Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Monday, December 14, 2009

Kayuhan Ladang Teh Boh Saujana Putra

Leader Kayuh: David_pujMAC
Distance: 27kilometer
Maximum DH: 42km/h


Kayuhan Ladang Teh Boh Saujana Putra???? 1st time aku dengar di area Klang ada Ladang teh..sesungguhnya setahu aku Ladang Teh hanya ada di tempat yang sejuk seperti Cameroon Highland saja. tapi itulah kenyataannya. Kayuhan kami kali ini di ketuai oleg David yang sememangnya terkenal dalam pujMAC mencari trail2 yang baru. Disampin itu kayuhan kami di sertai oleh salah seorang rider dari utara iaitu Bro Tandope. Sudah menjadi rutin kami pujMAC selalu menerima kunjungan rider2 dari Utara apabila mereka berkesempatan turun ke Kula Lumpur diatas urusan kerja dan peribadi, namun kami selalu mengalu2kan kedatangan rider2 dari mana negeri asalkan minat yang sama.


Pejalanan kami menuju ke Ladang Teh Boh Saujana Putra diketuai oleh David serta salah seorang rakannya.
Perjalanan yang begitu jauh membuatkan aku mula2 merasa cuak dan hilang rasa nak rasa layan...tapi semangat MTB tetap diteruskan. Dalam perjalanan aku terima satu sms yang berbunyi:-
Cik Da: Jauh lagi ke? Minyak tak cukup kang!!

Cik da: Bgtau David..stesen minyak tak da ke?
Moral of story...make sure everything fine before terjun kemana2 track MTB.



Kami sampai di Saujana Putra parking area lebih kurang pukul 7.55am, kelihatan matahari sudah mula bersinar menyambut kedatangan kami. Pehhhh!!! panasnya..nasib boleh terbakar kulit nie...kami terus menyediakan jentera masing tanpa menunggu arahan...





Tepat jam 8.15am kami memulakan kayuhan kami melihatkan keadaan cuaca yang semakin cerah.

David memang terkenal dengan kayuhan lajunya tanpa mengira offroad mahupun onroad..bagi beliau sama saja...maklum la..David sememangnya power dalam MTB nie.





Kami mula menjejaki trail ladang teh...menarik sekali pemandangannnya, mula2 dah climbing. Melalui pengamatan aku..track ini lebih climbing dari DH dan lebih kepada Xcountry. Mengancam habis. Satu yang bestnya bila David lead beliau tidak banyak menghabiskan masa terlalu lama untuk berehat, kayuh..kayuh..dan terus kayuh....




Bro Tandope..setakat ini dah 2 kali menyertai pujMAC berkayuh...setiap kali beliau turun KL atas urusan kerja beliau akan menghubungi pujMAC bertanyakan apa xtvt ride.

Beginilah semangat MTB..walhal beliau boleh menaiki flight untuk ke Kuala Lumpur...namun ditolak mentah2 semata2 nak bawak MTBnya...






Lihat saja susana view Ladang Teh Boh ini..menarik sungguh..kalau layan pukul 7.am lagi la seronok...dingin dan berkabus agaknya. Tapi itulah..kita hanya merancang...setiap perancangan selalunya tak tepat.




Kami mula berpusing2 di Trail Ladang teh..climbing..climbing..climbing..sememangnya meyeronokkan. Sesuai untuk stamina dan peminat MTB amnya.

Tapi cahaya matahari benar2 mendera kami. tapi sudah menjadi adat didalam MTB, kalau tak panas mesti hujan..so pekara2 sebegini sudah biasa bagi peminat MTB.




Pengunaan tayar amat perlu diambil perhatian di Ladang Teh Trail. Single tracknya yang dipenugi dengan rumput2 yang basah dek cuaca pagi membuatkan tayar senantiasa spin. Kepada rider yang menggunakan tayar yang culup baik sudah pasti melayari track ini dengan penuh nafsu....




Jika anda berniat untuk melepaskan angin turbo sewaktu climbing..batalkan saja niat anda kerana climbing Ladang Teh pasti memeritkan.

Climbingnya cukup memberhikan...perit...kepada yang tak cukup stamina lupakan saja niat nak climbing Ladang teh...ataupun layan saja bukit2 yang rendah2...







Cantik tak viewnya..memang menarik..kalau bawak camera yang sememanya canggih sudah pasti boleh snap viewnya...kami merasakan benar terangsang berkayuh disini. Maklumla inilah pertama kali pujMAC melayari trail Ladang Teh.




Bersebelah dengan Ladang Teh adalah Ladang Sawit..cantik sekali..jemu layan ladang teh..kayuh aje kedalam Ladang sawit...

pilih saja mana pilihan anda..kepada yang tak tahan kepanasan..bolehlah diselang selikan kayuhan anda.








Yang pasti climbing dan DH adalah tahap orga bagi peminat MTB. Bagi yang tak main MTB sudah tentu ini adalah hobi gila....tapi inilah minat masing2..pilih saja mana yang anda suka...mahu sukan lasak..ataupun sukan yang rata2nya duduk didalam aircond.




Lagi climbing...disinilah mental & fizikal para riders diuji sebaik mungkin. Penggunaan gear dan rentak kayuhan mestilah seimbang..kalau tidak anda pasti kecundang apabila climbing.











Kami mula memasukki trail sawit. trail sawit harus berhati2 kerana setahu aku Ladang sawit selalunya dipenuhi dengan ular Cobra. So kepada rider's MTB diharap berhati2 melayari trail sawit.




Bro Wan!!! Nie sememangnya kuat berkayuh. Beliau berkayuh dari Banting Ke Puchong...pehhh memang power betul..lepas tu pulak layan offroad taril sawit nie siap hisap rokok pulak.

Aku yg follow dia dari belakang mula2nya tertanya2 siapa pulak yang merokok dalam hutan nie..setelah aku amati..pehhhh...berkayuh sambil power stick....memang hebat Bro...






Climbing..climbing..dan DH...memang seronok giler...Karenman adalah rider nakal pada hari itu...berkayuh sambil wheeley...pehhh...Shahrin pula layan DH seolah tidak rasa sedikitpun gementar..inilah dinamalan pengalaman berkayuh..kepada yang tak biasa jangan lakukan..takut2 anda akan tinggal di wad sambil dirawat...



Cik Da dari masda kesemasa sudah mula bertukar penampilannya berkayuh..bermaksud..kelengkapan selaku MTB rider sudah mula terpancar..dari kasut shopping dah mula pakai kasut yang sesuai dari botol air dah ada water bag...cuma gloove masih belum ada...so next ride make sure ada glove & lagi satu kalau kayuh siang tak payah bawak lampu..buat berat aje...







DH yang panjang dan tidak membahayakan diambil kesempatan para rider's menguji tahap set up jentera masing2..tapi bagi Karenman & Sharin..nampak saja DH..terus stim..tak boleh ditahan2 lagi..layannnnnnn!!!!!!!!!!



Setelah berkayuh sejauh 10kilo kami mengambil keputusan berehat. Disinilah aku & karenman layan DH yang mencecah 43k/h.

Inilah kelebihan David as a leader bekayuh tanpa henti. Beliau akan berhenti berkayuh jika meter mencecah angka 10 or 15kilo. Dengan car begini stamina anda selaku MTB riders akan berad ditahap yang dikehendaki.

Good David..next time kita kayuh evry 15kilo bari stop.





Disini kami dikejutkan dengan penemuan ular Cobra...fuhhh..berpeluh aku dengar..risau jugak..nasib baik tiada apa2 pekara yang tidak diingini menimpa kami. So kepada rider2 MTB "ANDA DINASIHATKAN BERHATI2 SEMASA BERKAYUH"




Kami sempat merakamkan...salah satu tempat yang cukup menarik viewnya. Ada tasik seolah2 sudah seperti di Dubai. Namun kalau difikirkan semula hutan semakin berkurangan..so bila kurang rider MTB akan dianak tirikan...

Bagi yang tinggal dibandar sudah mual terasa kehilangan hutan untuk dilayari.







Kami diberi peluang oleh David untuk merakamkan pemandangan disini, dan sambil melepaskan penat lelah buat seketika.



Setealh puas berehat kami memulakan kayuhan pulang kami. Sesungguhnya trail Ladang Teh memang layan dan tahapppp!!!!

Mungkin satu hari nanti kami akan turun semula bersama2 gang yang lain.









Kayuhan menuju pulang lebih kepada DH, masa nie kepada rider tegar terus layan DH tanpa sedikitpun memetik brake mereka..layan dan terus layannnn..dan sekali sekala climbing mula muncul....




Kayuhan kami menuju penamatnya....dan melalui trai ladang kelapa..akupun tak pasti dimana coordinate kami. Kalau layan sorang2 mahu sesat larat dibuatnya.

Rider..masing2 teruja dengan trail Ladang Teh.









Kami sempat mengabadikan gambar dihadapan sign board Ladang teh Boh buat tatapan para pujMAC rider yang tidak dapat menyertai kayuahn kali ini.

Buat pujMAC rider yang lain jika tak berkesempatan untk layan Taril ini..nanti kita datang lagi..tapi pastikan anda mampu climbing..kalau tak...Cik Da akan pantzu anda...






Lagi satu view yang menarik...berlatar belakangkan pokok kurma & tasik..seolah2 anda berada di Dubai..tak pecaya???...tak pecaya sudah..nanti kita turun anda akan merasainya..











Yang pasti anda akan merindui view Ladang Teh Boh saujana Putra.

CLimbing..climbing..climbing..dan DH..trail yang menarik dan besar kemungkinan akan masuk dalam pujMAC xtvt.







1 comment:

  1. salam...

    ada tempat baru kalau nak try tempat offroad wa...area perak

    baha

    ReplyDelete