pujMAC merancang untuk berkayuh walaupun ramai gang tak ada. Peluang begini diambil oleh sebahagian pujMAC member's untuk berlatih sempena Jamboree SIT pada 21hb nie.
Bermula dari petikkan David terhadap Bro OnOne di FB merancang berkayuh di Kota Warisan..serba sedikit petikkan dari FB Bro OnOne:-
David Thean Choon Leong:Bro. Sabtu pagi ni senang tak. Ada balik kampung??? I & Jayen nak layan Kt Warisan pagi-pagi. Kita pi laju laju balik awal. Apamacam....boleh join tak???
Sharizman Shamuri:sabtu balik kg la.... mau sembelih babi... hari malam tu kena bakar... hahahaha
Kamarul OnOne:hahaha....no problem....aku pun kena blk awal...
Sharizman Shamuri:teruja aku ni.... pukul berapa start... jeng jeng jeng....
Sharizman Shamuri:teruja aku ni.... pukul berapa start... jeng jeng jeng....
Sharizman Shamuri:David... Bawak parang & pisau rambo... hahahaha
Kamarul OnOne:0745h...tayar golek, abis lewat pun kul 8pg, klu lewat nanti kat bkt 360 panas gila....babi pun rentung...hehehe...
David Thean Choon Leong:Alright....skrg Bro OnOne dah confirm. Aku confirm.....lagi siapa???? Cepat confirm. Kalau boleh kita tolak 7.30am lagi shiok. Sharizman, Jayen, Nik, dll apamacam???
Idzwan Latif:on!balik awal eh david?aku pun ade hal...
David Thean Choon Leong:1st Check Point kat Bukit 360, 2nd Check point kat Bkt Pencawang(kalau boleh) 3rd Check Point Restoran Mamak. janji habis kayuh sebelum 10.30am. Yg ada hal boleh balik yg nak TT sambung
Sharizman Shamuri:aku on..
Setelah kata putus diambil..maka Kayuhan Kota Warisan diteruskan dengan total seramai 8 rider yang menyahut cabaran di Kota Warisan. Aku yang mulanya nak balik kampung terpaksa menukar trip ke sebelah petang. Cam nie la kalau dah jadi tahi basikal...pantang cuit aje..mula la..kaki dan tangan dok mengeletar aje.
Seramai 8 rider turun di Kota Warisan pada hari tu, Jayen,IBIS_Loga,Poey,David,Bro OnOne,Iyan dan aku selaku pujMAC blogger. Semangat giler pagi tu..pukul 6.45 dah berkumpul di Hijaz Restoran...memandang kan waktu masih gelap gulita..kami mengambil keputusan bermula pada 7.30am.
Tepat jam 7.30am..kami memulakan hayunan pedal untuk memperkosa trail Kota Warisan yang sebelum ini hanya diperkosa diwaktu malam saja. Diraut wajah masing2 seolah2 penganas dah mula mengusap misai dan janggut kerana dah mula tak tahan nak meratah trail nie...
Lihat saja trailnya..sememangnya tangkap leleh siapa yang melihatnya dan merasai sungguh teruja..apabila dihidangkan dengan climbing yang mencapai tahap orga.
Bro ONOne and Jayen sememangnya memperkosa trail nie tahap maksimum tanpa rasa belas kasihan,manakala Poey yang 1st time memperkosa trail niepun dah mula merasakan kenikmatannya.
Bro ONOne and Jayen sememangnya memperkosa trail nie tahap maksimum tanpa rasa belas kasihan,manakala Poey yang 1st time memperkosa trail niepun dah mula merasakan kenikmatannya.
Trailnya climbing sememangnya dicari oleh 8penganas nie untuk persediaan di SIT agar tidak pancit disana nanti. Seawal pagi bila layan trail Kota Warisan amat menyegarkan, kicauaan burung dan desiran pelepah sawit lagi menaikkan tahap orga yang membuatkan para rider lupa akan keadaan dunia luar.
Bila dah banyak climbing..mula la mencari tempat lepak2. Masa nie la semua cerita yang keluar. Baik cerita masa climb,DH dan jugak pasal basikal..
Detik2 masa melepak..maka pelbagai cerita yang keluar. Yang paling best masing2 dok test kecanggihan basikal IBIS. Yang paling tertarik seat postnya control menggunakan hidrolik. Tak payah lagi berhenti bila nak naik or turun seat post..memang canggih..siapa nak beli harganya dalam rm600++ "ADA BERANI!!!!"
Dah puas melepak,mengutuk dan juga merasai kenikamatan power stik didalam hutan maka kayuhan diteruskan..masih banyak lagi yang ingin dinoda dan diperkosa.
Dalam ketrujaaan memperkosa tanpa rasa belas kasihan, Jayen kecundang semasa melayan DH yang tahap maksimum. Mengikut cerita Jayen beliau cuba menunjuk cara2 memperkosa trail down hill dihadapan Iyan yang sememangnya tidak tahu erti perkosaan (anak bujang lagi) dan beliau terlanggar satu lubang yang cukup dalam. Melihatkan akan lubang itu..dapat aku rasakan kenikmatan kaejatuhan Jayen..pehhhh..memang tragis..yang pasti trail Kota Warisan pasti mengeluarkan kata2 seperti berikut. "selalunya kau aje yang perkosakan aku..la nie kau lak yang kena perkosa kau..he..he..). Namun yang pasti Frame Trek ternyata cukup baik..fuhhh nasib baik tak calar...
Setelah semuanya settle, kami menuruskan kayuhan, climbing..climbing..dan DH..sememangnya teruja habis tu hari. Yang paling best kayuh hari tu tak sangkut2..maklum la..semuanya nie otai semuanya..so tak ada new rider..
Sememangnya Kota Warisan amat bagus untuk training..sesuai untuk otai layan...sesiapa nak tahu kenikmatannya boleh la ikuti kayuhan kami sedikit masa lagi.. Insyaallah pujMAC akan mengadakan program Kayuh disiang hari pada 28hb nie,,untuk maklumat lanjut sila pantau blog pujMAC.
Matahari semakin mencemburui kami..so kami terpaksa berkayuh secepat mungkin untuk mengelakkan diri dibakar oleh matahari kerana trail Kota Warisan hampir 60% dah dibogelkan akibat penanaman semula kelapa sawit.
Dah puas melepak..kayuhan diteruskan..target Bukit 360 harus dicapai...jika terlewat sudah pasti badan akan hangus dibakar..
Disini climbingnya sememangnya menguji ketahanan para riders..jika mental tidak kuat sudah pasti akan membuat anda kecundang di separuh jalan..Poey juga mempunyai semangat yang kuat..alang2 new rider kalau tak kuat semangat pasti kecundang. Jayen senantiasa membakar setiap semangat para rider's..
Cuba anda perhatikkan Bukit 360 begitu sayup dipandangan...kami bernekad untuk terus climbing di Bukit 360..walaupun matahari sudah mula memancarkan sinarnya. Jika lewat sampai dikaki Bukit 360 dengan panahan cahaya matahari semakin tinggi sudah pasti menguji mental para rider's...
Sekali pandang dah macam dipadang pasir aje..view yang menarik tanpa segan silu, aurat Kota Warisan semakin diselak dan kami menikmatinya dengan penuh nafsu tanpa ada rasa sedkitpun rasa bersalah...mana rider yang sudah tidak mampu menahan nafsu amarah..mari la turun trail Kota Warisan...
Lagi2 climbing..sehingga arash dah mula bersuara.."ada tak bukit yang lagi tinggi" walaupun hati dah mula berdetik keletihan namun kami menruskana kayuhannya..kesengsaraan climbing memang memenatkan namun kepenatan dibayar pula dengan kenikmatan DH yang hampir mencecah keangka 50km/h...memang layan trail nie..jika anda berani DHnya boleh mencecah ke angka 60km/h. "ADA BERANIIIIII..jom pi try...
Pengganas sempat posing berlatar belakangkan bukit botak..kalau climb diwaktu macam nie memang masak otak dibuatnya.
Hanya rider yang benar2 mempunyai tahap mental yang tinggi mampu mengharunginya.
Kayuhan menuju ke Bukit 360 diteruskan bersama azam yang sungguh tebal. Bukit harus didaki tanpa rasa segan silu. Matahari dah mula dok terpacak walaupun masa tu baru jam 10am. Keazaman para rider's terus menguasainya apabila Jayen selaku pembakar semangat terus memberi harapan dan kata2 azimat kepada para rider yang lain.
Kayuhan ke Bukit 360, kami sempat melalui kebun betik yang sudah lama tidak dikunjungi..apabila melihat betik2 yang masak ranum..kami sempat memetiknya buat bekalan ke Bukit 360..yang pasti Bukit harus ditakluki.
Tapi sayang seribu kali sayang..bukti kayuhan ke Bukit 360..tidak dapat diabadikan kerana bateri HP Nokia N82 dah mula memberi warning...dan maaf kayuhan menuju ke Bukit 360 tidak dapat dipaparkan didada blog. Yang pasti pada 16hb nie kami akan sekali lagi melayari Kota Warisan Trail..so mana2 rider yang tidak mampu menahan nafsu gelora dijemput hadir. Jam 7.30am sharp roda akan bergolek...lewat sorry..bye..bye...
No comments:
Post a Comment