Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Thursday, November 19, 2009

Kayuhan PUTRAJAYA / CYBERJAYA

Date: 18_November_2009
Distance: 30kilometer
Maximum DH: 32km/h

Kali ini pujMAC mengatur kayuhan sekitar putrajaya / cyberjaya. Kayuhan yang seakan hampir terbatal memandangkan hujan dari petang hingga hampir kemalam. So aku masih berharap agar kayuhan ini dapat diteruskan. Tiba2 aku menerima satu sms dari David selaku leader malam itu pd petang itu.

David: Malam ni tidor ke?
Chiff: On kalau tak hujan...

Munkin David mahukan kepastian, memandangkan hujan masih renyai. So kami tetap decide nak ride walaupun cuaca seolah2 tidak menizinkan. Tiba2 mobile aku berbunyi lagi...

GtNik: Bro Layan?
GtNik: Xujan layan. dok meeting g d sg buloh
YetiK: Cif on ke malam nie?
YetiK: Roger RV masjid...jumpa disanaaaaaaaa...... (semangat lain macam si Yeti nie..)

So dari sms nie pasti ramai gang pujMAC yg dok turun malam nie. So aku meneruskan perjalanan ke Putrajaya..tup2 mobile berbunyi lagi...

GtNik: Xdpt layan la...ni kat opis lagi..baru nak gerak
YetiK; Chif tak dapat dtg kena jaga kedai pasal budak sorang demam.

Dalam hati alamak..ramai yg tak datang nie..so aku mula memperlahankan pedal minyak..tanda sedikit kecewa tapi kayuh tetap kayuh..maybe tak ramai aje kot. Tiba2 mobile beunyi lagi...

A.achik: Mane nie....Org dah ramai tunggu nie....

Fuhhhhhh...!!!!! dah ramai rupanya...alamak...so aku terus tekan pedal moris minor to maximum risau lak...kalau kawan2 tak apa laaaa....takut new rider & other's. Sampai saja kat dataran putrajaya sememangnya dah ramai...masing2 dok berbual tunggu aku..pehhhh!!! malunya....!!!!



Nie lah rider pada malam tu...aku terus bertemu rider's sambil mulut tak lepas2 meminta maaf.

Mengikut info dari David rider pada malam tu total 16 orang..satu kejutan pada pujMAC mana taknya cuaca macamanapun kayuh tetap kayuh..inilah dinamakan rider tegar.








Dari info yang didengar ada yang datang dari puchong,ampang,nilai, bangi dan bandar mahkota.

Sekali lagi media electronic memainkan peranan yang cukup baik mahupun blog dan juga facebook betapa dunia semakin canggih dapat menghubungi dengan tanpa sempadan.

Tahniah buat rider's pada malam itu.






Masing2 rider's sudah tak sabar nak layan kayuhan Putrajaya & Cyberjaya.

Yang pasti David kena bersedia untuk membawa rider's berkayuh dan memastikan kayuhan ditahap yang menyeronokkan.

Bukan mudah tugas leader bagi memastikan rider's enjoy berkayuh.







Nie pulak Cik Da & Sandra.

Bagi Cik Da ini kayuhannya kali kedua bersama pujMAC manakala Sandra inilah kayuhan kali pertamanya.










Sandra & Husband tak lepas peluang memberi pose pada malam itu. Yang pasti a.achik menjalankan tugasannya dengan baik sekali.

Yang pasti new rider's mesti diberi keutamaan.








Malam itu aku terpaksa memikul tugas sebagai runner, setelah Rostan tidak dapat hadir memandangkan bertugas, manakala Shahrin memikul tugas sebagai Sweper menggantikan GtNik yang masih belum habis dengan tugasan hariannya.

Disinilah semangat pujMAC Team mula terpancar..masing2 tahu kedudukkan masing apabila para sahabat yang lain tidak dapat menyertai kayuhan.





Tepat 10.00pm kami memulakan kayuhan ala2 santai sambil menikmati keindahan malam di Putrajaya yang dipenuhi dengan pancaran lampu2 neon.

Disamping itu inilah masanya rider's bertegus sapa serta memperkenalkan diri masing dan salam perkenalan MTB.







Nie lak ayat yang blogger jumpa dlm abe chik FB..tak habis2 mengusik Cik Da

Abe Chik
CikDa dah bawa water bladder.....

Nik Mar
hehehe..offroad la kena bwk bladder..ni road ma..

Khairul Hafizan Azman
baru beli hahahhaha...

Scott Scale
senang maa... buat basuh muka...




Setelah puas menjamu keindahan malam Putrajaya, maka terdengar sayup2 suara menjerit " Tarik 20.." emmmm siapa yang bersuara...cuba cari...

Mungkin tahap kepanasan sudah bermula. Kayuhan malam itu memang menyeronokkan mana taknya cuaca yang sejuk dan dingin membuatkan rider's tidak merasakan kepenatannya.





Bila mendengarkan pekikan"Tarik 20" bergema rider mula menukar gear katahap rendah untuk memastikakan jarak diantara rider tidak terlalu jauh.

Selaku runner malam itu aku harus memastikan jarak rider tidak terlalu jauh..manakla Sahrin memainkan peranannya sebagai sweper tidak lupa juga achik, dimana cahaya dari lensa cameranya membuatkan rider'2 teruja habis.






Yang pasti rider's pada malam itu benar2 enjoy..tidak lupa pulak yang berkayuh santai terpaksa memulakan kayuhannya untuk memastikkan jarak tidak terlalu jauh.

David mengepalai kayuhan malam itu harus dipuji..adakalanya beliau tarik to maximum dan kadang2 santai.








Putrajaya sememangnya sesuai untuk berkayuh, dimana kenderaan tidak sebegitu sibuk.ini membuatkan lagi para MTB rider's benar2 rasa selesa untuk berkayuh.











David, leader pada malam itu...nak kata bulipun tidak nak kata slowpun tidak..yang pasti kayuhan malam itu benar2 enjoy.

Next week kita layan lagi Putrajaya / Cyberjaya lead by David.








Disini dah mula merempit...masing dah naik hantu...mana yang power inilah peluang nak tunjuk kekuatan..mana yang biasa2..just ride as a normal.

Mungkin tidak tahan or maybe tahap stim dah naik..Shahrin sekali sekala mula kehadapan berlumba dengan David..namun tugas tetap tugas...







Kami sampai dipengujung jalan yang seakan2 menyusuri "OFFROAD".

Akupun inilah kali pertama melalui kawasan ini.
Yang pasti David pasti akan mendera rider's pada malam itu...kerana beliau mahu meastikan semua rider's enjoy.







Setelah masing hilang penat...kami mula terjah "OFFROAD" dihati aku..alamak..habis la basikal aku malam nie...malasnya nak basuh nanti..

Track ni bukanlah OFFROAD sepenunhnya...sebaliknya track yang sememangnya bertar..cuma dibaluti tanah..hasil daripada Lori keluar masuk kewasan ini.







Masing2 mula memikul basikal untuk melepasi longkang yang tidak seberapa jauh dan besar.

Nasib baik malam tu bawak lampu terang jugak..kalau aku tahu ada sedikit "OFROAD" sudah pasti aku bawak lampu ECC tempohari...








Add Image

Bila mencecah kegelapan malam..hati mula berdetik..bila la nak layan NITE RIDE di KOTA Warisan nie..rindu la pulak...

Track nie sememangnya menarik, climbing yang betul2 kepuncak.

Aku dapat rasakan yang rider's pada malam itu enjoy sakan.






Lihat saja pancaran lampu LED dari bike masing sememangnya menarik habis...Ada juga sesetengah rider tidak mambawa lampu..namun sikap setiakawan terpancar dari para rider's mula berkayuh serapat yang boleh bagi memastikan lampu dapat dikongsi bersama.








Kat sini adalah bukit yang paling tinggi, aku tidak dapat memastikan berapa tinggi bukit ini.

Kepada yang power memang ini mainan meraka..mana yang kurang power..masih mencuba untuk climbing.

Disini jugak la aku terus climbing ke puncak untuk memastikan keadaan jalan yang baik untuk dilalui oleh rider's malam itu.





Aku sampai dipuncak separuh nyawa jugak la..tapi memang layan betul track nie..

Terlintas nak suruh David bawak lagi next week.


Aksi rider's climbing pada malam itu.









Masing tersenyum puas, tersenyum kelat dan tidak berkata2 yang mampu berkata2 hanyakah raut wajah mereka.

Terdengar bunyi nafas yang tinggi, rendah dan pelabagai..maklum la..ini bukit bukan sebarang bukit...








Yang pasti David benar2 mendera new rider's namun syabas diucapkan kepad new rider's..mampu mengikuti kayuhan hingga kepuncak.

Puas,puas,puas...inilah kata2 yang aku dengar dari mereka.







Setelah berkayuh sejauh 2 or 3 kilo dikawasan ala2 "OFFROAD" kami merasakan kami harus keluar..kalau ikutkan David belum pasti kami keluar..

Kami sempat berehat sambil berkongsi cerita mengenai kayuhan climbing & DH yang menyeronokkan.






Sambilberehat menghilangkan kepenatan..disinilah bermula acara usik-mengusik bagi para rider's yang pasti malam itu ada yang jadi mangsanya....


Lepas keluar dari kegelapan kaylah & achik sempat mengusik Cik DA, ini antara ayat yang dipetik dari Abe Chik FB.

CikDa bawa lampu nyawa2 ikan je...

Abe Chik
kaylah.... ape yang ko tunjuk tu ???

Assry Nasir
dah lampu tak terang, glove tak pakai..kasut lak kasut shopping..hish..hishh..

Khairul Hafizan Azman
hahaahha jadi bahan... x pe nanti dia tukar la tuh..

Shahrul Fadzly
uih saya tunjuk kat lampu tu chip.




Yang pasti Sharin menjalankan tugasnya dengan baik sekali...so seandainya GtNik tiada Shahrin boleh jadi pemangkunya.

Setelah hilang penat...kami meneruskan kayuhan pulang. Disini Shahrin tidak mampu menahan nafsu geloranya untuk berlumba dengan David.








Diakhir2 kayuhan, masing dah mula menunjukkan skil masing2 ada yang berlumba, ada yang santai dan ada jugak yang berbual2 kosong.

Mungkin masing dah mula terasa kepenatan or mungkin sudah puas menikmati kayuhan climbing di OFFROAD.







Kami sampai diDataran Putrajaya tepat jam 11.30pm.
Masing2 mula menceritakan kenikmatan kayuhan dan pengalaman..tak lupa juga ada yang terus berkemas2 sambil bersalam mengucapkan ribuan terimakasih dikayuhan ini...

Yang pasti pd malam itu rider's enjoy berkayuh dan diharap akan berjumpa lagi pada minggu hadapan or rajin2 la pantau pujMAC blog.



Kami berkemas dan meneruskan perbualan kami di "MAMAK store" sambil berkongsi cerita mengenai kayuhan dan next kayuhan. Dengan ini pujMAC mengucapkan ribuan terimakasih kepada rider's pada malam itu dan sejuta kemaafan kerana tidak mampu menulis setiap nama para rider's pd malam itu..yang pasti pujMAC berharap kayuhan ini memberi satu cerita dan pengalaman buat rider's.

Yang pasti pujMAC mengucapkan berbanyak "TERIMAKSIH" to Bro Nordin dengan sponsor malan malam.

Berjumpa lagi di kayuhan KLCC pada 20_November_2009, kepada rider's yang ingin melihat lebih banyak foto2 kayuhan sila "ADD" abe.chik facebook" ataupun "FB pujMAC group"


No comments:

Post a Comment