Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Sunday, April 5, 2009

Minggu 14_2009 - FRIM Kepong Selangor

Monday: 30-03-2009
Location: FRIM Kepong Selangor
Meeting Point:
FRIM Main Entrance
Start Kayuh: 8.30am

Sekian lama perancangan dibuat,akhirnya PujMAC berjaya jugak mencecahkan roda ke track FRIM Kepong Selangor. Setelah sekian lama tertunda disebabkan jadual yg bertindih. Kayuhan kali ini hanya disertai oleh 4 ahli PujMAC iaitu Bro Kamarul, Bro Kulat, Sufyan & aku, manakala ahli2 yg lain hanya mampu terliur aje..disebabkan bertugas.....

Bro Kamarul a.k.a. bse2526, assry (blogger), Yusof a.k.a Kulat & Sufyan
:thumbsup:....:buttrock:.... B-)

Kayuhan kali ini diketuai oleh Bro Kulat memandangkan bro kulat pernah turun ditrack FRIM ini manakala Bro Kamarul selaku sweaper (bro kamarulpun dah lama tak layan track FRIM nie..).


Fuhhh!!! bukan main laju lagi Bro Kulat....bersemangat kental...:thumbsup:

Sebelum roda mencecah track offroad, bro Kulat mengambil kesempatan pusing2 kawasan FRIM nie sambil memberi sedikit penjelasan mengenai FRIM...maklum la..sebelum nie dia pernah bekerja dijabatan hutan...tu yg bila nampak hutan tu...tiba2 terus aje nak jadi tourist guide...^O^. Thanks to Bro Kulat...


Kawasan yg dikelilingi hutan..nyaman & tenang!!!!


FRIM adalah tempat yg paling sesuai untuk keluarga beriadah...berkelah,jogging dan sebagainya...

Setahu aku FRIM adalah kawasan hutan simpan yg dijaga oleh Jabatan perhutanan, serta tempat penyelidikkan untuk keterangan lebih lanjut sila baca keratan dibawah yg aku copy dari FRIM official website:-

SEKAPUR SIRIH DARIPADA KETUA PENGARAH ^O^

FRIM merupakan antara pusat penyelidikan perhutanan tropika yang unggul di dunia dan mempunyai pengalaman lebih 100 tahun dalam penyelidikan perhutanan serta keluaran hutan. Banyak ilmu dan maklumat telah dijana dalam bidang ini dan diterjemahkan dalam bentuk penerbitan.

FRIM juga menyediakan pelbagai jenis khidmat termasuk ujian (seperti tanah, perabot dan pintu rintangan api), khidmat perundingan, sewaan kemudahan (teknikal dan rekreasi), bekalan bahan tanaman serta latihan (contohnya pengenalan kayu, pengenalan pokok dan landskap). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FRIM sila click link below.

Teruskan melayari laman web kami!

Dato' Dr. Abdul Latif Mohmod
Ketua Pengarah
latif@frim.gov.my

Setelah puas melihat persekitaran FRIM...roda kami mula mencecah track offroad acara yang dinanti2kan oleh semua peminat MTB dan semangat kayuhan offroad muncul dijiwa masing2. Kerana track offroad nie memberi ketenangan serta cabaran kepada peminat MTB.

1st track in FRIM Kepong


Laluannya yg amat mengairahkan nak seronok lagi kalau single track...


Salah satu signboard yg terdapat di FRIM, track yg dikhaskan untuk peminat MTB


Salah satu laluan yg kami lalui..amacam..teruja ke???


Double track..so pilih la..mana satu yg nak layan!!!!

Setelah berkayuh sejauh 7~8 kilometer kami mengambil kesempatan berehat sambil melihat pemandanga sekeliling Kepong area..terasa begitu nyaman berada dikawasan FRIM..terlintas di kepala otak kami..kalau la...dapat kerja disekitar FRIM diselubungi hutan serta bunyi cengkerik fuhhh...mesti freshh otak..... :buttrock:

Sempat juga possing setelah berkayuh sejauh 7~8 kilometer.... B-)

Kayuhan diteruskan setelah penat hilang...perjalanan masih jauh lagi kata Bro Kulat...aku yg tak pernah sampai di track ini terus teruja..dan aku yakin jugak begitu denagn 2 sahabat yg lain.


Kayuhan diteruskan.....:eek:


Track yg sungguh menarik..dikelilingi hutan yg mnghijau...:eek:


Pendakian bukit yg pasti menyeksakan..namun tidak kepada peminta MTB :eek:


Track yg siap dengan signboard...atas inisiatif pihak FRIM, menjaga alam sekitar


Satu lagi pendakian bukit yg tidak tinggi..namun panjang...


Dikelilingi dengan hutan yg menghijau....


Kalau dah benar2 tak leh kayuh...ini lah yg harus dilakukan oleh peminat MTB...untuk meringankan beban..so apa lagi upgrade la..wkakakaaa...:drool:


Lagi single track...teruja sungguh....


Anda mungkin berada dipuncak...cuba lihat right side..indah pemandangannya...


Track yg pasti mengiurkan apabila down hill..teruja namun perlu berhati2...permukaan yg kurang rata..memerlukan handling yg baik...:buttrock:


Layan....B-)


Pehhh..macam nak layan lagi aje.....^O^

Track FRIM memang menarik, walaupun pendek namun susana track yg penuh dengan bukit bukau menjadikan kayuhan anda benar2 menguji fizikal & mental..


Bro Kulat menunggu teman yg lain sampai....sambil melihat apa yg perlu diupgrade basikalnya....:)


Bro Kamarul mencul dari track...dengan aksinya...:thumbsup:


Pendakian bukit yg pasti mengeluarkan peluh jantan......


Down hill yg pasti mengiurkan..pastikan handling anda cukup baik untuk menuruni bukit ini.....


Track yg menarik serta dikelilingi hutan hijau yg membuatkan anda begitu tenang denagn suasananya....


Track yg terakhir.....:buttrock:

Setelah berkayuh dengan agak jauh dan tidak mampu lagi meneruskan kayuhan..kami mengambil keputusan untuk menamatkan kayuhan ini lebih awal..maklum la..aku dan Bro Kulat baru lepas berkayuh pada selangor MTB yg lepas, penat masih lagi terasa...


Kayuhan menuju pulang serta, kayuhan FRIM ditamatkan lebih awal...:thumbsup:


Sempat lagi berposing, untuk diabadikan dlam blog....^O^

Yang pasti track FRIM akan kami kunjungi lagi...walaupun kayuhan kali ini lebih kepada santai..namun kami akan turun bersama dengan ahli2 yang lain...

2 comments:

  1. ...Giant biru tu dah ok dah...
    cuma, "SPARK PLUG" tuan dia saja yg kadang2 api tak sampai... hehehe...-kulat

    ReplyDelete
  2. kena banyak lagi makan power bar la tuuu

    ReplyDelete