Distance: 27kilometer
Maximum Down Hill: 51km/h
Kayuhan antara gapi ride is a 27km of FUN RIDE! so called. never trust a cyclist when they say FUN or SLOW ride.. it'll never happen.. total of 300 riders and was great fun!it is a very well organized ride! it starts exatly at 8.30 sharp.. the trail was clearly marked! marshalls were very helpfull! they shouted out to me that there is a drain...(petikkan dari blog kembara pkns)
Kayuhan ANTRA GAPI TRACK PROFILE
Nie lak MAP View yang akan dilalui oleh semua rider's
All pujMAC rider from left: Bro Yusof a.k.a Kulat, Din, Gtnik, Amer,Khairul a.k.a Yeti,Assry_pujMAC Blogger, Rostan, Mat_Livina, Siddiq a.k.a.Kareman & Ekram
PujMAC rider from left view
Team pujMAC sedang bersiap2 untuk menyertai event "KAYUHAN ANTARA GAPI 2009"
Kelihatan Bro Yeti, Gtnik, Rostan serta Din sibuk menyiapkan jentera masing2
Bagi Yeti & Din inilah jamboree pertama mereka..
Kata2 yang keluar dari mulut Din
"Mengelater, ras nak kencing pun ada..rasa dah macam nak ambil exam la pulak..."
Bila bike dah set_up..inilah masanya nak belik2 orang lain punya bike dan mula la bertanya pasal performance, harga and etc...
Biasa lah adat berbasikal...setiap yang dah lama pasti nak upgarde..cuma kahwin aje yang tak boleh diupgrade...he..he...
Sementara menunggu masa untuk dilepaskan ada juga yang mengambil kesempatan memeriksa jentera masing2 disaat2 akhir...
Entah apa yang menarik perhatian Bro Din & Amier tu???
Masing2 mencuba mencari set up yang terbaik..Bro Karenman sibuk dengan Jentera Scot fullsusnya.
Sementara itu Bro Din sibuk dok perhatikan jentera GT Bro Gtnik..apa lagi yang tak puas tu Bro Din??
Cuaca hari tu lak..nampak bagus betul la..harap2 jangan hujan lebat sudah la...kalau hujan alamatnya berkubang la riders..
Ada yang dok rilek sambil tenangkan fikiran, ada yang dok belek2 bike lagi dan sebagainya.
Namun aku merasakan inilah Kayuhan yang dapat mebgumpulkan semua ahli PujMAC.
Tahniah!!!!!
Bro Din masih belum berpuashati dengan bike new Giant XTC Teamnya..manakala Bro Gtnik dan Karenman hanya mampu terdiam..bila Bro Din kata nak beli Frame fullsus la pulak...
Bagi aku sebagai blogger lagi la terkejut..sebab new frame Giant XTCnya baru nak mulakan kayuhan Offroad..
Jangan marah bro Din..just joking
Apa lagi tu Bro din, GTnik menurunkan ilmu Jamboree Kedahnya pada Bro Din mengenai pressure tayar...wah2 dah turun ilmu tu..elok la..sebab ilmu kalau dikongsi akan berkat...
Manakla Bro Yeti dah tak sabar nak layan Offroad
Satu Pose yang menarik dari Bro Amer & Rostan
To Bro Amer:-
Kena banyakan berkayuh la nie..peformance dah menurun.
To Bro Rostan:-
Pastikan next year podium for PujMAC.
Semua rider's dah mula bersedia nak cabut..sebelum mulakan kayuhan ANTARA GAPI bacaan doa dimulakan..meminta semua keburukkan dijauhi.
Kayuh2 juga ALLAH S.W.T jangan dilupakan
Nie lak..semua rider's dah teruja habis..sementra menunggu masa dilepaskan peluang bergambar tidak dilupakan manakala sempat juga para riders bersalam-salaman kira tahap kenalan la...
Aksi semua rider's di KAYUHAN ANTARA GAPI 2009
Saat dilepaskan sampai la waktunya..semua rider's dah mula tukar gear..ada yang speed,ada yang sederhana speed, ada jugak yang separuh santai..
Detik2 yang dinantikan hampir tiba...semua rider dah mula teruja.
PujMAC sempat lagi berposing..manakla Rostan khusyuk mendengar taklimat..
Bro yeti lak cam dah tak sabar nak dilepaskan...
Wajah teruja, tak sabar dan gementar buat semua riders yang menyertai KAYUHAN ANTARA GAPI 2009
PujMAC in Action di KAYUHAN ANTARA GAPI 2009
Sempat lagi possing sebelum kayuhan dilepaskan
Kelihatan PujMAC Team sempat memberi aksi yang terbaik.
Kayuhan bermula..selalunya permulaan bagi MTB dilepaskan di road..supaya mudah para riders mengambil momnetum sebelum terjah ke OFFROAD.
Gtnik in action di kayuahn road..nampak aje santai tu..tapi boleh tahan follow riders yang lain
Inilah masanya samada training mencukupi,kayuhan road selama ini memadai untuk terjah diri di Jamboree, semua tu terjawab di penamat nanti
Ini single tarck yang pertama..nampak cam biasa aje track nie..masuk2 sedikit bukit..serta single track..
Oleh kerana tenaga masih baru..aku kayuh to max..konon nak cari the best position...kalau lambat alamatnya track mesti jammed..bila dah jammed apa lagi tolak la...
Dah habis dalam 3 or 4 kilo pertama offroad..kami masuk semula ke Kayuhan Road..nampak lega..tapi bila tengok yang kat depan tu..alamak..tinggnya bukit..
APa lagi ada yang berkayuh dengan semangat tak kurang pulak yang berkayuh dengan kata2 yang keluar dari mulut..para rider.
Kata2 yang keluar... Pehhh..tingginya..dah tu jauh lak..
Nie la view yang paling cantik dalam track Antara Gapi nie...kiri kanan tumbuhan menghijau..manakala rumput pun nampak menarik..dalam hati aku..sudah pasti rumput ini akan jadi mangsa keganasan para rider's dgn jentera masing2.
Info Track
Track yang besar, disleputi dengan tumbuhan2 yang menghijau...kepada rider MTB ini pasti menaikkan syahwat mereka..
Bro Kulat dok layan kat track yang kiri kanannya almost macam tempat kumbahan, tapi yang pasti best, selepas layan offroad. Beginilah dunia MTB..masuk offroad..kemudian layan road semula...baru keterujaannya terasa bagi setiap peminat MTB.
Info Tracks:
Mesti ad yang tak kena kat crank Bro Kulat tu..nak XTR crank kot, or problem with pedal clip. Teknik guna pedal clip nie kena terror..kalau tak menyembah bumi la....
Selepas layan road dalam 2 kilo.riders memasuki semula kayuhan Offroad, mas nie nampak track seolah tiada langsung halangan..boleh santai sambil memerhatikan keaddan sekeliling
Info Tracks:
Sebelah kanan kalau tak silap seperti tali air, manakla sebelah kiri macam ladang ternakan ataupun ladang tanaman, blogger tak sempat nak jeling.maklumla..layan offroad.
Memasukki track yang seolah ada kehijauan sedikit.
Info Track:
Track yang lebar, sesuai untuk speed dan laluan yang panjang.
Info Track:
Track nie sangat menarik..sepatuh canopy,lebar dan inilah masanya rider yang bertenaga melakukan speed. Track nie diselaputi dengan pokok buluh..sejuk aje rasanya..tapi tak sesuai untuk dialalui waktu malam...faham2 aje la..
Kepada riders yang sudah kehilangan tenaga maka "MTB" la jawabnya...sebenarnya tak ada istilah "MTB" dalam sukan nie..jika mental dan fizikal anda kuat.
Info Track:
Sedikit climbing..maybe yang bertenaga masih mampu berkayuh. Kepada yang sudah kehilangan power..maka "MTBlah" jawabnya..sambil berbual rancak.
Ditrack ini aku rasa semuanya dah mula tercabar banyak yang dah mula "MTB" termasuk lah aku jugak..he.he...
Namun semangat yang tinggi serta ada laporan track yang nak dibuat..aku sempat jugak shoot untuk dimuatkan dlm pujMAC blog
Info Track
Climbing yang separa tinggi, ada yang mampu berkayuh tak lepas juga yang kecundang.
Semakin jauh berkayuh semakin tinggi la pulak bukit nie...
Namun semangat juang yang tinggi, masih ramai yang mampu berkayuh
Info track:
Tinggi, climbing yang landai namun tidak henti2..bayangkanlah..
Bro Mat sempat melayan perasaan di track ini..maybe dok fikir..berapa byk bukit la daaaa..
Ini lak climbing...nampak cam tak tinggi, tapi siapa yang dok berkayuh kat sini tahu la azabnya..tapi yang tak tahannya mula nak berkayuh.. bila dok tengok kiri dan kanan..ramai lak yg lepak...he..he..
Info Track:
Climbing yang tinggi dselaputi dengan batu2 kecil yang pasti tidak mampu digigit oleh tayar (walaupun tayar mahal)
Bro Kulat mengambil angin untuk climbing..tahniah berjaya
Dah penat climbing..buat 180degree turn..pusing alamak climbing lagi..ha..ha..masa nielah mental lagi teruji..samada nak kayuh or MTB..pilihan ditangan rider..
Info Track
Climbing yang pasti teruja kepada yang suka climbing..tapi tidak kepada riders yang tidak mepunyai kekuatan
Siara2 sinis:
Teruskn bang..jgn stop..kalau tak larat rehat la..
Nie lak angle dari atas..bayangkan tinggi or rendah..aku sepmat jugak jengok anak2 buah pujMAC..nampak tidak kelihatan.
Kayuhan terpaksa diteruskan..cuma dalam hati berdoa semoga kawan2 selamat.
Aku sempat shoot salah seoarang sahabat MTB iaitu saudara Khairul dari Kayuhbeb...dalam saat cam nie tak leh ambil pic terang2..sebab takut riders marah...
Tapi dia sempat melepaskan satu senyuman ala2 kelat sikit...he..he..
Nie lagi climbing...dah semakin ramai MTB...termasuk la aku...
Info Track:
Track yang luas, berselekoh yang tajam..dalam hati..kan ke best kalau track nie digunakan DH aje..kenapa lak nak panjat..he.he...
Makin ramai yang dah mulakan acara biasa iaitu MTB..mengikut info yang aku dapat nie la Track Bukit Dagu...aku fikir jugak kenapa dipanggil track dagu..rupa2nya..bila tolak basikal..dagu dah semakin dekat dengan handle bar...
Info Track:
Climbing yang tinggi,disaluti pula batu kelikir yang semamngnya membuatkan tayar tidak mampu digigit. Tap kalau tarck nie ala2 basah mesti best layan
Lepas climbing..lagi climbing...kepada yang mempunyai semangat yang kuat,,pasti ini adalah pekara yang simple...kepada yang masih belum kuat mentalnya..maka macam2lah yang terhambur dari mulut para riders
Info Track:
Climbing yang panjang,berselekoh, serta gigitan tayar yang tidak mampu mencengkam tanak yang kering.
Selepas selekoh climbing ada lagi climbing..air muka riders pasti bertukar..kerana mengharap selepas nie DH..tapi semua tu meleset dari tanggapan...
Kepada yang masih ada power..cuba untuk berkayuh..didalam hati semua berdoa harap2 lepas nie DH...
Info Track:
Climbing yang separa tinggi...permukaan yang sengit membuatkan rider susah untuk balance.
Dah penat layan climbing terjah pula single track..masa nie memang layan..DH yang mampu mencecah 35km/h
Info Track:
Single track yang menarik,dikelilingi tebing yang sederhana tinggi, kawalan yang perlu mantap..kalau tak silap langkah,,mampu terkulai jika terkena tebing...
Dah syok layan DH, sekali lagi climbing menjelma...pehhh..hilang nikmat layan DH..
Climbing tak la berapa tinggi namun tenaga saat akhir tahu-tahu aje la..
Info Track:
Climbing tracks, ditengah2 ada pula lauan air...skill kena tinggi silap climbing masuk lopak air..mahu mencium bumi dibuatnya
Beginilah dalam dunia MTB, jika kurang training yang kekejangan "OTOT" pasti menjelma. Namun semangat setia kawan dalam MTB amat tinggi. Walaupun rider yang ditemui di tepi track bukannya dari anggota kumpulan yang pasti semangat tolong menolong harus diutamakan.
Contohi Bro nie... Sanggup berhenti untuk memberi pertolongan kepada salah seorang rider yang diserang kekejangan otot. To Bro Thanks and "keep it up ur spirit"
Pandangan dari aras atas...sempat jgak aku fokus akan track yang jauh dibawah...
Info Track:
Seronok layan DH..terfikir dlam hati..kenapa mesti climbing..baru dapat layan DH...inilah keseronokkan x_country, sememangnya menaikkan syahwat sesiapa yang menceburi x_country.
Dah climbing..ada lagi climbing..terfikir kenapa sukan ini yang diceburi namun semua tu adalah godaan mental saja.
Info Track:
Climbing maximum, track tanah yang keras..memerlukan pressure tayar yang sesuai...untuk mengingit track nie...
Laluan yang pasti sukar..disaat penghujung track.
Info Track:
Celahan track yang sukar untuk climbing memerlukan tenaga yang cukup,pressure tayar yang sempurna,serta penukaran gear yang cepat.
Nie lak track dikawasan perumahan...masa nie syokpun ada..menyampahpun ada..mana tak..aku terserempak dengan satu gang yag dok lepak kat sini.
Kata2 dari Gang yang Lepak:
Bro!!!!!awak yang last ke?
(Sekali lagi aku diuji...kalau ikutkan aku..dah lama makan kasut mamat nie..tapi oleh kerana semangat kesukannan aku dok diam aje..)
Nie lak..meter aku..kayuhan offroad...22.8kilo/hour distance masa tu almost 19kilo.
Masa nie mental betul2 teruji..maklumla berkayuh dibawah panahan matahari...sesiapa yang pernah masuk mana event MTB or Jamboree hanya mereka yang memahaminya.
Track Sawit yang semakin hampir ke destinasi penamat, semakin hampir ke penamat semakin tinggi mental harus dicontrol..nak laju dah tak larat..nak perlahan risau lak..ada rider overtake..namun yang penting maintain kayuhan serta kekalkan momentum.
Info Track:
Ladang sawit yang menghijau..track ala2 single track serta bercanopy.
Lihat sajalah Track yang diakhir2 perlumbaan, track yang tanpa canopy..dengan pemandangan yang seakan-akan di Gurun Sahara, kena pulak matahari hampir betul2 diatas kepala benar2 menguji para riders. Jika dilihat dari keadaan track pastinya memerlukan ketahanan mental yang secukupnya.
Info mengenai Track:-
Track yang landai, dipenuhi dengan tanah merah yang tidak mampat,setiap kayuhan akan memerlukan tenaga yang cukup serta tayar yang sesuai untuk melayari tarck ini
Aku selaku blogger pujMAC akan sentiasa berusaha menulis setiap activity pujMAC,mencari track untuk kayuhan pujMAC.
Thanks to all riders yang sentiasa memberi sokongan sehingga pujMAC ditahap yang boleh dibanggakan.
We work as a Team
Syabas tu PujMAC Team..kerana mampu menghabiskan kayuhan ANTARA GAPI 2009 dalam kedudukkan below 100
To Bro Bostan:
Tahniah position 19 satu pencapaian yang memnbanggakan bagi PujMAC Team
Kayuhan GAPI akan diupdate dari masa ke semasa, result kan diumumkan kemudian..menantikan official result dari pihak penganjur.
No comments:
Post a Comment