diwaktu malam, tenang, dingin dan tak mampu diucapkan..hanya yang melaluinya saja yang dapat merasaknnya.

Jika berminat dan teringin..apa kata next week follow pujMAC melayari track Putrajaya / Cyberjaya.






Wajah2 rider pada malam itu....Xc_Rider orang kuat masa kat ECC kalau tak silap dapat no 16 or 26..thanks for joining us...




Cik Da yang tak pernah kecewa climbing bukit di Putrajaya. kehadiran Cik Da benar2 mengugat para rider lelaki apabila climbing bukit nie...

Kepada yang menolak...pastikan jgn berkayuh disisi Cik Da...nanti Cik Da sound "tolak banggg"






Wajah kepuasan apabila berjaya mendaki bukit yang paling tinggi pada malam itu, ketinggiannya tak dapat diukur..






Karenman berusaha climbing, tanpa rasa kepenatan...walaupun dah lama tak berkayuh disebabkan tugas..namun kekutannya masih mampu menaikki bukit ini.








Perjalanan hampir ke penamatnya..masing2 berehat sambil melepaskan kepenattan dan tak lupa pula yang melepaskan hajat masing2...




Bro haitsan, thanks joining us...untuk mengetahui lebih detail mengenainya silayari
http://haitsanspmholder.blogspot.com/ dan mana2 rider yang tinggal berhampiran dengan kawasan sewaktunya boleh la ikuti kayuhan beliau di UPM.









Bro Ken dari basikal.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau dan kayuhan2 beliau sila layari http://beskal.com dan bagi anda yang tinggal dikawasannya boleh la mengikuti kayuhan beliau.







Insyaallah pujMAC akan mengadakan kayuhan Putrajaya / Cyberjaya pada 01_12_2009 kepada yang berminat untuk mengikuti kayuhan ini dipersilakan cuma harapan saya agar menepati masa. Sila beri lebih perhatian.