Sekali lagi pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih diatas sokongan para peminat MTB sempena anjuran pujMAC Nite Ride "OFFROAD" Kota Warisan yang lalu. PujMAC juga telah menyediakan ruangan "VOTE" kepada peminat MTB untuk memberi feedback sempena kayuhan2 yang lalu.
Hasil dari "VOTE" yang disediakan rata2 peminat MTB bersetuju agar pujMAC Nite Ride "OFFROAD" dianjurkan setiap bulan. Berdasarkan feedback yang diberi, pujMAC sedang berusaha dengan Bro Kamarul dari Kota Warisan untuk menganjurkan kayuhan Nite Ride OFFROAD setiap bulan. Pihak kami sedang rancak mengusahakan agar Kayuhan ini akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Kepada peminat MTB duharap dapat memantau pujMAC blog untuk mendapatkan info2 yang terkini.
Disamping itu juga pujMAC ada memberi peluang kepada peminat MTB memberi pendapat & tahap pengendalian yang dijalankan, berdasarkan feedback yang diberi, rata2 amat berpuashati dengan cara pengendalian dari pujMAC. Insyaallah kami akan cuba memperbaiki dari masa kesemasa.
Sekali lagi pujMAC mengucapkan ribuan terimaksih kepada semua peminat MTB yang memberi pandangan,galakkan dan penyertaan berkayuh secara langsung dan ataupun tidak, dangan harapan agar sukan MTB akan terus menapak dan akan bertambah dari masa kesemasa.
Terimakasih dari pujMAC Team Member's
No comments:
Post a Comment