Date: 16_August_2009
Venue: Semenyih Kajang
Distance: 65kilometer
Untuk merealisasikan kayuhan PCC Nexus Presidential Ride 2009 sejauh 65kilometer offroad bukanlah satu pekara yang mudah bagi peminat MTB, baik bagi mereka yang selalu melakukan latihan,selalu mengikuti Jamboree, serta melakukan pelbagai senaman baik dari segi mental dan juga fizikal. Kalau difikirkan 65kilometer amatlah sesuatu yag luarbiasa dan ini adalah Jamboree yang paling jauh kilometernya yang pernah disertai oleh PujMAC terutama Bro Kulat & Bro Mat.
Seawal pagi Bro Kulat & Bro Mat bergerak dari teratak masing sambil ditemani isteri tersayang serta ucapan dari isteri "Sayang doakan abang selamat berkayuh serta selamat pulang" sehingga tersentuh hati seorang suami dan betapa bertuahnya mempunyai isteri yang memahami minat seorang suami.
Bro Kulat & Bro Mat begitu bersahaja menantikan tiupan permulaan dari pihak organizer. Yang pasti Jamboree Kulim, SelangorMountainbike 2009, Nibong Tebal 2009, Kedah Jamboree 2009 serta Kayuhan Antara GAPI 2009 dijadikan ilmu untuk menghadapi PCC Nexus Presidential Ride 2009 cuma kilometer sahaja yang pasti sungguh berbeza.
Dunia Offroad susah untuk ditafsirkan..kerana jarak bukannya satu ukuran..tetapi keadaan track yang menjadi kayu pengukurnya, kepada yang sudah biasa menyertai mana Jambore..pastinya bersetuju dengan kata-kata saya.
Para peserta yang sudah bersedia untuk dilepaskan,melihatkan kepada keadaan serta jumlah rider yang turun pada hari itu sudah pasti..dipertengahan terutama Offroad sudah pasti akan berlakunya kesesakkan...mari kita lihat keadaan seterusnya..adakah anda bersetuju dengan pendapat saya ataupun tidak...
Mana2 Jamboree..jika anda mempunyai tenaga berkayuh serta semangat yang tinggi..saya nasihatkan anda bermula di barisan hadapan..keran dapat mengelakkan kesesakkan...tetapi jika anda hanya untuk enjoy..belakangpun tak apa...terpulang kepada empunya diri...
Mana2 Jamboree..jika anda mempunyai tenaga berkayuh serta semangat yang tinggi..saya nasihatkan anda bermula di barisan hadapan..keran dapat mengelakkan kesesakkan...tetapi jika anda hanya untuk enjoy..belakangpun tak apa...terpulang kepada empunya diri...
Setelah puas mendengar segala pesanan penaja Kayuhan, para peserta dilepaskan.
Berdetik dihati rider masing2.
1. Aku mesti try the best podition
2. Aku kalau boleh nak habiskan aje...
3. Aku nak enjoy2 aje..yg pasti aku dapat goddies
4. Boleh habis ke aku kayuh nie???
5. 65kilo..try aje la..tak boleh aku stop..
6. DH mesti layan punya..
7. Jangan climbing macam track Balak (Kedah Jamboree sudah la....)
Inilah serba sedikit kata2 yang pastinya akan keluar dari setiap kotak fikiran para riders yang mana menyertai Jamboree...
Setelah beberapa kilometer berkayuh, Offroad bermula...yang pasti kesesakkan sudah mula terasa..maka disinilah punca segalanya...
Bermaksud..kepada riders yg sememangnya mempunyai azam yang tinggi untuk mendapat kedudukkan terbaik..sudah pasti terbantut...seperti permulaan kata2 tadi..kepada mana2 rider yang berhajat untuk mendapat the best position..mesti bermula dikelompok hadapan
Kebanyakkan rider mula berasak2...namun yang sudah pasti pasti menolak..serta menunggu giliran masing2...disinilah kebijaksanaan pihak organizer dalam mengendalikan Jamboree....memastikan tidak berlaku kesesakkan.
Bila sudah banyak yang menolak dari berkayuh..momentum pasti sudah hilang. Namun ada kesoronokkan tersendiri.
Kerana inilah masanya berkenalan, melihat jentera orang lain..serta bertanya khabar. Kepada mana yang dah glamour..pasti ada saja insan yang menegur...
Yang pasti rider kali ini sudah pastinya datang dari perlbagai pelusuk..Utara,Selatan,Timur,Central & Barat..or mungkin ada juga dari Sabah & Sarawak. Melihatkan dari penyertaan betapa dunia MTB sudah semakin popular di Malaysia Amnya...
Diwaktu inilah kebijaksanaan perlu ada...menolak sambil mengekori ataupun mencari jalan2 pintas..kerana dengan menolakpun..pasti masih ramai berusaha mencari kedukkan yang terbaik.
Sambil menolak..apa lagi usha jentera orang la..mahupun melihat tingkah laku serta gelagat para rider's. Tidak kurang juga ada kata2 yang keluar dari mulut para rider's yang menjadi halwa telinga...
1. Cam ner nak menang..asyik tolak aje...
2. Lepas tolak..tolak..tolak..bila nak kayuh???
Bila dah tolak & climbing sudah pasti ada DH..bila DH inilah masanya menjarakkan diri dari para rider's.
Pada yang suka DH..sudah pasti inilah masanya nak layan setelah penat menolak. Masuk pulak single track yang menyusuri kelapa sawit.
Ada juga para rider's yang mengambil peluang memecut selaju2nya untuk memastikan mendapat kedudukkan yg terbaik
Memang layan single track nie..dah tu banyak pulak selekoh2 yang tajam yang pasti menguji tahap tumpuan para rider's, serta keupayaan rider's mengunakan teknik penukaran gear yang tepat.
Selepas penat layan DH serta single track..rider's dikejutkan pula dengan climbing semula.
Inilah yang dikatakan jika kurangyan latihan baik dari segi fizikal & mental pasti mengundang kata2 menyesal menyertai kayuhan kali ini.
Berdasarkan dari pengalaman Jamboree yang lepas2 peranan mental adalah lebih penting dari fizikal.
Jika anda kurang bersetuju dengan pendapat saya, cuba tanya2 mana2 rider's yang pernah menyertai pelbagai Jamboree...sudah pasti jawapannya memihak kepada saya.
Ini track yang paling menarik di PCC Nexus Presidential Ride 2009, track yang lebar diliputi pula dengan pokok-pokok getah yang sudah pasti melegakan sedikit kepanasan para rider's.
Melihatkan keadaan sekeliling..sudah pasti banyak rider's teringatkan kampung halaman..itupun jika rider's yang berasal dari kampung...
Pemilihan tayar amat penting..kerana track ini walaupun luas tetapi dibaluti dengan pasir halus..yang pasti memerlukan pilihan tayar yg cukup sesuai...melihatkan dari keadaan track tayar bersize 2.1 adalah amat sesuai..melayari track nie.
Setelah puas melayari track sawit, getah para rider's diuji pula dengan climbing yang seolah seperti jalan tar yang kurang rata.
Disini kudrat para rider's diuji begitu hebat sekali. Mana taknya segala tenaga sudah hampir habis diperah melalui kawasan2 sebelumnya.
Teknik climbing dijalan yang hampir 70% siap memerlukan tekanan tayar yang cukup baik..tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembik...bagaimana untuk mengetahuinya.hanya riders yang mampu memberi jawapannya. kalau rajin..selak dldm laman web.banyak ilmu disana yang boleh mebantu anda dlm menghadapai pelbagai event...
Bila melihat simbol ini..yang pasti semangat para rider's akan berubah.
Berubah dimaksudkan...adalah..menambah daya pecut...menambah kudrat untuk sampai di CP 3 dengan cepat..dan sebagainya...
Kerana dihati para rider's sesampai di CP 3 sudah pasti untuk menambah air, memakan pisang sebijik 2 dan sebagainya.
Dihati mula bertanya..berapa jauhkah lagi jarak ke CP 3....hanya para rider's yang mampu memberi jawapannya....
Ini la adalah halangan yang paling mustahil untuk melakukan kayuhan bagi para rider's. Yang pasti menolak adalah segalanya.
Walaupun banyak menolak dari berkayuh..yang pasti rider's enjoy dalam Jamboree kali ini.
Rungutan serta kata kesat yang keluar dari mulut rider's sebenarnya bukan lah lahir dari hati..tetapi lebih kepada tekanan mental.
Kepada new rider yang ingin menyertai mana Jamboree, persediaan mental adalah kunci segalanya.
Kayuhan mula masuk kekawasan yang ala2 kawasan sawah padi.sekali pandang tak ubah seperti Jamboree disebelah utara...tapi bila diamati betul... ini adalah kawasan yang diliputi lalang...
Cahaya matahari mula menegak di kapala...peluh sudah mula menitis di serta membasahi dahi dan sekali sekali jatuh menusuk mata yang pasti membuat pandangan menjadi kelam...
Walau bagaimanapun cabaran yang mendatang, kayuhan mesti dihabiskan, "alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan"
Sesuangguhnya kepanatan tidak mampu lagi dibendung. Ada yang meneruskan kayuhan dan tidak kurang pula mengambil kesempatan merehatkan diri.
Disini mental mula menguji setiap rider's...melihatkan ramai yang melepak..berdetik hati masing2..hariskah berhenti berehat ataupun meneruskan kayuhan terpulang kepada rider's.
Jika diamati dengan jelas sepatutnya rider's haris meneruskan kayuhan..kerana cuma beberapa kilo saja lagi untuk tamat.
Finally rider's sampai ke CP 4, yang pasti memberi peluang para rider's bernyawa...
Mengambil peluang mengisi semua bekalan, mengisi perut dengan pisang, mengambil kesempatan untuk berehat dan tidak kurang pula..mengmabil peluang denagn mengambil "POWER STICK" apa pendapat anda? rasanya tak ubah seperti penat bersukan tapi "POWER STICK" masih benyawa di celahan antara 2 jari...
Fikir2kan lah.....
Finally, inilah jumlah kayuhan di PCC Nexus Presidential Ride 2009. Yang pasti memberi pengalaman baru dangan jumlah kilometer yang terbanyak dalam mana Jmabore yang pernah disertai.
Sebagai riders yang mempunyai sedikit ilmu Jamboree aku dapat rasakan PCC Nexus Presidential Ride 2009 ini mendapat sambutan yang terbaik..cuma ihak organiser perlu lebih memberi perhatian dalam pelbagai aspect.
Untuk pengetahuan peminat MTB semua, segala info mengenai PCC Nexus Presidential Ride 2009 serta gambar ini adalah sumbangan rider's pada hari itu, iaitu Bri Kulat serta Bro Mat_Livina.
PujMAC mengucapkan syabas kepada otai PujMAC Bro Kulat serta Junior PujMAC Bro Mat yang berjaya menamatkan kayuhan PCC Nexus Presidential Ride 2009 dengan berjaya serta selamat.
No comments:
Post a Comment