Assalamualikum serta Salam Sejahtera Kepada pengunjung Blog PujMAC "Please Sign this Guest Book" sebagai tanda menyokong perjuangan PujMAC dalam arena MTB Sekian Terimakasih

Wednesday, November 18, 2009

Kayuhan "OFFROAD" FRIM Kepong

Date:15_November_2009
Distance: 20km
Maximum DH: 44km/h

Engkaulah sekumtum bunga sakura!!!!! Entah kenapa hari nie pujMAC Team terlalu happy untuk berkayuh di FRIM mungkin kayuhan ini bebeza sesama sekali. Atau mungkin Jayen happy sebab nak layan new KCNC saddle post & Fizik Gobi Flex Wing, Achik mungkin sebab dah lama tak berkayuh, Yeti nak try belasah new FOX RCLnya, Shahrin pula mungkin nak layan DH di FRIM yang sememangnya menyentap nafsunya, manakala GtNik pula mungkin dah mula stim dengan FRIM track. Atau mungkin CHIF tak datang so inilah masanya mereka ingin menunjuk skil masing.

Untuk tahu lebih lanjut mari kita ikuti kisah selanjutnya, jangan buat telahan serta terjahan semata-mata.


Seawal 7.20am pujMAC Team telah siap sedia set-up jentera masing2. Kelihatan Yeti, Jayen serta Achik masing2 sibuk dengan jenteranya.

Satu sikap yang dipuji, pujMAC nie kalau pasal masa memang tepat. Tahniah diucapkan dan teruskan sikap sedemikian...jika ada yang terlambat hi..hi..bye..bye..begitu sinonim dengan ayat ini sekembalinya dari ECC, rata2 MTB blog sudah mula mengunakan ayat hi..hi..bye..bye..





Setelah jentera ready, dengan masing2 ala-ala macho dan control hensem, pujMAC disapa oleh seorang rider wanita. Ayatnya lebih kurang cam nie la.. "ini pujMAC Team ke" mendengar saja pertanyaan terpacul dari mulut siawek, Shahrin dengan ala2 gagahnya terus menjawab "Ya" Siawek tadi terus menyambung percakapannya "saya refer blog and dapat tahu pujMAC layan FRIM hari nie" "boleh joint"

Tanpa berlengah2 lagi semua pujMAC Team menyahut serentak "Silakan" Boleh-boleh".
Inilah kekuatan blog dapat menyatu-padukan rider-rider MTB amnya di Malaysia, info dapat disampaikan dengan mudah.

Dipendekkan cerita untuk tidak membuat masa terbuang telalu lama, siawek memperkenalkan namanya Cik Da, tinggal area Bukit Jalil dan selalu ride dekat area Setia Alam.

So dari cerita diatas dapat lah diklasifikasikan dengan ayat "Engkaulah sekuntum bunga dan pujMAC Team rasa happy rupa2nya ada bunga nak berkayuh dengan pujMAC Team. So maka dari itu total rider pada hari itu diwakili oleh, Yeti_pujMAC, GtNik_pujMAC, Shahrin_pujMAC, A.achik_pujMAC, Bro Kaylah serta Cik Da.


Inilah Cik Da, yang sememangnya sempoi habis nak layan FRIM, Next time pastikan ciri2 keselamatan harus dipertingkatkan kalau nak layan "OFFROAD" demi keselamatan.

Tapi yang paling respect dia boleh nak follow pujMAC Team layan FRIM tanpa ada rasa curiga. Semoga next time boleh follow kita org lagi...kalau boleh ajak gang2 yang lain kita ramai2kan dunia MTB ini.





Setelah suasan orientasi habis, pujMAC Team memulakan kayuhan tepat jam 7.30am untuk memastikan tahap stim tidak menurun. Untuk pengetahuan MTB rider, FRIM nie kena layan kayuh pagi2 baru enjoy, susana tenang, sejuk serta kicauan burung akan lagi menambah tahap kelazatan trail FRIM.







Kayuhan FRIM selalunya akan bermula di pintu masuk dimana sedikit kayuhan road sebelum terjah ke OFFROAD, namun track ini sememangnya sempoi habis, suasana pagi yang betul2 busy dengan kunjungan semua pihak termasuk yang berjogging dikawasan ini. Rata2 yang berjogging terdiri dari warga malaysia bebangsa Chinesse, bagus dia org nie..terfikir lak aku..mana bangsa Melayu & India..mungkin masih sibuk layan tidur ataupun masih berjogging ditempat tidur....(melalut lak aku nie...)






Kami memulakan kayuhan OFFROAD yang sememangnya lazat melayarinya, track yang basah disebabkan hujan malam tadi akan menambahkan tahap teruja.

Tapi yang aku pelik kenapa semua pujMAC riders nie asyik nak dok belakang Cik Da aje...he..he..mengikut kata pujMAC Sweaper..nak turunkan ilmu..bagus2 (ala2 upin & ipin)

Melihatkan susana pagi di track OFFROAD memang seronok, bunyi deruan angin, daun2 kering digilis tayar MTB serta track ala2 basah lagi menaikkan kenikmatan bila melayari track FRIM.







Kayuhan kami tersentap seketika dimana halangan mula ada dihadapan. Mungkin hujan yang lebat malam tadi banyak menumbangkan pokok di track FRIM.

Kami terpaksa turun dan mula mengangkat basikal untuk melepasi halangan pokok yang tumbang. Selain berkayuh MTB acara angkat, tolak adalah rutin dalam bermain MTB.








Satu photo shoot by a.achik hasil training dari skodenganya dipraktikkan dalam kayuhan MTB.

Lihat saja achik shoot pic nie sememangnya menarik.

Kelihatan Cik Da mengepalai kayuhan diikuti okleh Kaylah & Sharin. Setahu blogger shahrin nie selalunya dihadapan..tetapi kenapa yek..hari nie dok belakang la pulak...










Aksi dari GtNik, pujMAC Sweaper sememangnya mantap. Keberanian, serta handling jentera yang baik harus dipraktikkan didalam kayuhan FRIM. Memandangkan track yang licin serta akar2 kayu yang timbul3 membuatkan jentera mudah lari dari posisi.

Disinilah kebijaksanaan pengunaan tayar, brake serta gear amat perlu. Calang2 orang belum tentu mampu melayari track ini dengan tahap kayuhan maximum.











Sekali lagi halangan hadir, pokok yang tumbang menghalang kayuhan kami ditrack ini.

Disinilah semangat team work serta setia kawan dapat dipupuk.

Lihat saja Jayen memberi layanan yang istimewa kepada Cik Da, by the way good work Bro.









Dah penat layan berkayuh, aksi bergambar dahbermula...sempat juga merakamkan adengan2 ganas di FRIM.

Yeti,Kaylah, Sharin sempat posing..tetapi kenapa tak jemput Cik Da sekali nie?










Kayuhan kami diteruskan, disinilah Sharin menunjukkan skillnya layan DH, melihat dari pic disebelah.sememangya laju Shahrin layan DH mungkin tahap nafsu dewanya dah mula membuak2 dan tidak mampu dibendung lagi.







Lagi sekali kayuhan kami terhenti disebakan halangan pokok tumbang.

Kelihatan Jayen mengepalai acara angkat basikal diikuti oleh Kaylah

p/s Achik tidak kelihatan, mungkin achik tak angkat basikal sebaliknya terus melompat ala2 motocross maklum la ekor lembuttt...





Ini lagi satu sikap yang dipuji...Cik Da mencuba sedaya upaya mengangkat basikalnya.

Lihat saja tahap kelasakkannya, bak kata pemimpin masa kini..."apa yang lelaki boleh buat wanitapun mampu melakukannya" cuma kadang ada tahap dimana lelaki boleh buat tetapi wanita tidak mampu melakukannya..so kena terima fakta tu.






Nie lak acara climbing yang sememangnya meguji segala tenaga serta teknik kayuhan. Penggunaan gear amat penting untuk memastikkan kayuhan tidak tersekat diseparuh jalan.

CikDa climbing siap senyum simpul lagi, mengikut dari info yang aku dengar dia hanya pakai 6speed serta tayar separa botak, namun beliau mampu climbing..respecttt la..caiyokkkk..


Kaylah sempat usha aje CikDa layan climbing...huh..huh...










Inilah kasut yang digunakan oleh CikDa harap2 next time jgn guna lagi kasut cam nie..bahaya...risau takut tercabut kuku nanti.

Pastikan ciri2 keselamtan dititik beratkan dalam kayuhan OFFROAD, kasut,glove serta kelengkapan lain harus dititik beratkan demi keselamatan rider.






Climbing..climbing..climbing...fuhhh sememangya stim kalau dapat layan...andai stamina kuat,,inilah bukit yang senantiasa menjadi idaman para MTB riders.

Memang payah untuk climbing..tetapi kalau sudah sampai kepuncak..satu kenikmatan yang tidak mampu diluahkan.









Dalam syok dok layan DH, Yetti kecundang diseparuh jalan akibat terlanggar lopak air.

Yang menyedihkan wheelset yeti bertukar corak dari bulat hampir menjadi 8...fuhhh..memang layan habis pujMAC nie..lupa diri bila climbing serta DH











Masing mencuba memperbaiki wheelset Yeti yang bertukar corak.

Satu lagi semangat setikawan dalam MTB.

Good team work serta keep it up.
Pastikan semangat sebegini dikekalkan dalam pujMAC team.









Setelah berjaya mengubah corak wheelset Yeti dari 8 ke separa bulat, kayuhan kami terpaksa dibatalkan destinasi seterusnya. Kerana adalah bahaya untuk meneruskan kayuhan dengan wheelset yang bercorak.

GOOD DECISSION! kami meneruskan kayuhan pulang. Didalam hati sememangnya tak puas namun bila kita datang bersama..pulangpun harus bersama.









Yeti tertunduk tanda kecewa pada hari itu..ataupun beliau sedang berbuat kira2 untuk kedai basikal sambil order spinergy wheelste he..he..

Antara kata2 yang sempat disunting dari FB achik untuk Yeti
Nik Mar
ahleong spinnergy 1..
Abe Chik
spinergy merah 1 set kasi bungkus.....
Assry Nasir
tokeh kalau boleh mahu itu lidi2 warna putih punya...seal bearing dan yg paling ringan..nanti kira..
MNazz Riy
itu spinergy 2nd hand punye kasi juai mulah2....talak layan steroid looo....





Untuk memujuk hati Yeti yang lara, kami sempat singgah untuk melapskan nafsu makan.

Oleh kerana terlalu lapar, CikDapun tak sempat nak buka helmet sewaktu menjamu selera ataupun mungkin CikDa nak tunjuk kat org lain yang beliau baru lepas kayuh.he..he..he..(jgn marah CikDa) inilah pujMAC blogger.









Setelah selesai menjamu selera, acara kemuncak layan air terjun, sememangya acara rutin bagi MTB rider yang berkayuh sekitar tarck yang ada air terjun.













Jayen, mungkin akan bertukar angin dari MTB rider keacara bina badan selepas ini.

Atau mungkin akan mengatikan Malek Nor yang telah bersara awal.








Sememangnya kayuhan FRIM amat menyeronokkan serta tak mampu diluahkan didada blog, yang pasti pujMAC akan muncul lagi di FRIM dari itu mana2 rider's yang berminat untuk mengikuti pujMAC berkayuh di FRIM rajin2 la pantau pujMAC blog.

Hasil Nukilan Sharin yang diterjemahklan didada blog oleh pujMAC blogger.




Inilah A.achik jejaka idaman Malaya, yang bertugas selaku Cameraman tempohari, tiba pujMAC blogger terlupa nak post pic dia.

Untuk tidak rasa kecil hati pujMAC blogger mengambil keputusan untuk meketakkan picnya sebagai menghargai tugas berat yang dipikulnya tempohari.

Aksi a.achik didepan pintu Kastam dimana pasportnya ditahan kerana sudah habis tempoh..


Special thanks to:
Saharin:- mampu menceritakan kayuhan FRIM
Jayen: Good Leader
Achik: Good work on Cameraman
GtNik: the best Sweper

Tak lupa to Yeti lepas nie jgn lupa order Spinergy, serta Bro Kaylah & Cik Da.

No comments:

Post a Comment