Testing pujMAC Ramadhan NITE RIDE_2009
Date: 25_08_2009
Distance: 25++ Kilo
Sepatutnya Kayuhan PujMAC Ramadhan Nite akan berlangsung pada 26_08_2009. Tapi entah kenapa tiba2 blogger dapat sms dari Bro GTNik
GtNik: Ada Berani!?? Kayuhan Gian Putrajaya 15-20kilo santai gile...10.30pm Dataran Masjid..anjuran kaki ketar..yg confirm Yeti & GtNik
Blogger: Pening2 bila baca sms dar GtNik terus call GtNik..tanya
Setelah disiasat, emmm baru la aku tahu puncanya.....rupanya ada org risau yang esok dia kena jadi Leader Kayuhan PujMAC Ramadhan Nite..anyway..bagus..Yeti prepared on that.
Malam tu yang ada masa berkayuh hanyalah pujmac Blogger, Yeti, GtNik dan rakan baru pujMAC Bro Jayen (yang sempat menolong pujmac meneroka track yang lalu untuk kenali lebih dekat clik disini )
GTNik yang sedang sibuk mengempiskan perutnya..control..mana la tahu malam nie kalau2 ada buah nyor yang turut berkayuh
So malam tu sebelum memulakan kayuhan Bro Yeti mengemaskini Toy'nya iaitu Garmin Edge 705 mengikut review yang aku baca..this is the best toy untuk MTB.
Bila dah ready Yeti memulakan kayuhan, diikuti Bro Jayen, GtNik dan blogger sudah pasti dibelakang la tempatnya....
Dah lama tak berkayuh, sejak aku demam dan ramadhan bermula...terasa ditarik2 semuanya..sendi supaya lemah!!!!
Kami melalui pejabat kehakiman serta pejabat kerajaan yang lain. Memandangkan malam bulan Ramadhan..tidak banyak kereta di sekitar Putrajaya..bila melihat kedaan seperti nie terasa sunyi aje tempatnya...mula terfikir alangkah bagusnya jika bandar2 baru yang nak dimajukan jangan lupa akan kemudahan yntuk berbasikal..
Quality gambar kurang memuaskan memandangkan...gambar diambil dari aras helikopter terbang rendah..
Lihat sayup Yeti meningalkan kumpulan kami, tapi sebenarnya bukan Yeti meninggalkan kami..tapi kami menjauhkan diri darinya..nak tahu kenapa...tak tahan telinga dengar bunyi petikkan HUB dari brand HOPEnya...
Pesanan dari Blogger: Malam ni nak kayuhpastikan bawak kapas kalau tak pedih lubang telinga...
Manakala GtNik sempat memberi beberapa petua kepada Bro Jayen..tapi yang pasti aku rasa petua yang diturunkan adalah... "Jangan Lupa makan tupai Jantan"
Average speed malam tu berdasarkan meter blogger dalam 19km/h. Kami meneruskan kayuhan. Aku yang sekali sekala terasa kepenatan..maklum la dah lama sangat berehat...manakala setiap kayuhan aku disulami dengan bunyi batuk yang masih belum tahap 100% baik.
Tapi disebabkan dah gian punya pasal..sakit2pun layan...yang penting kepuasan ..inilah nikmat yang dikecapi setiap pemint MTB.
Yeti masih terus menghafal setiap keadaan track yang akan diketuainya esok /malam ini. Aku harap esok malam/malam ni kayuhan akan lebih smooth....
Sementara tu aku sempat menjeling setiap kali hayunan crank dari Bro Jayen...boleh tahan Bro nie..kayuh macam sambil makan kacang aje. Mana taknya..dari ceritanya semua sukan dibelasahnya..lagipun dia nie suka activity panjat bukit/gunung...
Dah penat berkayuh, kami mengambil keputusan berehat sambil berbual2 serta bertukar2 pendapat.
Sepanjang kayuhan aku malam tu..aku sempat melihat kekiri dan kana bahu jalan..banyak kereta yang parking sambil didalamny terdapat couple..terfikir jugak aku.." kalau bulan puasa syaitan semua dikurung..tapi kenapa masih ada lagi manusia yang sebegini"
Suasana malam di slah satu jambatan di Putrajaya...
Posing Maut dari Bro Yeti & Jayen..
Kayuhan menuju pulang. Kayuhan malam itu aku rasa enjoy..ye la..dah almost 2 minggu aku tak kayuh. Cuma condition aku malam tu tak seberapa baik..kerana penyakit batuk aku masih belum baik spenunhya.
Manakla Bro Yeti, aku rasa dah cukup bersedia malam nanti untuk mengepalai pujMAC rider's di Kayuah Ramadhan Nite 2009
Malam tu jugak GtNik..memecut dan terus memecut..dah semakin bagus stamina dia...
Kayuhan yang menuju ke penghujungnya...
Aku sebenarnya malam tu tak berapa ada tenaga..sebab mungkin keletihan.
Yang pasti malam nanti Kayuhan akan lebih berstamina.
Ini lah Bro Jayen dengan bike GtNya..melihat dari segi fizikalnya..tak kira basikal apa..aku pasti dia mampu melakukannya.
Mungkin aku akan melihantya dari segi kayuhan yang akan datang, terutama OFFROAD...
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment