Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Tuesday, June 30, 2009

Minggu 27.1_Kayuhan Kesas Highway

Date:29_06_2009
Venue: Kesas Highway
Ride Time:9.15pm
Distance:35km
Maximum Speed: 20km/h
Avearage Speed: 19.6km/h

Seperti biasa PujMAC menjalankan avtivity rutin kayuhan road di Kesas Highway. Malam tu hanya 4 orang dari yang turun, Bro Karenman, Khairul,GT_Nik & Blogger.
Seperti biasa kami menunggu sahabat Kayuhbeb.

Rakan2 kayuhbeb sampai pada waktunya..namun kali ini kayuhbeb hanya berkayuh hingga ke persimpangan Hotel Summit. Bagi kami pujMAC memeruskan kayuhan ke Awan Besar..ruginya rasanya berpatah balik kerana jaraknya terlalu hampir hanya 8 kilometer.



Bro Khairul respect habis dengan Bro nie..ternyata bentuk badan bukan
faktor untuk memberi alasan berkayuh. Maintain speed kayuh 20 to 25kilo/h
So sesiapa selepas nie memberi alasan faktor body..adalah amat memalukan..keep it up.


GT_Nik..memerlukan masa untuk berkayuh..jalan landai dah ok dah..cuba
kena improvement climbing..insyallah usaha tangga kejayaan. Banyak masa
lagi untuk berlatih..Jambori Kedah semakin hampir..


Berehat di persimpangan Kinrara..kalau dah duduk and
ada pulak air..alamatnya lepak lama la..


Insyaallah kalau seminggu 2 kali kayuh road..aku pecaya
lepas 2 bulan body Bro Khairul mesti macam masa bujang
trang tang tang dulu....

Setelah lama berehat kami meneruskan kayuhan ke awan besar dan terus ke S.Alam. Tapi malam tu memang enjoy..yang penting speeding maintain 20km/h. Harap pada next ride boleh increase to 25km/h. Setiap kayuhan mesti ada improvement...dan baru boleh fikir nak upgrade apa2 yang patut...(racunnnnnnn)


Tengok tu..senyum aje...tak nampakpun penatnya...
Senyum tanda enjoy & kepuasan la tu...


Bro Karenman,GT_Nik dan yg kat depan tu Bro Khairul..
semakin laju la pulak dia kayuh...


Karenman & Khairul dipersimpangan Summit Hotel
Tengok tu Khairul dah dok menyandar kat tiang traffic light...


GT_Nik muka cam tak penat la pulak..konpius aku...

Kepada rider PujMAC jangan lupa pada 01_July_2009 Kayuhan Kesas Shah Alam to Awan Besar..


30_June_2009

Monday, June 29, 2009

Minggu 26.7 Kayuhan Kota Warisan

Sunday: 28_June_2009
Location: Kota Warisan Sepang
Meeting Point: Restoran Hijaz
Start Kayuh: 9.00am

Minggu nie PujMAC masih mengunjungi track Kota Warisan sambil membawa new rider yang teringin nak merasai track KW. New rider pada hari tu ialah Karenman, Iyan & GT_Nik. Track nie memang sesuai untuk latihan bagi menguatkan kayuhan serta mental & fizikal.

Kayuhan kali ini agak lewat dari dijadualkan diatas sebab2 tertentu. Namun kami tetap meneruskan kayuhan KW. Kerana track ini mempunyai ciri2 yang kami kehendaki.


Tok penghulu track KW (Kamarul a.ka. bse256) tak dapat joint
sebab bertugas..Namun selaku penghulu tetap meluangkan
masa untuk bertemu rakan2 terutama new rider..


Rostan & GT_Nik bersiap sedia untuk memulakan kayuhan

Rider pada hari tu: Wan, Sidiq a.k.a Karenman, PujMAC blogger, Yusof a.k.a Kuat, Rostan a.k.a Tangga, Nik a.ka. GTNik & Iyan


Permulaan track yang landai..bagus idea Kulat..bawak new
rider kat tempat yang enjoy2 aje..


1st bukit yang dipanjat...


2nd bukit yang dipanjat..

Selepas 2nd bukit, Bro GT_Nik terpakas mengakui yang track KW belum mampu untuk ditawan. Lagipun mungkin dengan komitment kerja beliau, membuatkan beliau kurang ada masa untuk layan MTB. Namun semangat beliau masih kental untuk merasai track ini. Untuk tidak menggangu kayuhan kami Bro GT_Nik memberi laluan kepada kami untuk meneruskan sambil beliau meneroka track ini secara sendirian di KW. Mungkin bagi beliau alang dah datang..kayuhan tetap diteruskan.."Keep it Up Bro'.


Karenman & Iyan..masih mampu mengekori kami..."Keep it up Bro"
"You can DO IT"


Kawasan yang lapang..dibaluti pula dengan pancaran matahari membuatkan fizikal & mental benar teruji...hanya yang kuat semangat serta tenaga yang mampu melawannya.


Bukit 4 yang panjang membuatkan setiap kayuhan
memerlukan tenaga yang tinggi.



Acara yang digemari DH..memang teruja...almost mencecah 4ok/h


"Persimpangan dilema"..bila dah layan DH terlupa simpang mana yang nak dituju..


Dulu track nie canopy..tapi kini telah gondol..mungkin nak tanam semula...
Maknanya selepas nie tidak ada lagi canopy...


Disamping menguji ketahan kayuhan, pencinta MTB diuji dengan ketahanan fizikal serta mental. Kalau dah tak boleh kayuh alamatnya kena pikul bike le...


Bukit ke 5 lagi sekali new rider teruji ketahan mereka...namun semangat yang kuat mereka masih mampu bertahan..


Bukit 6.. lagi pendakian..teruji mental & fizikal Iyan & Kareman..


Bukit 7 sayup dipandang..jauh jugak mereka tinggalkan blogger nie...
Tak leh jadi nie..


Lepak menghilangkan penat. Rostan & Kulat berkongsi cerita mengenai track NTMB Ternyata Iyan & Karenman bersemangat mendengarnya..maklum la..insyaallah kalau ada rezeki Jamboree Kedah adalah Jambori pertama bagi mereka..


Bukit 8
Track baru..ingat nak short to bukit pencawang (bkt tertinggi di KW)
Yg paling atas tu Rostan..(makan pil kuda agaknya..)


Masing2 mencuba mendaki..dengan penuh semangat.. Siapa yang boleh kayuh hingga kepuncak..insyaallah Jambori yang akan datang boleh gigit punya...


Namun dalam MTB tiada yang short cut...nyata bukit ke 8 tidak mampu dipanjat oleh mana2 rider...malah percaturan kami tersilap..disangka short cut rupanya jalam mati.
Terpaksa turun kembali..layan DH maximum speed 50k/h...

Memandangkan waktu sudah hampir ke jam 12pm..kami membatalkan kayuhan ke bukit pencawang. Lagipun kami rasa cukup setakat ini dahulu bagi new rider seperti Iyan & Kareman. Insyaallah ada masa kita layan lagi KW dan takluki Bukit Pencawang (bukit tertinggi dalam KW)


Berakhir sudah kayuhan "OFFROAD KW" pada minggu nie..insyaallah KW akan dikunjungi lagi oleh PujMAC.

Jam 12.30, kayuhan kami sapai kepenghujungnya. Total kayuhan kami kali ini 30kilo, kelihatan Bro GT_Nik masih melayan kayuhan..beliau mampu berkayuh 20kilo di KW. Tahniah Bro.

Selesai semuanya terdengar kata2 bagi new rider.

Iyan: Best!!! Tapi tadi saya dah nak termuntah dah!!!!

Karenman: Memang layan!!! Sayapun macam nak muntah jugak...

Namun rata2 beruashati dengan track ini. Anyway..next time kita layan lagi.



29_June_2009

Sunday, June 28, 2009

Tahniah dari PujMAC

PujMAC mengucapkan tahniah buat pasangan Mukhriz bin Abdul Latif (Moqh) & Azizah binti Mohammad Abdul Latif yang bakal menjadi raja sehari pada 11 Julai 2009 bersamaan 18 Rejab 1430.

Harapan dan doa dari warga PujMAC semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Kepada yang dah dapat kad tu kalau free2 dipersilakanlah..kepada yang belum dapat..mintak la kat Morqh.. B-)


Nie kad jemputannya...dunia semakin canggih..satu Malaysia boleh tahu...


Mukhriz bin Abdul Latif (Moqh)
&
Azizah binti Mohammad Abdul Latif

For more detail click here

Tuesday, June 23, 2009

Wajah-wajah Rider PujMAC di NTMTB Adventure 2009

Tutup sudah tirai NTMTB Adventure 2009, tapi keseronokkan masih terasa bagi yang menyertai perlumbaan (walaupun pujMAC blogger menarik diri disaat2 akhir) namun keperitan dan kepuasan dapat juga dirasakan melalui cerita dan petikkan setiap blog disulami pula gambar perlumbaan.

Disini blogger sempat mengambil beberapa keretan gambar buat rider PujMAC..dan ditafsirkan di dalam blog buat tatapan para sahabat2 yang lain.

Ekram_ dari raut wajah dapat dirasakan betapa memenatkan...


Bersemangat Kamarul..mungkin dipermulaan kayuhan...


Dari kayuhan dah boleh nampak dapat position yang baik...


Dari belakang dah usha nak overtake kat mana!!!!


Bakal juara for the next kategori.....


Dipermulaan kayuhan.....


Ektam lepas nie kena train layan DH....kayuahn dah mantap....


Cara ambik corner dah nampak ciri2 juara tu.....


Member blogger from utara Ramly SP....otai nie...


Wajah kepenatan sudah mula terpancar.....


Member blog utara Lontruth...siapa tak kenal dia rugi....


Rostan PujMAC
& Man sawit from Kayuhbeb


Kemenangan disambut oleh gadis litar...


Monday, June 22, 2009

NTMTB Adventure 2009_Tahniah to PujMAC Rider

Kayuhan NTMTB Adventure 2009
Date: 21_06_2009
Venue: Jawi
Distance: 47 kilometer





Kedatangan para peserta, pujMAC bermalam disekitar kawasan perlumbaan


Para MTB sedang ready dilepaskan...


Sebelum dilepaskan acara biasa bergambar la...


Para peserta dilepaskan....


Track yang menarik..seperti track berpasir...

Climbing..normal..mana2 MTB rider yang tak mampu nak kayuh..maka MTB la....


Lagi climbing pasti menangkap pinggang....


Sayup aje track nie...melihat pd gambar seolah..ditangkap dari tempat tinggi...


Member MTB_Zul Marvelous..


Acara DH & Climbing...memang teruja bagi yang gila MTB....


Adhiraman MTB Extreme

Lagi track for climbing..lepas tu nampak sayup aje..kalau masa kayuh matahari tegak kat kepala..alamat berpeluh sakan la...


Nasrul a.k.a Lontruth sorry tak dapat jumpa kali ini.insyaallah umur panjang kita jumpa kat Kedah Jambori....


Tu dia...track yang nampak sayup aje...mental fizikal kena betul ready for this Jambori...


Bro Kamarul dari Kayuhbeb...sampai bilang2 jari agaknya..takpun pekena segala power!!!!


Wah!!!! Sigle track nampaknya..memang teruja..tapi kalau dah tenaga berkurangan..terfikir nak habis cepatnya..(berdasarkan pengalaman Jambori Kulim)


Tu dia!!!! Lepas satu2..track climbing!!!!


Amacam!!!! teruja,berahi or tak mampu..so fikir2kanlah!!!!


Lagi climbing..berdekatan dengan pondok durian kot...takpun rumah teres Indon!!!


Bro Rostan pujMAC_37
Bro Kulat a.k.a Yusof pujMAC_267


Kamarul dari Kayuhbeb akhirnya berjaya jugak No 197


Bro Ekram pujMAC_277
Bro Syawal_pujMAC
_336

Keletihan seorang bakal Juara!!!!

Kepuasan seorang peserta MTB

Tamat sudah NTMTB Adventure 2009, info yang saya terima seramai 1060 para peserta pada hari tu. As a PujMAC blogger nak ucapkan tahniah buat PujMAC rider..yang menunjukkan improvement yang bagus. Insyaallah pasti Jambori Kedah bakal menerima kedatangan dari PujMAC. Disini blogger jugak ingin mengcapkan thanks diatas layanan para sahabat MTB dari Utara, Insyaalah..panjang umaur pasti bertemu kembali.



Serba sedikit info yang saya dapat mengenai kedudukkan para peserta dari pujMAC.

1. No 37 / 1060 Rostan
2. Yusof a.ka Kulat 267 / 1060
3. Mohd Ekram 277 / 1060
4. Syawal 320 / 1060