Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Wednesday, May 5, 2010

Kulim Jamboree @ Podium for pujMAC

Hari yang dinanti2 telah tiba, tarikh 1 May 2010 adalah cuti Hari Pekerja dan pada masa cuti inilah pihak pengurusan Kulim Jamboree mengadakan Kayuhan Terang Bulan atau lebih dikenali dengan Kulim Jamboree. pujMAC telah mendaftar lebih awal lagi bagi memastikkan tidak terlepas peluang menyertainya.


Seawal jam 10am warga pujMAC sudah mula berkumpul dan merancang perjalanan yang pasti memakan masa hampir 4 hingga 5 jam.



Setelah semuanya telah bersedia warga pujMAC memulakan perjalanan menuju ke Kulim. Didalam perjalanan warga pujMAC mula berkomunikasi menggunakan radio..lega rsanya ada radio so hilang rada mengantuk..







Setelah meredah lalauan PLUS kami mengambil kesempatan untuk beerhenti berehat di Sg Perak untuk mengalas perut yang sudah mula terasa denyutan kelaparannya...


Samapai waktu santapan..macam2 ada..ikan patin, gulai tempoyak,ikan darat, ulam2 yang sememangnya mula mengamit selera kami...





Setelah puas mengisi perut, kami meneruskan perjalanan yang semestinya masih jauh lagi. Tapi sebelum tu..bergambar sudah pasti..bukan senang nak dapat berjalan dengan kawan2 terutama yang sudah bekeluarga.







Kami meneruskan perjalanan dan telah berjanji dengan Arash untuk bertemu dengan beliau di R&R Bukit Gantang, kerana beliau terlebih dahulu pulang awal...maklum la..mertua orang Perak!!!! Caye le YOB!!!









Detik2 menantikkan kedatangan salah seorang warga pujMAC...sementara menunggu beliau...apa lagi bergambar la...






Arash tiba dengan jentera GIANTnya yang tergantung gagah dibonet keretanya..









Warga TEGAR pujMAC yang akan mencuba nasib di Kayuhan Terang Bulan Kulim Kedah


Sebelum memulakan perjalanan..jentera harus selalu dilihat agar tidak menangis dikemudian hari...



Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kulim, yang pasti kedatangan kami disambut dengan hujan yang agak lebat. Terfikir dihati kami mengenai track yang akan kami ceroboh pada malam ini..sudah pasti akan berlaku lecak yang mengerikan..








Yang pasti perjalanan masih jauh dan panjang...




Acara mengambil GODDIES di Kulim Hi-Tech..pelbai ragam yang dapat lihat, kelihatan ramai yang tak lepaskan peluang bergambar bersama artis..so pujMACpun tumpang sekaki diatas glamour artis...bersilau2 pacaran flash..he..he...





Apa lagi..photo sesision..he..he...











Terpancar kegembiraan warga pujMAC di Kulim Hi-Tech. Satu yang harus dipuji mengenai pembahagian "GODDIES" oleh pihak penganjur..cepat dan pantas..tak perlu lagi tercari2 senarai nama, kaunter yang disediakanpun cukup lengkap. Tahniah..mungkin berdasarkan pengalaman mereka menganjurkan Jamboree pada tahun lalu SYABAS!!!




Setelah selesai mengambil Goddies kami bergerak menuju ke Homestay yang telah ditempah oleh Pihak Penganjur untuk warga pujMAC..dihati mula terbayang bagaimanakah keadaan Homestay kami.










Kami cukup kagum dengan Homestay yang ditempah oleh Pihak penganjur..sungguh sempurna seperti Hotel. Terimaksih kepada pihak penganjur yang memberikan kami Homestay yang sungguh menarik dan terimakasih sekalai lagi apabila pihak penganjur menunjukkan lalaun ke Homestay. Jasamu kami kenang.





Samapi saja di Homestay masing2 dah mula set up jentera..maklum la..masa dah semakin hampair..jam menunjukkan 5pm.


Pelbagai ragam dan gaya warga pujMAC menyediakan jentera yang terbaik untuk diturunkan pada malam ini..


Dan disinilah mula acara usik mengusik dan kutuk mengutuk..dah macam 1 family yang menyeronokkan..untuk melihat lebih lanjut sila layari pujMAC Face Book..pelbagai komen yang keluar..





Sampai la masanya yang dinanti2kan..Kayuhan Terang Bulan akan bermula. Dilihat daripada sekeliling begitu ramai para rider yang turun pada malam itu. Semangat sungguh membara...








Diantara rider2 pada malam itu..tak kurang jugak yang hadir dari Melaka, pantai Timur dan sebagainya...







Sempat berhambar dengan Team dari SIT@Sri Iskandar Team, Tuan Kamarul dengan para sahabat yang lain...








Masing2 dah teruja nak layan nie..bila nak start nie...pelbagai ragam yang dapat dilihat..





Para peserta dah mula nak meyepak pedal..semuanya dah mencari posisi yang sesuai sebelum pelumba dilepaskan...








Setelah berkayuh sejauh 6-7kilometer..kami mula mencecah OFFROAD..nyata nafsu syahwat dah mula memberontak bila tayar mencecah OFFROAD...tetapi yang pasti pebdakian bukit hampir sejauh 1.5 kilo ternyata mengundang padah..apabila para rider dah mula bersunggunt mengenai trail..Puas kami menolak..yang nyata tayar tak mampu lagi berpunsing...





Lihat saja basikal aku yang terang bersinar dipolish, akhirnya diselaputi dengan lumpur...










Amacam??? Ada Berani????..Pehhhh TUHAN sajalah yang tahu dan penderitaan yang kami alami...





Namun semangat berkayuh jangan patah sama sekali..walaupun kami sudah mula terfikir untuk chicken lop...alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.









Aksi para rider pada malam itu....





Suasana di CP 1..masing dah mula merungut dan pelbagai kata2 yang terpcaul dari mulut para rider's...









Lagi aksi2 rider pada malam itu...




Melihatkan keadaan trail dan cuaca pada malam itu..aku mengambil keputusan untuk menumpukkan pada kayuhan seterusnya..bermakna tida lagi gambar2 keghairahn trail yang dapat aku konsi bersama...











Inilah keadaan basikal aku yang telah mengharungi kayuhan sejauh 35kilo..memang menarik dan menyeronokkan. Seandainya trail pada malam itu kering atau sedikit lembab sudah pasti menyeronokkan..







Aksi2 para riders yang sampai ke Garisan Penamat...HAPPY!!! ENJOY!!!!
Kalau dikiuti kisah trail pada malam itu sememangnya banyak yang merungut..kerana trail begitu becak memandangkan hujan turun dengan lebat disebelah petangnya. Tak mapu nak diperkatakan.
Sesampa sahaja aku digarisan penamat..aku dikejutkan dengan satu berita diluar dugaan dimana pujMAC rider merampas takhta no 1 dan 2 di Kayuhan Terang Bulan@Kulim Jamboree. Tiada lagi erti kepenatan apabila kali ini rider pujMAC mengunguli kedudukkan di Kulim Jambore.



Farhoud a.k.a Wer mendapat No 1 di Kayuhan Terang Bulan manakala Rostan a.k.a Tangga mendudukki tempa ke 2. SYABAS dari kami warga pujMAC sesungguhnya perjalanan yang hampir mencecah 400kilometer dibalas dengan podium.








Wajah2 rider yang mengunguli kedudukkan di Kulim Jamboree. Yang paling manis dan menjadi ingatan kami diwarga pujMAC dimana Kulim adalah Jamboree kami yang pertama pada tahun 2009 dan kedatangan kami kali ke2 telah meltakkan kami satu tahap yang paling tinggi.

Setelah meraikan kemenangna pujMAC diKulim..kami dipelawa oleh Tuan Kamarul dari Team SIT untuk beramah mesra sambil pekena teah tarik. Kebaikkan Tuan Kamaru dari SIT mengundang rasa bersalah aku apabila kami warga pujMAC pernah menyenarai hitamkan event mereka gara2 kelewatan menyerahkan Jersy. Namun diatas sikap profesioanal sebagai MTB rider..kami sedkitpun tidak merasakan itu satu halangan bagi mereka untuk berbaik dengan kami. SYABAS kepada Team SIT diatas sikap mereka yang profesional.





Seisi Teh Tarik di Kulim area, sambil menceritakkan detik2 kayuhan Terang Bulan.










Wajah2 keletihan pada malam itu..tak lupa juga Bro Mal dari ARB Team...yang berkesempatan bersama kami pada malam itu.




Pada kesesokkan harinya kami mula bergerak menuju kedestinasi kami iaitu Kuala Lumpur setelah mengharungi Kayuhan Terang Bulan yang sudah semestinya meninggalkan satu kenagan yang terindah bagi kami warga pujMAC dengan kejayaan 1 & 2 pada 2010.








Melepaskan nafsu makan disalah satu restoran di Kulim...







Perjalanan menuju ke KL yang memakan masa selama hampir 4.5 hours.








Bergambar di R&R Bukit Gantang...sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.



Tamat sudah kayuhan Terang Bulan@Kulim Jamboree yang meninggalkan satu kenagan yang terpahat kepada setiap warga pujMAC.

Semoga kita berjumpa lagi di Jamboree yang akan datang di Ipoh Perak pada penghujung May.


No comments:

Post a Comment