Venue: Kota Warisan Dengkil
Roda Golek: 8.30am
Distance About 30km
Dah penat dok fikir nak ride mana minggu nie, tanya member2 lain semuanya ada activity..mungkin sempena cuti sekolah nie banyak yang mengambil peluang balik kampung, bercuti bersama keluarga serta ada yang menghadiri majlis kenduri kahwin sanak saudara serta sahabat handai.
Bagi aku yg berkelapangan..mencari sahabat lain untuk meneruskan kayuhan mingguan..last2 cuma Ekram serta Kamarul aje yg free..so apa lagi..decide kayuh kat Kota Warisan..lagipun "Nibong Tebal MTB Adventure 2009" sudah semakin hampir. Stamina harus dicari agar semasa race NTMTB 2009 tak la "Pewai".
Aku,Ekram & Kamarul decide...kayuh hari nie lebih kepada pendakian bukit bermakna hari nie...kayuhan benar2 menguji stamina. Kami decide tidak kepada distance kayuhan tapi lebih kepada pendakian bukit..lagi banyak bukit yg dipanjat lagi la bagus...
Laluan kami kali ini tidak seperti biasa...kami mula memasuki Kota Warisan melalui single track yg pasti teruja...sehingga tak sempat nak ambik gambar...Layan single track,sedikit downhill..emm kiranya warm up la tu...bagus idea Kamarul nie...
Bukit pertama yang panjat....
Bukit ke2 yang dipanjat..berkabus lagi..inilah keistimewaan offroad
Bukit ke3 yang dipanjat..sayup aje...kalau tenaga tak cukup mahu pewai...
Bukit ke 4 yang masih mampu dipanjat...betul taring for NTMTB_09 nie..
Bukit ke5 yang tenaga masih ada..selagi tenaga kuat dan tak ada yg angkat tangan..
bukit tetap didaki..
bukit tetap didaki..
Walaupun bukit dipanjat silih berganti..namun rider masih mampu tersenyu..kiranya stamina kuat & banyak la tu........
Setelah hilang penat..ditambah pula selepas pekena "power stick" kayuhan diteruskan..yang pasti banyak bukit2 yang menunggu untuk dipanjat!!!!!
Bukit ke6 semakin tinggi dan tinggi bukit yang dipanjat...
Bukit k7...dah semakin botak bukit nie..maybe nak tanam pokok baru..
Selepas nie kayuh kat KW dah tak ada canopy la...
Selepas nie kayuh kat KW dah tak ada canopy la...
Bukit ke9 nie memang betul2 tarining for "NMTB Adventure 09"
Bukit ke10, tak berapa tinggi namun bukit yang panjang serta landai...tapi penat jugak la...
Bukit ke 11..dah mula menaik semula...
Ekram senyum selamba aje panjat bukit..dah lama dia tak layan track Kota Warisan nie..
Namun..dia selalu perform wel...
Bukit ke13...memang best betul kayuh kali nie...banyak bukit yang dipanjat dan diceroboh!!!!
PujMAC blogger..hanya boleh bergambar bila berhenti aje la...
Track Kota Warisan yang pasti menjanjikan kepuasan serta keasyikkan bila berkayuh disini..tarck yg luas, bukit yang tinggi,landai disulami pula dengan downhill yang mampu mencecah maximum 50 or 60km.h
Bukit ke14..lagi sekali track yang aku belum teroka sebelum nie...
Bukit ke15 dan yang terakhir untuk offroad...memang mengasyikkan...
Layan road pulak...melalui perkampungan Jenderam Hulu..kalau tak kayuh akupun pasti tak sampai kampung nie..." src="http://www5.shoutmix.com/smileys/blush.gif">
Bro Ekram yang semakin mantap kayuhannya...dah ready untuk turun
NMTB Adventure 09 nie...
NMTB Adventure 09 nie...
Bukit ke 16 onroad...jauh bezanya bila panjat bukit offroad & onroad nie...nak tahu apa bezanya...mari kita layan sama2....
Kayuhan kali ini yang pasti teruja menguji mental,fizikal serta stamina yang tinggi...
Kayuhan menuju pulang..puas serta benar enjoy..
Kayuhan kali ini benar2 membuatkan stamina bertambah, climbing,downhill,single track dan sebagainya benar menguji mental,fizikal serta stamina...yang pasti track Kota Warisan menjanjikan kepuasan kepada peminat MTB...sesiapa ynag masih belum berkunjung kesini..adalah digalakkan..tapi pastikan mental,fizikal & stamina 100% "tip-top"
Tengok gambar macam best je. ke penat...
ReplyDeleteView Profile: Rantong™